(HIBURAN) Zizan Razak dah beralih bidang kerjaya ??

Spread the love

IMG_1574

Tidak, Zizan Razak masih meneruskan kerjaya beliau sebagai penyanyi dan pengacara. Kesempatan penulis bertemu beliau di majlis pembukaan Burgerbyte, Damansara Perdana merungkaikan persoalan di mana beliau kini mengembangkan lagi cabang perniagaan beliau di dalam industri makanan .Menjadikan hidangan burger bakar sebagai menu utama perniagaan beliau ini, Zizan juga menjelaskan terdapat kepelbagaian hidangan selain burger grill iaitu seperti hidangan pasta, masakan barat lain dan juga nasi arab. Zizan Razak menambah, bahawa francais Burgerbyte turut beroperasi di beberapa kawasan lain seperti Dato Senu Sentul, Senawang dan terbaru akan dibuka di Sri Iskandar, Perak, Melaka, Semenyih dan Bangi. Meskipun sibuk dengan rutin harian sebagai seorang selebriti, Zizan Razak masih lagi sempat meluangkan masa untuk melawat restoran barunya itu dan jika bernasib baik, berkemungkinan besar peminat akan merasa sendiri air tangan pelawak tersebut. Pada malam pembukaan tersebut pertandingan makan burger turut dianjurkan untuk para pelanggan dan peminat yang hadir dimana pemenang pertandingan tersebut membawa pulang hadiah berbentuk telefon pintar Samsung.

 IMG_1564

Phone   017-305 5261

Email     burgerbyte106@gmail.com

Website               http://www.burgerbyte.my

https://www.facebook.com/Burgerbyte

https://www.facebook.com/BurgerbyteDamansaraPerdana

burgerbyte zizansmall

1234914_566550226714089_1066866694_n


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *