(HIBURAN) MERCENARIES FILEM AKSI TERBARU SEHEBAT MISSION IMPOSSIBLE DAN THE EXPENDABLES

Spread the love

POSTERcropGMNO

Buat penggemar filem bergenre aksi, tiada keraguan lagi untuk pergi menonton sebuah lagi filem aksi bermutu, ‘Mercenaries’ yang bakal ditayangkan di seluruh Malaysia menjelang 28 Ogos ini, terbitan The Asylum Home Entertainment.

mecenariesSMALL

Filem arahan Christopher Ray ini tidak boleh dipandang rendah walaupun ia menampilkan sekumpulan wanita sebagai penggerak watak utama. Wanita yang berani  memegang senjata merbahaya, berlawan fizikal mahu pun melakukan aksi – aksi lasak bukanlah satu perkara pelik yang pernah kita saksikan, bahkan zaman sekarang kaum hawa sudah diakui kehebatan mereka khususnya dalam ilmu pertahanan diri.

Begitulah yang cuba ditonjolkan dalam ‘Mercenaries’ apabila satu misi merbahaya yang diatur oleh pihak CIA dalam usaha menyelamat anak Presiden Amerika yang telah diculik oleh sekumpulan penjenayah antarabangsa ketika melawat zon perang. Kumpulan elit yang dianggotai oleh pejuang komando wanita ditugaskan untuk menyusup ke sebuah penjara wanita bagi menyempurnakan misi sulit tersebut.

Apa kehebatan yang ada dengan empat wanita bernama Clay (lakonan Zoe Bell), Kat (lakonan Kristanna Loken), Raven (lakonan Vivica A. Fox) dan Mei-Lin (lakonan Nicole Bilderback)? Seakan mereka adalah ‘best man’ untuk misi ini, keempat-empat mereka sebenarnya mempunyai kehebatan tersendiri yang dipercayai oleh pihak CIA mampu untuk menumpaskan penjenayah-penjenayah tersebut. Bukan calang-calang wanita, mereka terdiri dari pakar pertahanan diri, pakar membidik tepat, pakar bom dan pakar taktikal. Gabungan empat wanita luar biasa ini sungguh menarik dan menjadi kekuatan untuk  penonton terus mengikuti misi mereka sehingga akhir.

Plot penceritaan filem ini juga tidak membosankan apabila ia disusun rapi dengan keseimbangan aksi dan konflik. Setiap babak ke babak dimuatkan dengan aksi dan drama yang menimbulkan rasa cemas buat penonton untuk menyaksikan apa yang bakal terjadi di akhir cerita. Babak yang paling ditunggu peminat filem aksi sudah pasti babak yang melibatkan pertempuran di antara wanita-wanita luar biasa ini dengan kumpulan penjenayah. Pertempuran bukan sekadar membabi buta tetapi disusun secara strategi, secara tidak langsung membuktikan bijaknya kumpulan elit ini dalam mengatur serangan. Watak Ulrika lakonan Brigitte Nielsen sebagai ketua penjenayah pastinya memukau perhatian penonton dengan kehebatan aksi gaya antagonisnya.

Aksi menembak, berlawan dan bertempur yang dipersembahkan dalam Mercenaries juga tidak menghampakan. Segalanya tampak realistik walaupun ‘hero-heronya’ adalah wanita yang mengerah segala kekuatan yang mereka ada untuk menjatuhkan musuh-musuh yang majoritinya adalah lelaki. Kehebatan aksi yang dimiliki filem ‘Mercenaries’ ini setanding seperti filem hebat ‘Mission Impossible’ dan ‘The Expendables’ menjanjikan kepuasan buat peminat filem aksi.

Details of Mercenaries

Title                       :    MERCENARIES

Format                 :    2D

Language             :    English

Genre                   :    Action

Rating                   :    18

Duration              :    89 minutes

Director                :    Christopher Ray

Writer                  :     Edward DeRuiter

Producer             :    The Asylum

Cast                      :    Kristanna Loken, Brigitte Nielsen, Vivica A. Fox, Zoe Bell, Cynthia Rothrock

Release date       :   28 August 2014

Subtitles              :  Malay (Bahasa Melayu) & Chinese

Distributor          :  Alternate Pictures

 

Synopsis

 

A diplomatic official is captured and imprisoned while touring a war zone, so a team of elite female commandos is assembled to infiltrate a women’s prison for a daring rescue.

 

Official Trailer :  http://www.youtube.com/watch?v=O2UpuCJgRHs


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *