(HIBURAN) ‘Permata Hati’ karya sulung Datuk Seri Shah Rezza

Spread the love

IMG_98304

Nama Datuk Seri Shah Rezza memang tidak asing lagi bagi mereka yang mengikuti trend industri fesyen tanah air kerana beliau merupakan ikon dalam penganjuran acara tersebut.  Pernah dikenali sebagai seorang pelakon di era zaman 80-an menerusi filem Ali Setan, kini Datuk Seri Shah Rezza sekali lagi terjun ke dalam industri hiburan tanah air dan kali ini sebagai penulis skrip dan penerbit sebuah telemovie. Pelaburan awal sebanyak RM400,000 untuk telemovie ini bertukar menjadi pelaburan sebuah filem apabila Datuk Seri Shah Rezza membuat keputusan saat-saat akhir untuk menjadikan ia sebuah filem setelah mendapat beberapa respon positif dari pemain industri filem tanah air yang telah melihat karya asal beliau ini. Datuk Seri Shah Rezza atau nama sebenarnya Raja Shah Zurin Raja Aman Shah, 53, berkata, keputusan itu dibuat dalam masa 2 hari dan menyebabkan dia perlu membuat pelaburan tambahan  sebanyak RM10,000 untuk mengubah format drama berkenaan dalam bentuk filem.

permata hatismall

Menurut Datuk Seri Shah Rezza lagi, skripnya sudah disimpan sejak 10 tahun lalu dan ia diubah sedikit mengikut keadaan semasa. Tambah beliau lagi, skrip itu pernah dibincangkan bersama Puan Ziela Jalil dan Erma Fatima namun membuat keputusan terakhir untuk menerbitkan karya tersebut sendiri menerusi syarikat beliau sendiri iaitu Nusantara Gems Sdn Bhd. Bercakap kepada pihak media di majlis tayangan amal Permata Hati di GSC Pavillion, Datuk Seri Shah Rezza menjelaskan majlis tersebut bertujuan bagi mengisi tabung Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) di bawah naungan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah yang turut hadir pada malam itu. Ia merupakan janji beliau kepada  Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah dan usahasama ini bukan lah kali pertama kerana sebelum ini pihak Nusantara Gems Sdn Bhd pernah berkerjasama dengan Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) dalam acara kutipan dana melalui penganjuran majlis peragaan fesyen. Hadir sama, Sultanah Pahang Sultanah Hajah Kalsom, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putera Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah.

Permata Hati mengisahkan keharmonian rumah tangga Aizuddin (Zul Ariffin) bergolak selepas isterinya, Sofia (Elaine Daly) dikejutkan dengan berita suaminya mempunyai seorang anak luar nikah iaitu Alexander (Cahaya Rizky) hasil hubungan sulitnya dengan Sandra (Wulan Guritno). Telemovie ini merupakan garapan karya yang mengabungkan para pelakon dari Malaysia dan Indonesia. Karya tersebut turut menampilkan keindahan busana rekaan pereka-pereka fesyen terkemuka seperti Datuk Tom Abang Saufi, Datuk Radzuan Radziwill dan Melinda Looi dari Malaysia sementara dari Indonesia pula ialah Ghea Panggabean, Dian Pelangi, Itang Yunasz dan Jeny Tjahyawati.

Telemovie ‘Permata Hati’ ini masih lagi belum ditetapkan tarikh penayanganya di pawagam.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *