Tag: Rashidi Ishak

(HIBURAN) PENONTON DISELUBUNGI KETAKUTAN, ‘RAHSIA’ AKHIRNYA TERBONGKAR

Kuala Lumpur, 1 Ogos 2023 – Daripada penerbit filem pecah panggung Dukun dan Pusaka, Astro Shaw bersama Five Star Trading mempersembahkan filem seram terbaru versi Reboot dari karya yang dianggap sebagai ‘cult classic’ filem tempatan, Rahsia. Filem ini bakal ditayangkan di 150 pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei mulai 10 Ogos. Read more →

(HIBURAN) “SUPERMOKH Sebuah Muzikal Restaging” kembali ke Istana Budaya

IMG_6621gmo

Berbekalkan restu Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Datin Tengku Zarina dan keluarga Allahyarham Mokhtar Dahari, serta di atas permintaan ramai, Tall Order Productions Sdn Bhd dengan kerjasama Jugra Publications Sdn Bhd sekali lagi akan membawa pementasan SUPERMOKH Sebuah Muzikal yang berjaya mencatat 17 persembahan sold out kepada anda. Muzikal yang pertama kalinya dipersembahkan pada November 2013 ini meriwayatkan kisah hidup salah seorang ikon kesayangan Malaysia, Allahyarham Mokhtar Dahari, pemain bola sepak terunggul yang digelar ‘SuperMokh’ oleh peminat-peminatnya. Read more →

(HIBURAN) ‘Sindiket’ filem ke-11 taruhan Bade

DSCF0312

Kuala Lumpur, 30 Mei 2013:  ‘Sindiket’, filem ke-11 taruhan sutradara, Bade Haji Azmi, bakal membawa penonton dan penggemar filem tempatan menyelami kehidupan gelap dinamakan ‘Human Trafficking’ atau ‘Pemerdagangan Manusia’ yang berlaku setiap detik dan masa di sekeliling kita namun pergerakannya sukar dihidu.

Diterbitkan sebuah syarikat produksi baru, Loyal Studios Sdn Bhd, idea menghasilkan filem bergenre aksi ini tercetus sejak tujuh tahun lalu, semasa Bade terbabit dalam penggambaran filem, Maut. Read more →

(HIBURAN) Filem ” Untuk Tiga Hari “

Filem Untuk Tiga Hari mengisahkan kisah cinta luar biasa dan agak pelik. Filem Untuk Tiga Hari adalah filem diadaptasi daripada novel popular Ahadiat Akashah.

Read more →