ROYAL ENFIELD MENONJOL DI PERTUNJUKAN AUTO MALAYSIA DENGAN BEAR 650 DAN CLASSIC 650

Spread the love

Malaysia, 9 Mei 2025: Royal Enfield, peneraju global dalam segmen motosikal bersaiz sederhana, telah mencuri tumpuan di Pameran Auto Malaysia 2025 dengan pelancaran dua motosikal serba baharu – Bear 650 dan Classic 650. Kedua-dua motosikal ini sangat serba boleh dan menawarkan nilai hebat untuk penunggang dari semua peringkat.

Royal Enfield Bear 650 yang baharu merupakan scrambler bergaya dan serba boleh. Direka untuk penunggang yang mempercayai gerak hati mereka dan tampil berbeza, Bear 650 bukan sekadar motosikal – ia adalah satu perjalanan, satu kenyataan, dan satu peringatan untuk sentiasa mengikut kata hati. Dengan keupayaannya yang pelbagai, kejuruteraan yang kukuh, dan rekaan scrambler yang tersendiri, Bear 650 bersedia untuk mentakrif semula pengalaman tunggangan scrambler di seluruh dunia, mengajak penunggang mencorak laluan sendiri, satu tunggangan pada satu masa.

Terasing dari realiti, keberanian melampau, tiada gentar terhadap risiko, dan percaya pada gerak hati – inilah yang menggambarkan semangat pelumba motosikal, dan paling tepat menggambarkan seorang remaja berusia 16 tahun dari Checkers Motorcycle Club – Eddie Mulder, atau lebih dikenali sebagai Fast Eddie – yang pada tahun 1960 menjadi (dan masih kekal) juara termuda yang berjaya menakluki perlumbaan padang pasir California yang ganas, Big Bear Run 1960.

Encik Rewi Hamid Bugo, Pengerusi Didi Group, meluahkan keterujaannya terhadap penawaran terbaru Royal Enfield, dengan berkata,
“Kami teruja untuk memperkenalkan Royal Enfield Bear 650 yang baharu – scrambler yang bergaya dan serba boleh yang menggambarkan semangat gerak hati, impuls tulen, dan ketabahan tanpa henti. Ia benar-benar menghayati DNA scrambler ‘full-send’ dengan kehadiran yang mengagumkan dan prestasi yang membina keyakinan. Kami yakin penunggang Malaysia akan menggemari Bear 650 – sama ada menunggang di jalanan bandar atau menerokai laluan luar jalan.”

Beliau turut menambah,
“Kami gembira untuk memperkenalkan Classic 650 – evolusi kepada semua yang disukai dalam rangkaian Classic. Ia mengekalkan akar tradisinya yang abadi, tetapi kini menawarkan tunggangan yang lebih berkuasa dan lancar – memberikan rasa nostalgia yang segar dan moden. Classic 650 hadir dengan warna-warna yang menafsir semula warisan jenama, seperti Bruntingthorpe Blue, Vallam Red, dan Black Chrome, yang menyerlahkan siluet elegan dan rekaan klasik motosikal ini.”

Anuj Dua, Ketua Perniagaan bagi pasaran Asia Pasifik di Royal Enfield berkata,
“Royal Enfield sentiasa dikenali dengan warisan yang kaya dan motosikal yang membangkitkan emosi. Kami sentiasa menawarkan motosikal global sebenar yang sesuai dengan gaya hidup penunggang dan menawarkan keserbagunaan tanpa kompromi. Bear 650 membuktikan hal ini – diinspirasikan oleh kisah legenda Eddie dan perlumbaan Big Bear Run tahun 1960. Ia mewakili semangat gerak hati, impuls tulen, dan semangat ‘full-send’. Kami yakin motosikal ini akan memberikan keyakinan dan prestasi kepada penunggang Malaysia – peneman setia di jalanan atau laluan berdebu. Bear 650 bukan sekadar prestasi, tetapi juga ketabahan dan semangat yang tidak mudah mengalah.”

“In Gut We Trust … and the Gut Roars!”
Bear 650 digerakkan oleh naluri dan dikuasakan oleh platform Royal Enfield 650 Twin yang terkenal di peringkat global. Enjin ini menghasilkan 47 bhp (34.6 kW) pada 7,250 rpm dan tork maksimum 56.5Nm @5150rpm, memberikan kuasa pertengahan lebih padu berbanding model Twin lain. Sistem ekzos 2-dalam-1 yang inovatif meningkatkan tork dan jalur kuasa yang lebih luas, manakala penyenyap tunggal yang kompak mengurangkan berat dan menyempurnakan gaya Scrambler.

Scramble penuh gaya

Tayar tebal bercirikan retro, corak bunga terbuka, tempat duduk kontur scrambler, ekzos 2-dalam-1, gelung belakang yang tinggi, papan nombor perlumbaan dan kelegaan tanah yang tinggi – setiap elemen pada Bear 650 memaparkan DNA scrambler sebenar. Gaya scrambler ini dikuatkan lagi dengan 4 pilihan warna menarik yang diinspirasikan dari semangat California: Petrol Green, Wild Honey, Golden Shadow, dan edisi khas Bear 650 Two Four Nine, sebagai penghormatan kepada nombor perlumbaan ikonik Eddie.

Scrambler sejati untuk pengembaraan mencabar

Untuk mereka yang mengidam pengalaman scrambler sejati, Bear 650 hadir dengan casis yang diperkukuhkan, fork Showa USD Big Piston di hadapan (130mm travel), dan Showa Twin Tube RSU di belakang (115mm travel). Kelegaan tanah yang tinggi (184mm), roda depan 19″ dan belakang 17″, serta tayar dwi-guna memberikan gaya scrambler sejati dan keupayaan off-road ringan.

Gabungan warisan dan moden

Diinspirasikan daripada warisan tetapi moden dari segi teknologi, Bear 650 dilengkapi dengan Tripper Dash, paparan TFT baharu dengan antaramuka mudah dan mesra pengguna. Butang kawalan aluminium hitam dan joystick membolehkan kawalan intuitif dan mudah digunakan ketika menunggang.

Harga varian Bear 650:

  • Petrol Green – RM35,700
  • Wild Honey – RM35,700
  • Golden Shadow – RM35,700
  • Bear 650 Two Four Nine (edisi khas) – RM36,000

Classic 650 – Gaya Classic dengan Kuasa Berganda

Classic 650 memaparkan semangat unik keluarga Classic dalam bentuk berganda. Bentuknya yang elegan dan tersusun digerakkan oleh enjin Royal Enfield 650 Twin yang terkenal, menghasilkan tunggangan yang pantas dan lancar. Walaupun kekal dengan ciri klasiknya, Classic 650 kini tampil dengan gabungan kuasa moden dan estetika retro.

Sebagai asas kepada pelbagai model Royal Enfield selama ini, rangkaian Classic membawa warisan rekaan Royal Enfield. Classic 650 mengekalkan ‘frame-loop’ ikonik yang menghubungkannya dengan model terdahulu – dari OG Classic, ke Thunderbird, hinggalah Super Meteor dan Shotgun – tetapi perbezaannya sangat ketara.

Direka dengan penuh perhatian terhadap perincian, Classic 650 memaparkan semangat sejarah Royal Enfield dengan garisan halus, rekaan klasik dan sentuhan mewah. Tangki minyak yang diukir indah, lampu depan bulat klasik, dan fender melengkung semuanya memberi penghormatan kepada warisan Classic.

Warna-warna Classic 650 mengembalikan skema warna yang digemari daripada Classic 500, serta pilihan baharu yang segar.

Harga varian Classic 650:

  • Bruntingthorpe Blue – RM34,500
  • Vallam Red – RM34,500
  • Black Chrome – RM35,500

Bear 650 dan Classic 650 kini tersedia di Malaysia bermula hari ini.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *