Kuala Lumpur: Rock the World, konsert rock yang ditunggu tunggu setiap tahun telah beraksi untuk kali ke 16 dengan penaja utama Tune Talk yang telah menggemparkan dengan persembahan di pentas utama oleh band underground tempatan dan juga old timers seperti Bittersweet, ACAB, Gerhana Ska Cinta, Disagree dan ramai lagi yang kembali beraksi setelah sekian lama! Penganjur, Fat Boys Records, telah menjamah 10,000 peminat Rock The World dengan kelainan konsert pada tahun ini dengan meletakkan slot persembahan akustik yang di persembahkan oleh 10 kumpulan dari pelbagai genre muzik. Ternyata pentas akustik tersebut merupakan kejayaan baru untuk Rock The World apabila ramai dari kalangan muda mudi membanjiri kawasan mobile stage itu.
Konsert yang bermula pada jam 12 tengah hari di Carpark B, Stadium Nasional Bukit Jalil itu menjanjikan 3000 yang pertama yang menghadiri festival tersebut akan mendapat tshirt Rock the World edisi terhad dan sticker #RTW16 secara percuma! Di samping itu, pengunjung juga diberikan color mosh powder yang digunakan untuk tradisi mereka setiap tahun pada jam 6 petang iaitu color mosh. Festival itu bukan sahaja dipersembahkan oleh local
underground bands, tetapi dimeriahkan lagi dengan pelbagai gerai makanan, food trucks dan label tempatan.
Malam itu diakhiri dengan persembahan dari Old Automatic Garbage (OAG) yang membawa kembali Qi Razali (pelakon dan hos) bermain dram, telah memainkan lagu hit mereka, 60s TV sebagai penutup Rock the World 16.
Ikuti laman media sosial rasmi Rock The World 16 untuk perkembangan Rock the World
seterusnya :
Facebook : rocktheworldfestival
Twitter : RockTheWorldMy
Instagram : rocktheworldmy
YouTube : Rock The World