(SEMASA) Serikan Impian Anda Bersama Fair & Lovely

Spread the love

IMG_1862

Setiap gadis mempunyai impian masing-masing. Sama ada besar atau kecil, memenuhi impian tersebut memberi makna dan tujuan dalam kehidupan mereka.  Dalam arus kehidupan, ramai gadis akhirnya memendamkan impian mereka kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan di alam realiti. Antara rintangannya termasuk kekurangan sokongan, kekurangan maklumat yang mencukupi, kekurangan peluang, serta keraguan diri.

 IMG_1859

Ini memberi inspirasi kepada Fair & Lovely untuk menyediakan platform bagi gadis-gadis Malaysia untuk membantu mereka mencapai kerjaya impian mereka. Siri realiti Serikan Impian Anda Bersama Fair & Lovely akan menampilkan sepuluh orang gadis dari pelbagai latar belakang. Bersama Fair & Lovely, gadis-gadis ini akan melalui transformasi yang bakal menyerlahkan kecantikan dalaman serta melahirkan penampilan baru yang lebih berseri di sepanjang perjalanan untuk mencapai impian mereka.

“Di Fair & Lovely, kami berkomited untuk membantu gadis-gadis mencapai impian dan aspirasi hidup mereka. Bagi meningkatkan tahap komitmen ini, kami telah memulakan siri realiti baru yang membenarkan gadis-gadis di Malaysia membina semula semangat untuk mengejar impian mereka. Fair & Lovely berharap siri ini akan menjadi pemangkin yang membantu gadis-gadis memulakan langkah pertama untuk mengejar impian mereka,” menurut Chong Yen Nee, Pengurus Jenama (Penjagaan Kulit) di Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

Sebelum penggambaran, sesi uji bakat telah dibuka kepada semua gadis Malaysia yang mengunjungi mobil Fair & Lovely melalui road show di seluruh negara. Mobil Fair & Lovely adalah satu initiatif untuk melawat 100 lokasi sambil menawarkan rawatan muka, produk dan panduan penjagaan kulit percuma kepada gadis. Sesi uji bakat menerima sambutan yang positif dan mengalakkan daripada gadis-gadis Malaysia yang berhasrat untuk membintangi siri realiti ini. Seramai sepuluh orang gadis telah dipilih berdasarkan dedikasi, kesungguhan dan semangat  yang membara untuk mencapai aspirasi mereka.

Setiap minggu, dua orang gadis akan dipasangkan dan dibimbing oleh seorang mentor yang berpengalaman berdasarkan industri yang ingin diceburi oleh para gadis ini. Diiktiraf dalam industri masing-masing, mentor-mentor ini terdiri daripada penyampai radio Hot FM, Kieran; artis mekap selebriti, Najeeb Azami; Pengarah Pemasaran Pavilion Kuala Lumpur, Kung Suan Ai; penerbit rancangan bual bicara pagi di ntv7, Intan Noorbaizura; dan pakar kulinari selebriti Malaysia, Chef Zam. Penonton akan dipesonakan dengan perjalanan gadis-gadis melalui beberapa sesi bimbingan serta cabaran yang juga membantu meningkatkan keyakinan diri serta mencungkilkan potensi dan kemahiran untuk mencapai impian kerja mereka.

FAIR N LOVELYsmall

Untuk mengekalkan debaran dan suspen kepada penonton, lima gadis akan dipilih sebagai finalis untuk bertanding di cabaran terakhir. Bersama mentor-mentor, lima finalis ini akan diadili berdasarkan keupayaan mereka mempersembahkan diri dalam persekitaran profesional, kemahiran sosial serta transformasi diri secara keseluruhan sejak permulaan rancangan realiti ini. Pemenang hadiah utama berpeluang menjalani latihan sambil belajar dalam kerjaya impian mereka bersama mentor yang berpengalaman serta memenangi hadiah lumayan sebanyak RM10,000.

Perjalanan gadis-gadis ini pastinya satu perjalanan yang bukan hanya dikenali semua, malah turut mencetuskan inspirasi penonton untuk mencapai impian mereka. Tambahan pula, rancangan ini akan menjadi platform berinformatif untuk penonton memahami perspektif dengan lebih mendalam di industri yang dipilih. Dihoskan oleh Sazzy Falak dan Hafiz Hatim, ikuti siri realiti di TV9 setiap Isnin mulai 27 Mei dari jam 7.30pm – 8.00pm selama lima minggu, dan episod finale akan disiarkan pada 1 Julai dari jam 7.00pm – 8.00pm.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang para peserta Serikan Impian Anda Bersama Fair & Lovely serta berita terkini, sila layari laman Facebook Fair & Lovely Malaysia di https://www.facebook.com/fairandlovelymalaysia.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *