PARAMORE kembali ke Malaysia buat kali kedua setelah buat kali pertamanya mereka mengadakan persembahan pada tahun 2010. Tahun ini merupakan detik manis buat 5,000 penonton yang hadir menyaksikan semula persembahan bertenaga selama satu jam 30 minit dari kumpulan yang berasal dari Amerika Syarikat ini dimana mereka telah mempersembahkan barisan lagu-lagu lama dan juga lagu terbaru mereka “ NOW”. PARAMORE bakal muncul dengan album terbaharu mereka yang bakal dilancarkan pada 9 April depan. Tepat pukul 9 malam, kemunculan vokalisnya, Hayley Williams dan dua anggota Paramore lain iaitu Jeremy Davis (bass) dan Taylor York (gitar) menggamatkan suasana Stadium Negara dengan sorakan peminat-peminat fanatik mereka. Pada malam tersebut PARAMORE telah menyampaikan sebanyak 18 buah lagu. Lagu berjudul Now yang dipetik daripada album baharu mereka dijadikan sebagai lagu pembukaan konsert mereka pada malam itu. Konsert pada malam itu turut diserikan dengan kehadiran kumpulan Me Without You dari Amerika Syarikat sebagai pembuka tirai konsert Paramore dengan menyampaikan tujuh buah lagu. Kuala Lumpur merupakan bandar raya ketiga konsert jelajah Asia Tenggara Paramore selepas Manila dan Bangkok. Selepas konsert di Kuala Lumpur, mereka akan ke Australia untuk festival Soundwave pada 23 Februari ini.
(HIBURAN) Terbaik Daripada PARAMORE
Spread the love
Spread the love