Nama Datuk Seri Shah Rezza memang tidak asing lagi bagi mereka yang mengikuti trend industri fesyen tanah air kerana beliau merupakan ikon dalam penganjuran acara tersebut. Pernah dikenali sebagai seorang pelakon di era zaman 80-an menerusi filem Ali Setan, kini Datuk Seri Shah Rezza sekali lagi terjun ke dalam industri hiburan tanah air dan kali ini sebagai penulis skrip dan penerbit sebuah telemovie. Pelaburan awal sebanyak RM400,000 untuk telemovie ini bertukar menjadi pelaburan sebuah filem apabila Datuk Seri Shah Rezza membuat keputusan saat-saat akhir untuk menjadikan ia sebuah filem setelah mendapat beberapa respon positif dari pemain industri filem tanah air yang telah melihat karya asal beliau ini. Datuk Seri Shah Rezza atau nama sebenarnya Raja Shah Zurin Raja Aman Shah, 53, berkata, keputusan itu dibuat dalam masa 2 hari dan menyebabkan dia perlu membuat pelaburan tambahan sebanyak RM10,000 untuk mengubah format drama berkenaan dalam bentuk filem. Read more →
(HIBURAN) ‘Permata Hati’ karya sulung Datuk Seri Shah Rezza
(HIBURAN) Sesi Uji Bakat Terakhir Bintang Mencari Bintang Di Kuala Lumpur Meriah
Jenama program Bintang Mencari Bintang sudah meluncur laju tanpa memerlukan faktor penolak yang kuat. Tanpa disangka-sangka program realiti untuk mencari generasi pelapis penghibur yang berkebolehan dalam kedua-dua bidang iaitu sketsa komedi dan nyanyian ini mencetuskan fenomena global. Read more →
(HIBURAN) Sesi Jelajah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL)
TV3 dan TV9 mempersembahkan festival drama yang pertama dan terbesar di Malaysia iaitu Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL). Bertujuan untuk memartabatkan industri drama tanah air dan menghubungkan para karyawan termasuklah pengarah, penulis skrip, komposer dan pelakon dari amatur hinggalah ke profesional. Selain itu, DFKL menjadi platform untuk mencari pelapis-pelapis baharu yang bakal memacu masa depan industri drama tanah air. Read more →
(HIBURAN) “Jemput Masuk, CEF” …..
Syarikat minuman gergasi Coca Cola dengan kerjasama TV3 bakal mempersembahkan sebuah program baru “Jemput Masuk, CEF” bersama Cef Kamarul dan komposer terkenal Ajai. Program sebanyak 12 epsiod ini bakal bersiaran bermula 12 Februari 2014, setiap hari Rabu dan Khamis jam 6.30 petang di saluran TV3. Read more →
(SEMASA) “WHERE THE HEART IS” Kerja Amal DATO’ SITI NURHALIZA
Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza telah tampil dengan satu konsert amal ‘Where The Heart Is’ di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre selama dua malam berturut-turut iaitu 7 dan 8 Februari 2014. Konsert selama 1 jam 30 minit yang bertemakan serba putih ini telah memberikan pengalaman dan keindahan irama dan lagu serta persembahan yang paling unik, kreatif serta dinamik kepada peminat Dato’ Siti Nurhaliza. Read more →





