(SEMASA) “Yatie Kitchen” lancarkan 5 koleksi buku masakan

Spread the love

Pelancaran buku selepas penulisan ke 5 ? Agak berlainan dengan penulis lain, pemilik Yatie Kitchen” atau nama sebenarnya Puan Nurhayati Zainol Abidin menjelaskan tiada rahsia mengenai tindakannya ini, namun ia bermula dengan niat awal beliau yang menginginkan pengenalan semua koleksi buku beliau selepas penerbitan buku yang ke 5. Beliau dikenali dengan kemurahan dalam berkongsi ilmu dan dengan anggaran perkongsian sebanyak 10 ribu resepi masakan, pempengaruh media sosial (influencer) berasaskan masakan ini mempunyai lebih 857 ribu peminat yang mengikuti perkembangan beliau di pelantar sosial Instagram ‘Yatie Kitchen’ dan 265 ribu pengikut di Facebook.

Bagaimana ia bermula

Memulakan perkongsian buat kali pertama sekitar 2013, “Yatie Kitchen” telah menerbitkan 5 buah buku yang memuatkan sekitar 73 sehingga 74 resepi masakan bagi setiap penerbitan buku beliau. Bermula dengan KOLEKSI RESEPI & TIPS MASAKAN YATIE KITCHEN EDISI 1 yang dterbitkan 2018 diikuti dengan KOLEKSI RESEPI & TIPS MASAKAN YATIE KITCHEN EDISI 2 pada tahun 2019. KOLEKSI RESEPI & TIPS MASAKAN YATIE KITCHEN EDISI 3 pula diterbitkan sekitar tahun 2020, KOLEKSI RESEPI & TIPS MASAKAN YATIE KITCHEN EDISI 4 dicetak sekitar tahun 2021 dan terkini KOLEKSI RESEPI & TIPS MASAKAN YATIE KITCHEN EDISI 5 dibuat pada tahun 2022. Ditanya mengenai minat dan pembabitan awal dalam bidang masakan, “Yatie Kitchen” bercerita sejarah beliau dalam meminati bermula di rumah, ketika beliau berumur 14 tahun dan membesar di bawah jagaan bapa yang berlatarbelakangkan bidang ketenteraan yang sangat pandai memasak dan seorang ibu yang menjalankan aktiviti pembuatan dan penjualan makanan tradisional secara kecil-kecilan dan menjahit menjadikan beliau terdedah dengan banyak masakan berorientasikan negeri Johor.

Masakan sebagai terapi diri

Tidak menjadikan bidang masakan sebagai kerjaya utama, Puan Nurhayati Zainol Abidin merupakan seorang Pegawai Perkhidmatan Pelanggan (PR) di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur yang masih aktif berkhidmat. Kerjaya beliau sebagai seorang Pegawai Perkhidmatan Pelanggan banyak berurusan dengan pesakit dari kalangan orang biasa dan juga selebriti tempatan mahupun kerabat di raja. Bercerita secara terperinci berkenaan pengenalan beliau dengan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Dato’ Sri Hajah Siti Nurhaliza Tarudin dan Datuk Redzuawan bin Ismail (Chef Wan), beliau menjelaskan kebanyakkan mereka tidak mengenali beliau secara peribadi sebagai pemilik Yatie Kitchen” namun ia bermula dengan perkenalan sebagai seorang Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di hospital swasta tempat beliau berkerja. Puan Nurhayati mengambil contoh perkenalan beliau dengan Dato’ Sri Hajah Siti Nurhaliza di mana penyanyi tersohor tersebut tidak mempercayai gurauan pengurus peribadi beliau Rozi Abd. Razak sehingga beliau mendail nombor telefon bimbit pemilik “Yatie Kitchen” tersebut betul-betul di hadapan penyanyi tersebut. Justeru itu, sekiranya terdapat permintaan untuk memasak, beliau amat teruja dan sedaya upaya ingin membantu dan memastikan setiap mereka yang “mengidam” masakan beliau akan merasai hasil tangan beliau. Bagi beliau, kepuasan dalam memasak adalah satu terapi minda yang paling mujarab dalam kehidupan seharian.

Duta Produk

Masih kekal sebagai salah seorang duta produk ADABI, beliau amat berterima kasih kepada pihak pengurusan ADABI yang masih mempercayai beliau dan meneruskan sokongan kepada usaha beliau dengan penajaan produk-produk terkini ADABI dalam penyediaan demo masakan dan aktiviti pemasaran syarikat lebih dari 5 tahun. Bersandarkan reputasi dan barisan produk dan bahan mentah melebihi 200 jenis di dalam pasaran, Puan Nurhayati berharap ADABI akan terus menyokong usaha “Yatie Kitchen” selama yang mungkin.

Produk Sendiri

Tidak lari dari perkembangan terkini dalam bidang masakan, Puan Nurhayati memaklumkan bahawa “Yatie Kitchen” telah mengeluarkan beberapa produk sendiri antaranya Sambal Bilis Petai Yatie Kitchen,  Sambal Signature Yatie Kitchen, Paru Crispy Yatie Kitchen, Mushroom Seasoning Yatie kitchen, Bawang Goreng Yatie Kitchen dan Keropok Crispy Yatie Kitchen. Beliau menjelaskan bahawa, produk-produk tersebut di jual secara online di platform dalam talian shopee dengan kuantiti yang agak terhad setiap kali pengeluaran iaitu sekitar 240 botol dan sekiranya produk tersebut habis terjual, beliau akan memasak untuk pengeluaran seterusnya di “central kitchen” Yatie Kitchen bagi menjaga tahap kualiti dan tidak mementingkan kuantiti semata-mata. Yatie Kitchen juga merancang untuk mengeluarkan produk makanan “on the go” yang sedia dimakan dan boleh dibawa untuk melancong.

 

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/yatiekitchen

FACEBOOK : https://www.facebook.com/ Yatiekitchen

SHOPEE : https://shopee.com.my/yatiekitchen.officialstore


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *