(HIBURAN) PUTRA FAWWAZ MENGEJAR IMPIAN SEBAGAI PENYANYI ROCK

Spread the love

Impian ramai anak muda untuk menjadi penyanyi terkenal, begitu juga dengan bintang baru Muhammad Izwal Fawwaz bin Abdul Talib atau Putra Fawwaz, 23 tahun ingin menjadi seorang penyanyi yang berbakat seterusnya bercita-cita menjadi seorang Penyanyi Rock yang terkenal.

Anak muda ini diperkenalkan oleh Syed Wafa kepada komposer terkenal S. Atan untuk diasah bakatnya menjadi seorang penyanyi yang berkaliber. Bernaung di bawah pengurusan Rohana Productions beliau mendapat sokongan dari Keluarga terutamanya ibu beliau Dato’ Rohana yang juga pengasas Najya Beauty, Putra Fawwaz telah pun melancarkan 3 buah lagu terbaru genre Pop Balada ciptaan Komposer popular S. Atan iaitu Gerimis Musim Rindu, Bertabahlah dan Bukan Cinta Sedulang Permata.

Putra Fawwaz ditemui oleh para media semasa pelancaran lagu beliau yang dihadiri oleh artis-artis lagenda seperti Zaiton Sameon, Siti Fairuz, Rozita Rohaizad dan ramai lagi. Beliau juga menyampaikan lagu terbaru beliau buat pertama kalinya di atas pentas dan disaksikan oleh para artis dan tetamu.

Bercakap mengenai aktiviti selain menyanyi, penyanyi muda ini juga gemar melakukan aktiviti sukan lasak, bermain bola sepak dan jamming. Putra Fawwaz juga pernah menganggotai sebuah band dan bermain drum dan beliau juga sedia menerima kritikan dan ia tidak akan mematahkan semangat untuk menjadi seorang penyanyi dan berharap agar diterima dalam industri sebagai pendatang baru.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *