(HIBURAN) Majlis Berbuka Puasa Hotel Royal dan Indigital Music Bersama Anak Yatim

Spread the love

IMG_20160614_205003

KUALA LUMPUR, 14 Jun 2016 – Bersempena menyambut bulan Ramadhan Al – Mubarak, Indigital Music dengan kerjasama Royal hotel telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak yatim. lewat petang ini.

Majlis berbuka puasa dengan kerjasama Hotel Royal ini diadakan bagi meraikan anak-anak yatim yang kurang bemasib baik bersama-sama para selebriti dan artis popular di bawah naungan label lndigital Music.

Antara yg hadir pada majlis berbuka termasuk Dayang Nurfaizah. Drama Band, Sandra. Ronnie Hussein. Erra Fazira dan ramai lagi. Tetamu turut disajikan dengan persembahan istimewa oleh beberapa artis antaranya Ippo Hafiz. Dayang Nurfaizah, Dato Fazley Yaakob. Zarut Umbrella & Aizat Amdan.

IMG_20160614_205134
Majlis ini diadakan untuk merapatkan lagi silaturrahim dan berkongsi kasih sayang bersama anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Baitul Kasih Wilayah Persekutuan dan Selangor. Seramai 27 orang anak yatim berumur dalam lingkungan 2 hingga 12 tahun telah dijemput dalam majtis berbuka puasa kali ini.

Dalam menceriakan lagi suasana dan mengukir senyuman di raut wajah anak – anak yatim yang kurang bemasib baik. pihak Royal Hotel turut menyampaikan sumbangan khas & duit raya. Tidak ketinggalan dari pihak Indigital Music & para artis turut menyampaikan sumbangan duit raya sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat syarikat.

IMG_20160614_204407
II Indigital Music amat berbesar hati dan berterima kasih dengan kesudian pihak Royal Ilotel bekerjasama dalam menganjurkan majlis berbuka bersama artis & anak yatim pada tahun in. Juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para artis yang sudi bekerjasama dalam menjayakan majlis ini .., ujar Rozalina Mohamad Rom, Pengarah Urusan Indigital Sdn Bhd ketika ditemui semasa majlis berbuka puasa petang tadi.

Untuk koleksi lagu pilihan para artis Indigital Music, layari saluran lndigital Music di laman Youtube. Ikuti perkembangan terkini Indigital Music di Instagrarn @indigitalmusic dan Facebook Indigital Music.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *