(HIBURAN) Sidang Media Konsert Ning Baizura ‘Pelangi Untukmu’

Spread the love

DSC_3935

Ning Baizura, penyanyi bersuara lantang yang tersohor dan sangat terkenal dengan persembahan pentasnya telah pun bergelar seorang ibu kepada seorang bayi yang teramatlah comel. Ning dikategorikan antara penyanyi pop, soul dan R&B wanita terbaik di tanah air. Beliau telah memenangi hati peminat-peminatnya dengan bukan sekadar bakatnya sahaja, tetapi dengan pesonanya yang menyerlah serta sifat baiknya yang sangat dipandang tinggi. Dengan jumlah peminat melebihi 40,000, Ning sememangnya seorang ikon di Malaysia. Setelah penantian sekian lama, Ning akan kembali beraksi di sebuah konsert eksklusif selama 90 minit yang dijadualkan pada 21 September 2013, bertempat di TM Convention Centre.

ningsmallKonsert ‘ Pelangi Untukmu’ akan banyak memfokuskan pengalaman peribadi Ning yang terkini. Pada malam tersebut, Ning akan membawa para penonton mengalami fasa yang paling penting dalam hidupnya setakat ini, iaitu menyahut tanggungjawab sebagai seorang ibu. Konsert itu akan dibahagikan kepada 3 sesi berlainan untuk menggambarkan tiga peringkat dalam kehidupannya. Sesi pertama akan membawa penonton melalui pengalaman Ning bersama anaknya, dari hari pertama kandungan sehingga lahirnya putera kesayangannya, Ryan Sky Dalton. Ning akan seterusnya membawa Ryan ke atas pentas dan menyanyi kepadanya untuk meluahkan rasa cinta dan syukur dengan kehadiran Ryan di dalam hidupnya. Konsert ini akan diakhiri dengan Ning mempersembahkan lagu-lagu popular beliau yang akan dihadiahkan khas buat para peminat yang setia bersamanya selama ini. Para peminat akan diberi peluang untuk mengalami persembahan Ning secara eksklusif dan diharapkan kenangan itu akan diingati selamanya. Inilah juga konsert pertama yang akan bertemakan keibuan dan menunjukkan hubungan antara ibu dan anak. Tiket boleh dimiliki dengan membuat tempahan di Ticket Charge Hotline: +603 9222 8811 atau di www.ticketcharge.com.my.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *