(HIBURAN) “WHEELY” – Filem Animasi Terbaru Arahan Yusry KRU Meraih Pra-Jualan Antarabangsa

Spread the love

Kuala Lumpur, 4hb Ogos 2017. Anak syarikat KRU International Sdn Bhd, Kartun Studios Sdn Bhd mengumumkan kejayaan awal filem animasi terbaru mereka berjudul “Wheely” yang mendapat tempahan pengedar-pengedar di serata dunia melalui pra-jualan di pasaran-pasaran filem antarabangsa di Cannes, Los Angeles dan Berlin.

“Wheely” sebuah filem animasi/aksi/komedi merupakan filem kedua terbitan Kartun Studios dan filem animasi pertama arahan Yusry KRU yang kini didalam proses akhir  produksi yang dijalankan di studio KRU di Ipoh, Perak.

“Pengalaman mengarah sebuah filem animasi sebenarnya bukanlah terlalu asing bagi saya kerana sebelum ini kebanyakan filem-filem arahan saya banyak menggunakan teknik CGI dan perancangan syot melalui papan cerita yang dihasilkan sebelum penggambaran. “Wheely” menggabungkan elemen aksi komedi yang sesuai untuk tontonan umum dan bukan terhad kepada golongan kanak-kanak saja. Saya mengambil peluang ini untuk mengenengahkan lokasi-lokasi menarik sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur dan destinasi-destinasi pelancongan tempatan yang lain walaupun bertemakan penceritaan universal.” ujar Yusry.

Walaupun watak-watak kenderaan “anthropomorphic” (berciri kemanusiaan) pernah dihasilkan di Barat melalui iklan Chevron, filem “Cars” dan siri “Herbie”, “Wheely” mempunyai plot cerita dan reka bentuk watak yang unik dan tersendiri. Ianya mengisahkan watak “Wheely” sebagai teksi yang dipandang rendah oleh komunitinya terpaksa berdepan dengan sindiket jenayah yang menculik kenderaan-kenderaan mewah iaitu kenderaan import yang menjadi golongan elit di bandaraya tersebut.

Menurut Dato’ Norman Abdul Halim, selaku Penerbit Eksekutif “Tempahan yang kami terima bagi filem “Wheely” sememangnya luarbiasa memandangkan filem ini masih didalam proses produksi. Kebanyakan pengedar yang membuat tempahan filem “Wheely” adalah pengedar-pengedar yang sama mengambil hak pengedaran filem animasi pertama kami berjudul “Ribbit” yang telah meraih sekitar US$4 juta kutipan di pawagam (termasuk di Poland sebanyak US$1juta) dan memenangi Filem Keluarga Terbaik di Niagara Integrated Film Festival di Canada.”

“Wheely” bakal diedarkan di 94 buah negara dan dijangka akan berada di pawagam tanahair sekitar bulan Mac 2018 didalam versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Untuk mengikuti perkembangan lanjut mengenai “Wheely”, sila “like” Facebook WheelyTheMovie, “follow” Instragram WheelyMovie dan “subscribe” You Tube Kartun Studios.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *