(HIBURAN) Terbaik Daripada PARAMORE

Spread the love

527966_592468034114638_1137776351_n

PARAMORE  kembali ke Malaysia buat kali kedua  setelah buat kali pertamanya mereka mengadakan persembahan pada tahun 2010. Tahun ini merupakan detik manis buat 5,000 penonton yang hadir menyaksikan semula persembahan bertenaga selama satu jam 30 minit dari kumpulan yang berasal dari Amerika Syarikat ini dimana mereka telah mempersembahkan barisan lagu-lagu lama dan juga lagu terbaru mereka “ NOW”. PARAMORE bakal muncul dengan album terbaharu mereka yang bakal dilancarkan pada 9 April depan. Tepat pukul 9 malam, kemunculan vokalisnya, Hayley Williams dan dua anggota Paramore lain iaitu Jeremy Davis (bass) dan Taylor York (gitar) menggamatkan suasana Stadium Negara dengan sorakan peminat-peminat fanatik mereka. Pada malam tersebut PARAMORE telah  menyampaikan sebanyak 18 buah lagu. Lagu berjudul Now yang dipetik daripada album baharu mereka dijadikan sebagai lagu pembukaan konsert mereka pada malam itu. Konsert pada malam itu turut diserikan dengan kehadiran kumpulan Me Without You dari Amerika Syarikat sebagai pembuka tirai konsert Paramore dengan menyampaikan tujuh buah lagu. Kuala Lumpur merupakan bandar raya ketiga konsert jelajah Asia Tenggara Paramore selepas Manila dan Bangkok. Selepas konsert di Kuala Lumpur, mereka akan ke Australia untuk festival Soundwave pada 23 Februari ini.

13847_592467970781311_1500625619_n

17113_592468247447950_1465534252_n

64733_592468254114616_675467389_n

574469_592467937447981_2109400939_n

602245_592468837447891_652419552_n


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *