(HIBURAN) Shiha Zikir ‘Teroka’ Bidang Baru

Spread the love

Pemilik nama Nurshiha Mohd Zikir atau lebih dikenali sebagai Shiha Zikir telah membuka kedai makan yang diberi nama ‘Shiha Zikir Nasi Ayam’ yang terletak di Wisma Infinitum, Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Menfokuskan kepada menu nasi ayam yang menjadi kegemaran beliau, Shiha Zikir bersama 4 rakan kongsi membuka restoran tersebut di lokasi yang strategik di mana ramai orang mengenali lokasi Kampung Baru ini sebagai syurga makanan di Kuala Lumpur.

Bercakap mengenai penambahan cawangan lain pada masa hadapan, Shiha Zikir bercadang untuk menambah beberapa cawangan lain dan mempelbagaikan menu tambahan disamping menu utama nasi ayam serta membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi francais makanan ‘Shiha Zikir Nasi Ayam’.

Pelantun suara lagu “Kalam” menambah, perniagaan makanan ada dalam darah daging beliau kerana ibu beliau juga merupakan seorang perniaga makanan di Pulau Pinang.

Pemenang Persembahan Terbaik menerusi lagu Irama di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) ini ingin menjadikan perniagaan ‘Shiha Zikir Nasi Ayam’ sebagai satu platform untuk beliau menjalankan aktiviti menghulurkan bantuan kepada masyarakat.

Di majlis itu juga, Shiha Zikir dikejutkan dengan pengumuman Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) iaitu Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali yang bersetuju untuk memberikan sumbangan sejumlah RM10,000 kepada ‘Shiha Zikir Nasi Ayam’ sebagai sokongan aktiviti bantuan makanan dalam bulan Ramadhan ini.

Shiha Zikir Nasi Ayam

Masa Operasi  : 10.00 pagi – 9.00 malam (Isnin – Ahad)

G-08 & G-09, Wisma Infinitum,

Jalan Dewan Sultan Sulaiman,

Kampung Baru, Kuala Lumpur.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *