(HIBURAN) WINGS ‘Versi Tanpa Distortion’ di PICC, Putrajaya

Spread the love

ALG_5717

Putrajaya International Convention Centre (PICC) buat julung kalinya akan mempersembahkan WINGS Versi Tanpa ‘Distortion’ pada 8 Jun 2014.

ALG_5851

Penakluk angkasa raya kumpulan ‘rock n roll rock’ tanahair ternama WINGS akan mengadakan persembahan eksklusif konsert akustik di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Konsert berdurasi selama 120 minit berkonsepkan ‘retrospektif akustika’ dinamakan WINGS ‘VERSI TANPA DISTORTION’pada 8 Jun 2014, Dewan Plenari, PICC.

Hebahan pengumuman awal tarikh konsert sebelum ini melalui laman maya (FB/Twitter/ Instagram @eventPICC) pada tarikh 7 Jun 2014 – Sabtu, dipinda ke 8 Jun 2014 – Ahad. Keputusan pindaan konsert kepada tarikh 8 Jun 2014 – Ahad itu, dibuat bagi memberi laluan perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 Jun 2014.

Pihak penerbit juga ingin mengambil kesempatan atas kehadiran puluhan ribu penyokong bolasepak tanah air, yang akan tiba di Stadium Nasional Bukit Jalil sehari sebelum konsert eksklusif akustik WINGS beraksi, tinggi harapan kami agar penyokong bolasepak tanah air dari luar Lembah Klang, dapat hadir memberi sokongan kepada industri hiburan tempatan dengan menonton persembahan eksklusif akustik WINGS keesokan harinya di PICC, Putrajaya.

Pada konsert tersebut juga, kumpulan Wings buat pertamanya kalinya akan mempersembahkan 3 buah lagu baru dari album terbaru mereka “MENAKLUK KOSMOS” kepada peminat secara live.

Persembahan kumpulan Wings ini turut sama dbantu dengan penampilan istimewa 3 pemuzik undangan iaitu Hillary Ang, Lee Sze Wan (pemain piano) dan Edrie Hashim.

10257795_623877541030949_6224499768016621134_n

PENJUALAN TIKET UNTUK WINGS ‘VERSI TANPA DISTORTION’

Tiket untuk menyaksikan konsert WINGS ‘VERSI TANPA DISTORTION’di Dewan Plenari, PICC pada 8 Jun 2014  adalah seperti berikut :

RM 99.00 | RM 149.00 |RM 199.00 | RM 249.00 | RM 299.00

Untuk tempahan secara ‘online’ : www.ezitix.net

Untuk tempahan melalui telefon :03-8887 6000 | 011-2945 6365 (Anez) 012-716 8213 (Zuera)

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan aturcara atau pertanyaan lain boleh menghubungi pihak PICC :event.booking@picc.com.my


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *