(HIBURAN) Pelancaran Album Dan Single Terbaru Artis Di Bawah Loonaq Records

Spread the love

Majlis Berbuka Puasa & Sidang Media Pelancaran album dan Single Terbaru Keluaran dan Edaran Loonaq Records ini diadakan pada 13 Mac 2024 dari jam 5 petang hingga 10 malam, bertempat di ARINA SKYVIEW KUALA LUMPUR, Level 20, Menara Arina Uniti, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Turut diraikan adalah ANAK-ANAK YATIM RUMAH KASIH NURUL HASANAH & ANAK-ANAK PALESTINE DARI KOMUNITI FRIENDS OF PALESTINE & GLOBAL COALITIONS yang ditaja oleh YAYASAN UNITI, Kg. Baru, Kuala Lumpur.

Kumpulan Qosidah Munsyidaat El Qassh baru saja merilis album BEKALAN JIWA pada 7 Mac 2024. Projek ini merupakan rakaman album qosidah secara live yang hanya diringi oleh alat muzik perkusi yang dimainkan sendiri oleh anggota Munsyidaat El Qassh. Lagu-lagu yang dirakamkan adalah lagu-lagu mawlid, selawat dan zikir klasik zaman-berzaman. Album ini telah diterbitkan secara bersama oleh Loonaq Records dan sub-label di bawahnya iaitu NAKHODA ALAM RESOURCES yang dimiliki oleh artis penyanyi, komposer dan penulis lirik yang dikenali iaitu Royce Sa’ayan.

Penerbit bagi album in adalah Royce sendiri dan bekerjasama dengan penerbit muzik dan rakaman iaitu Mohd Noor Mohd Zain@MadNor Hendrix. Dirakam di studio Loonaq Records di Desa Kundang, Rawang, Selangor.

Munsyidaat El Qassh (bermaksud Penyanyi Cerita Sirah)pada awalnya diwujudkan untuk mengisi kegiatan majlis dan upacara keagamaan, kebudayaan, juga melakukan kerja kerja amal kebajikan (NGO). Diasaskan oleh penyanyi/komposer dan penulis lirik Royce Sa’ayan dan dibimbing oleh Cikgu Siti Hajar, pelatih vokal profesional dan anggota-anggota lain atas sifat komunti yang ingin membawa semua kecemerlangan budaya berqosidah pada generasi seterusnya.

Untuk Projek single lagu rasmi untuk IRAMA SOLIDARITI BUAT PALESTINE, ia mula diilhamkan ketika Persatuan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) melaksanakan beberapa program SOLIDARITI BUAT PALESTINE yang mengumpul beberapa penggiat seni untuk membuat persembahan dan ceramah bermula di hadapan SOGO, di Masjid Jamek WP Kuala Lumpur dan semasa persembahan konsert Search Kidin dan XPDC. IRAMA bercadang membuat beberapa program lagi bagi mengekalkan motivasi agar terus menyokong semampu yang terdaya kepada rakyat Gaza dan Palestine, umumnya.

Loonaq Records telah menyambut idea lagu rasmi ini dan membuat rakaman yang pada asalnya untuk dinyanyikan secara beramai-ramai oleh artis Loonaq Recorsd, namun kekangan masa dan masalah teknikal untuk mengejar tempoh yang ditetapkan akhirnya telah memilih Leia AzZahra sebagai penyanyi lagu iaitu bertajuk – Pelancaran Lagu Single Rasmi bagi MUNAJAT BUAT GAZA. Lagu ini adalah ciptaan dan lirik oleh Haji Rozman Abas . Muzik digubah dan disusun oleh saudara Othman Masri@Man Senoi (AJK IRAMA) bersama Haji Rozman dan Din Ozon.

Dalam masa yang sama turut diperkenalkan dalam majlis ini adalah sesi memperkenalkan artis Loonaq Records yang dapat hadir bersama dan mendengar single terbaru mereka (2024) dan tahun lepas (2023 dan sebelumnya) iaitu: –
• Band FrentastiX – menampilkan Syed Samudera dengan single terbaru HANYA KERANAMU yang baru dirilis pada 7 Mac 2024 ;
• Haris Abdul dengan single terbaru KU YAKIN…CINTA rilis pada 7 Mac 2024
• Are-Tan Rocktone dengan single terbaru bertajuk AMARAN PENCIPTA yang telah rilis pada 30 Januari 2023 ;
• Royce Sa’ayan dengan single terbaru bertajuk LENTERA TERPUJI rilis pada 16 Jun 2023; dan
• Al Fann Nasyid (BERTAHAN).

Sebelum pelancaran, akan diadakan sesi Pra-dengar album band Ozon (KRONIX II) yang merakam semula lagu-lagu yang pernah diterbitkan pada tahun 1991 lalu dengan susunan muzik terbaru. Kerja-kerja rakaman studio telah berakhir dan Ozon perlu kembali ke studio semula selepas Hari Raya untuk menyambung pula rakaman lagu-lagu terbaru dengan album bertajuk NASKAH NURANI.

Loonaq Records sedang merancang untuk mengadakan tour showcase Ozon KRONIX II dan Naskah Nurani bersama beberapa kumpulan rock metal yang masih dalam perbincangan. Setakat ini Loonaq Records belum memastikan apakah strategi untuk rilis band Ozon ini samada untuk mengeluarkan album penuh dengan mercandise artis atau sekadar merilis single satu demi satu.

Cerita lanjut untuk aktivit Loonaq Records ada di website rasmi iaitu www.loonaqrecords.com .


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *