(HIBURAN) Race Start! Running Man Fan Meeting

Spread the love

race start Running Man Fanmeeting in Malaysiacrop

Fenomena program “ Running Man “ semakin menjadi-jadi dikalangan peminat-peminat program-program yang berasal dari negara Korea ini. Kemunculan program Running Man tidak dinafikan memberi anjakan baru kepada banyak program yang kebelakangan ini sudah banyak persamaan. . “ Running Man “ mula disiarkan di serata Asia termasuk Taiwan, Thailand, China, Malaysia, Hong Kong, Jepun, Singapura, Kemboja dan Indonesia, program berkenaan turut diiktiraf tiga tahun berturut-turut pada 2010 hingga 2012 di anugerah SBS Entertainment Awards.

runninigmansmall

Program ini yang unik dan mempunyai konsep yang lebih segar ini bakal membuat kemunculan di Malaysia melalui program Race Start! Running Man Fan Meeting. Pada acara yang dinamakan Race Start! Running Man Fan Meeting itu yang akan diadakan di Star Stage, pusat beli belah Kenanga Wholesale Centre (KWC), Kuala Lumpur, empat jejaka iaitu Gary, Haha, Jee Seok-Jin dan  Kim Jong-kook bakal menghiburkan penonton dengan keletah mereka secara langsung Program Race Start! Running Man Fan Meeting ini dibawakan oleh Big Pocket Group dan Kuala Lumpur menjadi persinggahan seterusnya selepas membuat showcase di Hong Kong dan bermula hari ini, tiket sudah boleh mula dibeli. Tiket-tiket yang berharga Premium RM689 dan VIP  RM469 akan mula dijual pada 20 Julai 2013 manakala tiket-tiket RM369, RM269 dan RM169 akan mula dijual secara online pada 21 Julai 2013  melalui TicketCharge.

race start Running Man Fanmeeting in Malaysia

ticketseating-layout


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *