(HIBURAN) “SUPERMOKH Sebuah Muzikal Restaging” kembali ke Istana Budaya

Spread the love

IMG_6621gmo

Berbekalkan restu Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Datin Tengku Zarina dan keluarga Allahyarham Mokhtar Dahari, serta di atas permintaan ramai, Tall Order Productions Sdn Bhd dengan kerjasama Jugra Publications Sdn Bhd sekali lagi akan membawa pementasan SUPERMOKH Sebuah Muzikal yang berjaya mencatat 17 persembahan sold out kepada anda. Muzikal yang pertama kalinya dipersembahkan pada November 2013 ini meriwayatkan kisah hidup salah seorang ikon kesayangan Malaysia, Allahyarham Mokhtar Dahari, pemain bola sepak terunggul yang digelar ‘SuperMokh’ oleh peminat-peminatnya.

Dari sambutan yang diterima semasa musim pertama, ternyata penonton amat terhibur dengan persembahan para pelakon. Dua pelakon utama muzikal ini adalah Awie yang memegang watak Mokhtar dan Maya Karin sebagai Tengku Zarina. Persembahan mereka dibantu oleh watak-watak lain yang dipegang oleh bintang terkenal seperti Rashidi Ishak, Douglas Lim, Dina Nadzir, Radhi Khalid, Phoon Chi Ho, Oliver Johanan dan Clarence Kuna. Susunan lagu-lagu merdu yang bertaraf antarabangsa di dalam muzikal ini dicipta oleh Pengarah Muziknya, Michael Veerapen dan disempurnakan lagi dengan seni kata indah oleh Adlin Aman Ramli dan seni tari yang dicipta oleh Adzwadi Saini. Gabungan kesemua elemen ini akan meninggalkan kesan yang menakjubkan terhadap pengalaman teater yang dialami penonton.

supermokthsmall

Senyuman puas dan bangga terukir di wajah para penerbit kerana persembahan muzikal ini dapat menarik minat ramai anak muda Malaysia yang tidak pernah berpeluang mengenali dan melihat SuperMokh beraksi. Menerusi persembahan ini, penonton disuap dengan kisah hidup peribadi SuperMokh yang tidak pernah dikongsi dengan masyarakat dalam bentuk muzikal. Penonton terkesan dan terpaut dengan kisah serta onak-duri yang perlu dilalui Mokhtar sebagai seorang jaguh bola sepak, seorang suami dan seorang bapa. Memori dan semangat kenegaraan dinyalakan semula dengan kehadiran nama-nama gah seperti Soh Chin Aun, Santokh Singh dan Arumugam.

Muzikal ini memaparkan keazaman seorang jaguh bola sepak yang berjuang demi negara, seseorang yang disayangi dan disanjungi oleh seluruh negara. Ia juga membongkarkan betapa peritnya apabila beliau terpaksa mengakhiri kerjaya masyhurnya, beliau terpaksa meninggalkan bola sepak. Kebanyakan rakyat Malaysia masih merasakan yang Mokhtar tiada ganti.

Penyokong dan peminat persembahan hebat terdahulu terbitan Tall Order Productions seperti CUCI The Musical (2009/2010 & 2011) dan Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal (2011) pastinya tidak kecewa dengan pementasan muzikal SuperMokh ini. Sekali lagi, pasukan yang telah menerima pelbagai anugerah ini bekerjasama berganding bahu untuk membawakan hanya yang terbaik. Gandingan Harith Iskander dan Hans Isaac sebagai Pengarah, Michael Veerapan sebagai Pengarah Muzik, Adlin Aman Ramli sebagai penulis lirik serta Adzwadi Saini sebagai pereka tari pasti akan menjanjikan keunggulan. Tenaga produksi yang lain terdiri daripada Omar Ali dan Yusman Mokhtar sebagai Pereka Set, Mark Felix sebagai Pembina Set, Ivan D’Cruz sebagai Penata Bunyi, Ee Chee Wei sebagai Penata Cahaya dan Dominique Devereaux sebagai Pereka Pakaian.

“Kami amat berbesar hati dengan kesudian Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk menjadi Penaung untuk produksi ini dan Malam Gala akan diadakan. Dengan sukacitanya kami mengumumkan bahawa CIMB ialah Penaja Utama untuk muzikal ini.Syarikat-syarikat penaja lain akan diumumkan kelak. CIMB memberi sokongan kepada usaha kami memaparkan kisah seorang ikon negara melalui pementasan teater sekaligus mempromosikan sebuah produksi tempatan bertaraf tinggi dengan piawaian antarabangsa. Kami percaya dengan sokongan CIMB, Supermokh Sebuah Muzikal akan menawan lebih ramai penonton dengan impak lebih hebat dan jarak capai yang lebih luas”  jelas Hans Isaac kepada pihak media.

Kepada yang tidak dapat menyaksikan persembahan sold out ini pada musim pertama, jangan lupa untuk dapatkan tiket anda di kaunter box office Istana Budaya atau online di HYPERLINK www.ticket2u.biz

SUPERMOKH Sebuah Muzikal Restaging “Back By Popular Demand”

Istana Budaya 8hb – 21hb September 2014

Tiket dijual pada harga :

Persembahan Malam (8.30pm): RM46, RM96, RM106, RM126, RM166, RM236

Persembahan Matinee (3.00pm): RM38, RM78, RM86, RM102, RM134, RM190, RM246

Pelanggan CIMB akan menerima potongan harga istimewa :

Kad Kredit dan Debit CIMB – Diskaun 10% untuk kesemua harga

Kad Kredit Preferred Infinite CIMB – Diskaun 15% untuk tiket berharga dari RM166 ke RM306

Untuk maklumat lanjut sila ke laman

HYPERLINK www.ticket2u.biz

atau hubungi 03 4147 8600 / 019 211 1600


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *