(HIBURAN) “WorldStars Celebration” – Pesta Himpunan Sang Juara Malaysia

Spread the love

Setiap tahun MATME Management menghantar pasukan ke kejohanan World Championships of Performing Arts di Hollywood, Amerika Syarikat.  Kejohanan World Championships ini merupakan ‘Olimpik’ bagi dunia seni persembahan. Oleh itu, sewajarnya lah Malaysia menghantar karyawankaryawan kita bertanding di arena antarabangsa ini. World Championships ini bermula pada tahun 1997 dan kini telah memasuki tahun yang ke-26.  Hampir 70 negara menyertai kejohanan ini setiap tahun.  MATME Management mula menghantar Pasukan Malaysia sejak tanun 2005.

Sehingga kini, MATME Management telah membawa 183 artis tempatan ke kejohanan di Hollywood ini.  Artis-artis kita bertanding dalam kesemua kategori, iaitu, Vokal, Tarian, Muzik, Peragaan, Lakonan dan Pelbagai Seni.  Setiap peserta akan menyertai sekurang-kurangnya 5 pertandingan atau lebih, mengikut bakat dan kemampuan mereka.  Artis kita memang hebat sekali.  Pasukan Malaysia telah memenangi anugerah Juara Dunia (Grand Champion of the World) sebanyak 7 kali, Champion of the World (juara bahagian) sebanyak 135 kali dan menggondol 185 pingat Emas, 204 pingat Perak dan 95 Gangsa!

Pasukan Malaysia juga terdiri dari berbilang kaum dan etnik dari seluruh negara.  Peserta paling muda berumur hanya 8 tahun hinggalah ke dewasa dalam linkungan 50an. Namun matlamat peserta kita adalah untuk menonjolkan bakat mereka di persada dunia hiburan antarabangsa dan menaikkan nama Malaysia dalam dunia hiburan antarabangsa.  Matlamat ini telah mereka capai dengan cemerlangnya dan kini nama Malaysia amat di hormati dan di segani di Hollywood.

Namun, tidak semua nama-nama peserta ini menyerlah di tanahair mereka sendiri.  Untuk sekita masa, nama mereka disanjung sekembalinya dari Hollywood.  Seterusnya, ramai nama-nama mereka ketinggalan dalam dunia seni tempatan disebabkan oleh komitmen pelajaran atau kerjaya

semasa mereka.  Setelah sekian lamanya, MATME Management ingin memperkenalkan dan menaikkan semula bakat-bakat tempatan ini.  Seharusnya, rakyat kenal dan menghormati karyawan-karyawan tempatan kita yang telah berjaya dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia hiburan antarabangsa terutamanya di Hollywood.  Justeru itu, MATME Management telah mengundang semula karyawan-karyawan hebat ini dari tahun ke tahun, untuk menganjurkan konsert Worldstars Celebration ini. MATME memberi peluang untuk mereka menonjolkan semula bakat mereka dan mengasah bakat mereka di tanahair.

MATME Management amat berterima kasih kepada YB Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan juga kepada Unit Pemerkasaan Industri Kebudayaan diatas sokongan dan tajaan mereka bagi menjayakan konsert Worldstars Celebration ini.  Oleh itu, nikmatilah dan bergembiralah dengan persembahanpersembahan Pasukan Malaysia ke World Championships of Performing Arts dari tahun 2006 hingga kini.

Barisan peserta yang akan membuat persembahan malam ini adalah saperti berikut:


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *