Kuala Lumpur, 16 Julai 2019 – Pertandingan l-Sing World diasaskan oleh Mr Yuro dari l-Sing Management. Tujuan I-Sing World ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru dari bidang nyanyian untuk di pertandingkan di peringkat antarabangsa. l-Sing World edisi pertama diadakan pada tahun 2017 diadakan di Myanmar. Pada tahun 2018 ia beralih lokasi ke Paris, Perancis manakala pada tahun 2019 ia akan dilangsungkan di Sepanyol pada bulan November akan datang. Untuk I-Sing World 2019 sebanyak 40 negara bakal menghantar wakil mereka. Read more →
Tag: Sidang Media
(HIBURAN) Sidang Media I-Sing Malaysia 2019 MOU Bersama KLICC & Pengumuman Ujibakat
(HIBURAN) Sidang Media dan Prebiu Filem “Dampak”
(HIBURAN) Sidang Media Konsert Ning Baizura ‘Pelangi Untukmu’
Ning Baizura, penyanyi bersuara lantang yang tersohor dan sangat terkenal dengan persembahan pentasnya telah pun bergelar seorang ibu kepada seorang bayi yang teramatlah comel. Ning dikategorikan antara penyanyi pop, soul dan R&B wanita terbaik di tanah air. Beliau telah memenangi hati peminat-peminatnya dengan bukan sekadar bakatnya sahaja, tetapi dengan pesonanya yang menyerlah serta sifat baiknya yang sangat dipandang tinggi. Dengan jumlah peminat melebihi 40,000, Ning sememangnya seorang ikon di Malaysia. Setelah penantian sekian lama, Ning akan kembali beraksi di sebuah konsert eksklusif selama 90 minit yang dijadualkan pada 21 September 2013, bertempat di TM Convention Centre. Read more →
(HIBURAN) Sidang Media & Showcase Kumpulan KLANGIT
KLANGIT MEMPERKENALKAN DEWI SEBAGAI ‘BUAH HATI’ PERTAMA
Klangit merupakan sebuah Pop rock band yang telah 5 tahun bertapak di dalam industri muzik tanah air. Namun baru kini nama mereka mula dikenali dan sering diperkatakan ramai. Semuanya kerana lagu berhantu mereka SESAL MENDUA.
Malah ramai yang menggangap mereka adalah band dari negara seberang. ‘Kami dari Malaysia dan warganegara Malaysia’, kata mereka ketika membuat persembahan pentas bagi mengubah persepsi masyarakat terhadap mereka.
Klangit di anggotai oleh Ary selaku vokalis, Haris selaku pemain gitar utama dan Ewan sebagai pemain Bass. Mereka merupakan rakan sepermainan sejak kecil kerana mereka tinggal berdekatan antara satu sama lain. Minat mereka di dalam muzik telah pun di pupuk ketika di bangku sekolah lagi. Read more →