Tag: Slapshock (Filipina)

(HIBURAN) PROJECT E.A.R  lancarkan single terbaru “Destination Nowhere’

BAB 1: KELAHIRAN

 Jika hendak dikatakan bahawa Project E.A.R. sebuah supergroup ia lebih dari itu. Ia merupakan sebuah kumpulan yang ditubuhkan secara kolektif buat pertama kalinya dengan menggabungkan para pemuzik handalan dari rantau Asia Tenggara. Secara amnya, Project E.A.R. adalah sebuah gerakan, ia merupakan suara era baharu dalam muzik global, ia juga ikatan yang menggabungkan para pemuzik dari beberapa benua yang terpisah oleh perbezaan budaya, politik dan bahasa. Moots! dari Pop Shuvit (Malaysia), Jamir dari Slapshock (Filipina) dan Dandee dari Bangkok Invaders (Thailand) telah mengilham dan menubuhkan Project E.A.R sebagai platform untuk mengetengahkan idea ini. Penggabungan melalui hubungan persahabatan yang terjalin dengan tujuan yang sama dalam membawa muzik Asia kepada umum, trio ini yang terdiri daripada kumpulan yang berbeza dari seluruh Asia Tenggara dan secara rasminya telah dilancarkan di MTV Asia Awards pada 2008. Pengenalan pertama Project E.A.R. memperlihatkan Pop Shuvit (Malaysia), Slapshock (Filipina), Thaitanium (Thailand), Saint Loco (Indonesia) dan Ahli Fiqir (Singapura) mempersembahkan medley lagu-lagu dalam bahasa kebangsaan masing-masing (Bahasa Malaysia, Indonesia, Tagalog dan Thai). Melalui persembahan yang penuh bertenaga daripada genre muzik yang berbeza, mereka telah memberi impak dan dinobatkan sebagai persembahan paling bersemangat dan edgy dalam sejarah acara anugerah tersebut. Ini disusuli pula dengan persembahan yang paling diingati dengan kumpulan antarabangsa seperti Thirty Seconds To Mars, Neon Trees dan kumpulan K-Pop terkenal, Beast pada MTV World Stage 2011. Read more →