(HIBURAN) PROJECT E.A.R  lancarkan single terbaru “Destination Nowhere’

Spread the love

BAB 1: KELAHIRAN

 Jika hendak dikatakan bahawa Project E.A.R. sebuah supergroup ia lebih dari itu. Ia merupakan sebuah kumpulan yang ditubuhkan secara kolektif buat pertama kalinya dengan menggabungkan para pemuzik handalan dari rantau Asia Tenggara. Secara amnya, Project E.A.R. adalah sebuah gerakan, ia merupakan suara era baharu dalam muzik global, ia juga ikatan yang menggabungkan para pemuzik dari beberapa benua yang terpisah oleh perbezaan budaya, politik dan bahasa. Moots! dari Pop Shuvit (Malaysia), Jamir dari Slapshock (Filipina) dan Dandee dari Bangkok Invaders (Thailand) telah mengilham dan menubuhkan Project E.A.R sebagai platform untuk mengetengahkan idea ini. Penggabungan melalui hubungan persahabatan yang terjalin dengan tujuan yang sama dalam membawa muzik Asia kepada umum, trio ini yang terdiri daripada kumpulan yang berbeza dari seluruh Asia Tenggara dan secara rasminya telah dilancarkan di MTV Asia Awards pada 2008. Pengenalan pertama Project E.A.R. memperlihatkan Pop Shuvit (Malaysia), Slapshock (Filipina), Thaitanium (Thailand), Saint Loco (Indonesia) dan Ahli Fiqir (Singapura) mempersembahkan medley lagu-lagu dalam bahasa kebangsaan masing-masing (Bahasa Malaysia, Indonesia, Tagalog dan Thai). Melalui persembahan yang penuh bertenaga daripada genre muzik yang berbeza, mereka telah memberi impak dan dinobatkan sebagai persembahan paling bersemangat dan edgy dalam sejarah acara anugerah tersebut. Ini disusuli pula dengan persembahan yang paling diingati dengan kumpulan antarabangsa seperti Thirty Seconds To Mars, Neon Trees dan kumpulan K-Pop terkenal, Beast pada MTV World Stage 2011.

BAB 2: REVOLUSI

 

Pada Januari 2012, pengasas kumpulan iaitu Moots!, Jamir dan MC Dandee telah berkumpul dengan beberapa penerbit di sebuah villa di tepi tebing di Bali bagi memulakan kerja penghasilan album. Dalam beberapa bulan, hasil kerja telah dikongsi dan sesi rakaman diadakan di Bangkok, Bali, Manila, New York, Los Angeles dan Kuala Lumpur. Mereka juga turut membabitkan Dave Kennedy dari kumpulan Angels & Airways untuk menyumbangkan sebuah lagu “I Don’t Care” yang mengingatkan kisah zaman keseronokan sewaktu belajar di kolej. Album yang diberi judul REvolution membabitkan kesemua 15 ahLI kumpulan Project E.A.R. Album tersebut juga telah dipromosikan sewaktu siri jelajah Asia dan mendapat sambutan di CMJ di New York.

BAB 3: PERMULAAN BARU

 

Sebagai meraikan 10 tahun bersama sebagai sebuah kumpulan, 7 ahli kumpulan yang asal telah berkumpul jauh di dalam hutan belantara bagi merakamkan muzik terbaharu mereka. Mereka juga telah membabitkan beberapa ahli baru dan berjaya menghasilkan 11 lagu baharu dalam masa 5 hari sahaja dan bakal dilancarkan sebagai EP pada 2019. Wing Meng dari band Love Me Butch, Emmett dari kumpulan legendaris Butterfingers, James Dewees (Get Up Kids/Reggie And The Full Effect/My Chemical Romance) dan Ray Toro dari My Chemical Romance telah mengukuhkan lagi kolaborasi kreatif di antara mereka dengan penghasilan lagu baru menerusi proses rakaman lanjut serta perjalanan global yang merentasi Asia sehingga ke Amerika Utara. Material baru yang dihasilkan menonjolkan kematangan ahli kumpulan tersebut sebagai penulis lagu sekaligus mengukuhkan lagi kewujudan mereka di rantau Asia Tenggara sejak 10 tahun yang lalu. Lagu baru mereka mempunyai elemen rock and roll, hip hop dengan rentak groovy dan suntikan melankolik. Kesemua 10 ahli bakal menjelajah dalam tahun 2019 dalam usaha mempromosikan kedua-dua EP mereka serta arus revolusi yang diperkenalkan.

BAB 4: DESTINATION NOWHERE

 

Project E.A.R. bakal melancarkan “Destination Nowhere” pada 19 Julai 2019. Lagu tersebut merupakan single pertama EP “Conflicts & Resolutions” yang dijangka keluar pada September 2019. Destination Nowhere merupakan lagu melankolik yang menceritakan berkenaan isu serius dan semasa seperti depresi dan gangguan emosi. Mereka menonjolkan pergolakan peribadi yang dihadapi sepanjang berada di dalam kumpulan tersebut. Petikan gitar yang mendayu dengan rentak hip hop yang bertenaga ditambah pula dengan vokal Jamir yang matang membuatkan lagu tersebut sesuai dengan mood yang kedengaran sayu dan pilu. Diterbitkan oleh James Dewees (The Get Up Kids/Reggie And The Full Effect/My Chemical Romance) dan Project E.A.R, lagu tersebut juga menampilkan Ray Toro (My Chemical Romance) sebagai pemain gitar dan penggubah. Single ini juga telah diolah oleh pemenang jurutera adun Anugerah Grammy, Doug McKean yang juga turut mengadun lagu Zayn berjudul ‘Icarus’ dan ‘The Black Parade’ oleh My Chemical Romance. Pengambaran muzik video telah dilakukan di Kuala Lumpur dan bakal dilancarkan pada tarikh yang sama pelancaran laman rasmi YouTube Project E.A.R.

KELUARAN

“Project E.A.R. adalah sebuah gerakan, ia merupakan suara era baharu dalam muzik global, ia juga ikatan yang menggabungkan para pemuzik dari beberapa benua yang terpisah oleh perbezaan budaya, politik dan bahasa.”

Project E.A.R. (East Asian Revolution) – ‘Destination Nowhere’

PENCETUS REVOLUSI

  • MOOTS! – Vokal
  • JAMIR – Vokal
  • DANDEE – Vokal
  • EMMETT – Vokal
  • MENG – Gitar
  • JD – Gitar
  • RUDY – Dram
  • AJ – Bass
  • UNO – Turntable
  • POP SHUVIT (MALAYSIA)
  • SLAPSHOCK (FILIPINA)
  • EMMETT BUTTERFINGERS (MALAYSIA)
  • LOVE ME BUTCH (MALAYSIA)
  • DANDEE (THAILAND)

AHLI KONSPIRASI

  • James Dewees (My Chemical Romance/Get Up Kids)
  • Ray Toro (My Chemical Romance)

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *