30 Seconds To Mars melancarkan album terbaru mereka bertajuk Love, Lust, Faith and Dreams pada 20 Mei 2013. Album yang mempunyai 12 lagu ini dilancarkan di bawah label Virgin Records dan EMI di bawah penerbit album iaitu Jared Leto yang merupakan penyanyi utama kumpulan 30 Seconds To Mars bergandingan dengan Steve Lillywhite. Album ini diedarkan oleh Universal Music untuk pasaran Malaysia. Kumpulan yang dianggotai oleh Jared Leto (lead vocals, guitars, bass guitar, keyboards, synthesizers), Shannon Leto ( drums, percussion, synthesizers) dan Tomo Miličević ( guitars, bass guitar, keyboards, synthesizers, violin, cello) ini telah mendapat kerjasama pihak NASA semasa melancarkan single pertama album ini iaitu ” Up In The Air ” apabila melancarkan single album ini ke angkasa menggunakan kargo pesawat SPACE-X ke stesen angkasa. Read more →
(HIBURAN) Album Terbaru ” 30 Seconds To Mars ” …
(HIBURAN) Mizz Nina ‘Around The World’ Live In KL
Around The World LIVE In KL merupakan konsert solo pertama penyanyi lincah Mizz Nina. Konsert yang menghiburkan lebih kurang 1500 orang peminat ini penuh dengan alunan muzik segar dan juga rentak tarian yang memukau yang dipersembahkan oleh Mizz Nina dan penari-penari beliau. Konsert ini juga menghimpunkan barisan artis-artis jemputan seperti penyanyi terkenal Korea Jay Park melalui kolaborasi nyanyian dalam single terbarunya, Around The World. Kemunculan Noh Hujan yang berduet bersama isterinya itu melalui lagu “Kurnia” sedikit sebanyak meredakan kerancakan konsert dengan lagu yang lebih berentak perlahan. Malam itu juga menjadi saksi kembali semula persembahan Mizz Nina bersama kumpulan beliau yang terdahulu iaitu Teh Tarik Crew bergandingan dengan Fiquetional, Altimet dan DJ Fuzz. Mizz Nina juga telah menjemput penyanyi Mawar Berduri yang merupakan penyanyi kelahiran Singapura yang dahulunya menganggotai kumpulan Hip Hop terkenal ” Ahli Fiqir” untuk berduet bersama beliau. Read more →
(SEMASA) Serikan Impian Anda Bersama Fair & Lovely
Setiap gadis mempunyai impian masing-masing. Sama ada besar atau kecil, memenuhi impian tersebut memberi makna dan tujuan dalam kehidupan mereka. Dalam arus kehidupan, ramai gadis akhirnya memendamkan impian mereka kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan di alam realiti. Antara rintangannya termasuk kekurangan sokongan, kekurangan maklumat yang mencukupi, kekurangan peluang, serta keraguan diri. Read more →
(HIBURAN) Filem ” LARI ” bakal berlari ke FESTIVAL FILEM CANNES
LARI …Filem yang berbelanja besar dari Excellent Pictures ini bakal dipertontonkan kepada pihak industri perfileman luar negara sempena Festival Filem Cannes ke 66, iaitu festival filem paling prestij di Perancis. Filem arahan Ahmad Idham ini yang menampilkan teraju utama seperti Aaron Aziz, Dira Abu Zahar, Erry Putra, Erin Malek, Hazama Azmi dan ramai lagi yang menelan belanja lebih RM2 juta ini bakal ditayangkan pada 17 Mei , Jumaat, jam 9.30 pagi waktu Cannes di Star 3 Theatre bertempat di bandar Cannes untuk tontonan pihak pembeli dan pengedar filem antarabangsa yang bakal membanjiri bandaraya itu sempena festival filem berkenaan. Filem ini menggunakan tajuk ” The Run ” untuk pasaran antarabangsa dan bakal ditayangkan pada 6 Jun 2013 di pawangan seluruh Malaysia , Singapura dan Brunei. Read more →



