Pada hari raya Aidiladha yang lepas, bertempat di Surau Perdana, Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor, Persatuan Karyawan Malaysia atau KARYAWAN telah menyertai gotong royong peyembelihan 18 ekor lembu bersama-sama masyarkat setempat di Damansara Perdana.
Dalam meyantuni ahli-ahli KARYAWAN dan artis-artis Veteran, pihak KARYAWAN juga turut menyerahkan seekor lembu untuk dikorbankan serta diagihkan kepada ahli-ahli KARYAWAN dan artis-artis Veteran yang terpilih.
Berkongsi kisah ini kepada media, Radhi Khalid atau nama sebenarnya Muhammad Radhieddeen bin Abd Khalid yang merupakan Naib Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) menjelaskan aktiviti ini bukan lah kali pertama dilaksanakan oleh pihak KARYAWAN namun pada tahun ini agihan daging korban ini lebih spesfik kepada kepada ahli-ahli KARYAWAN dan artis-artis Veteran yang terpilih berbanding agihan secara rawak kepada Jemaah dan masyarakat setempat. Sekiranya diberikan rezeki yang lebih dan terdapat sumbangan lain dari pihak-pihak dalam industri, KARYAWAN menyasarkan lebih ramai penerima akan menerima manafaat dari ibadah ini.
Bagi pelaksanaan ibadah korban tahun ini KARYAWAN menyerahkan sumbangan kepada 7 artis Veteran yang kurang berkemampuan antaranya penyanyi veteran, Zaiton Sameon, Rozita Rohaizad, Ahmad Abdullah, Sarimah Ahmad, Salimah Mahmud, A. Rahim Muda atau lebih dikenali sebagai Imuda dan Hozir Irfanto Suliano (yang merupakan anak kepada Allahyarhamah Julie Sudiro).
Sumbangan daging korban tersebut telah disampaikan oleh En Khairul Azmir, Pengarah JKKPS DBKL dan Ustaz Akhil Hayy (selaku wakil kariah Surau Perdana) serta Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez.
Mengambil syiar sambutan Aidiladha juga, Surau Perdana telah melaksanakan beberapa program bersempena bulan Zulhijjah Antaranya, Solat Sunat Hajat Dan Bacaan Doa Selamat Khas Untuk Jemaah Kita Yang Berada Di Arafah, Program Puasa Hari Arafah dan Iftar, Penyerahan Kupon Daging Qurban, Rakaman Takbir Hari Raya dan Sembahyang Sunat Aidil Adha.