(HIBURAN) ZERO Juara Maharaja Lawak Mega 2014

Spread the love

maharajalawakmega20146

Kumpulan berasal dari Sabah iaitu Zero yang terdiri daripada Syaiful, Sharif dan Atu mencipta kejutan di pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2014 apabila mengondol gelaran Juara bagi program itu

Meskipun mereka bermula dari pusingan”kerusi panas” namun persembahan mereka sepanjang 12 minggu sebelum ini sangat konsisten dan kemuncak di minggu final mereka melakukan persembahan yang terbaik sekali gus memikat hati juri dan penonton

Dengan kejayaan bergelar juara, kumpulan Zero membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi sumbangan Astro

Sementara itu, naib juara pula dimenangi oleh Sepahtu yang mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi dan Jep turut memenangi  kategori “Man of the Match”

Lain-lain kedudukan pemenang adalah seperti berikut

KEPUTUSAN SENARAI PEMENANG MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 MINGGU AKHIR

Kedudukan Pemenang Hadiah Wang Tunai/ Trofi
Juara Zero RM500,000
Naib Juara Sepahtu RM250,000
Ketiga Nabil RM150,000
Keempat Shiro RM50,000
Kelima Bocey RM15,000

Pada malam minggu final, kesemua lima finalis ditugaskan membuat dua persembahan dengan bertemakan bebas dan muzikal

Semua peserta finalis telah diadili dengan format pemarkahan yang mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus dari undian sms penonton di rumah.

kredit artikel : mysumber


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *