(HIBURAN) PELANCARAN SINGLE & MUZIK VIDEO AMY ZAKRI “PEJUANG ABATA”

Spread the love

11 Mei 2024 – Bertempat di Pawagam Mini P.Ramlee, FINAS, Kuala Lumpur. Trilion Marketing Sdn Bhd telah melancarkan sebuah OST / Single berjudul PEJUANG ABATA di nyanyikan oleh AMY ZAKRI beserta muzik video rasmi. Filem dan lagu ini yang merupakan terbitan Trilion Marketing Sdn Bhd adalah merupakan OST utama Filem berjudul “Syahadan 2” Arahan sutradara Datuk Fairus Hussain & Halim Hassan, yang merupakan kesinambungan dari Filem Syahadan 1. Filem Syahadan 2 akan melibatkan kerjasama dari selebriti persilatan Indonesia yang mana beliau pernah terlibat dengan koreografi lagak ngeri untuk Marvel Shang-Chi.

Lirik dan lagu adalah ciptaan Panglima manakala struktur muzik dan penyusunan lagu oleh Alan Monosterio Sepenuhnya. Lagu ini telah dirakamkan di studio rakaman Asia Empire Production, dimiliki sepenuhnya oleh En Haniff Khan Mohd Khan (Anep Monosterio). Proses adunan dan mastering oleh Anep Monosterio. Asia Empire Records Malaysia turut bertindak sebagai syarikat rakaman serta pengedar rasmi diseluruh platfom digital.

Menurut Datuk Fairus Hussain, beliau menjangkaan penggambaran akan disiapkan sekitar penghujung tahun 2025 dan tayangan kemungkinan pada tahun berikutnya. Tambah beliau lagi, fasa pertama penggambaran sedang dilaksanakan di Indonesia dan proses tersebut telah berjalan sekitar 10 peratus dari keseluruhan 30 peratus babak untuk lokasi di Indonesia.

Sinopsis filem ini mengisahkan, Omar menjejaki penceroboh yang cuba membunuh bapanya dengan senjata yang tercicir sehingga membawanya ke sebuah Kampung Alor Pulai. Ketika Omar sedang menjalankan siasatannya, secara tidak langsung Omar telah terjebak dengan satu sindiket modus operandi kanak-kanak hilang dan penjualan organ didalangi oleh satu kumpulan kongsi gelap antarabangsa.

Antara barisan pelakon utama yang bakal membintangi filem ini antaranya, Al-Jufferi Jamari, Chintya Chandranaya (Selebriti Persilatan Indonesia), Master Agus Setiawan Jaya (Selebriti Persilatan Indonesia), Anuar Rahman dan Beto Khusairy (yang masih lagi dalam perbincangan dengan pihak penerbit)

Muzik video rasmi “ PEJUANG ABATA ” akan ditayangkan kepada umum bermula 12hb Mei 2024 manakala single ini sudah berada di semua platfom digital rasmi mulai 11 Mei 2024.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *