(SEMASA) 20 KARYA SENI MURID SEKOLAH RENDAH LAYAK KE PERINGKAT KEBANGSAAN PADDLE POP YOUNG BUILDERS AWARD 2016 BAGI MENINGKATKAN KESEDARAN MENGENAI ALAM SEKITAR

Spread the love

 

02

Kuala Lumpur, 13 Jun 2016 – 20 buah sekolah yang telah disenarai pendek bertanding di peringkat kebangsaan pertandingan Paddle Pop Young Builders Award 2016 yang berlangsung selama tiga hari. Acara tahunan yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia ini menyaksikan pasukan-pasukan yang terdiri daripada 4 orang murid dari setiap sekolah rendah berentap dalam peringkat kebangsaan bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai alam sekitar dalam kalangan murid-murid sekolah rendah.

Pertandingan yang memasuki tahun ke empat ini berjaya menarik hampir 1,000 penyertaan, satu peningkatan yang besar jika dibandingkan dengan hanya 250 penyertaan pada tahun lalu.

“Sambutan yang amat menggalakkan pada tahun ini jelas menunjukkan bahawa Paddle Pop Young Builders Award telah benar-benar berjaya menarik minat serta imiginasi kanak-kanak dan pihak sekolah. Penglibatan kanak-kanak melalui aktiviti seni dan menggalakkan mereka menggunakan bahan-bahan kitar semula dapat membantu mereka menjadi lebih peka tentang kepentingan alam sekitar disamping membantu menyelamatkan bumi,” kata Shawn Tan, Ketua Kategori Wall’s Ais Krim, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd.

Pertandingan peringkat kebangsaan yang diadakan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Ko-Kurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Puan Rozainum Ahmad sebagai tetamu kehormat. Program ini, terdahulunya telah dilancarkan secara rasmi pada awal tahun oleh Timbalan Menteri Pendidikan I, Dato’ P. Kamalanathan.

 “Kementerian Pendidikan Malaysia amat mengalu-alukan penganjuran program-program seperti Paddle Pop Young Builders Award sebagai salah satu cara untuk mendekati serta menyampaikan mesej jelas kepada murid-murid melalui cara yang menarik. Minda anak-anak muda mudah untuk dibentuk dan aktiviti seni merupakan satu wadah yang boleh digunakan untuk menyampaikan mesej tentang pentingnya kitar semula dan penjagaan alam sekitar,” kata Puan Rozainum.

Atlantos Logo

Pertandingan Paddle Pop Young Builders Award dibuka kepada murid-murid sekolah rendah tahun 4, 5 dan 6. Sekolah-sekolah digalakkan untuk menghantar penyertaan mereka yang disertakan dengan lakaran karya seni 3D yang dibuat menggunakan bahan-bahan kitar semula berdasarkan tema yang diberikan. 20 sekolah dari seluruh Malaysia kemudiannya disenarai pendek dan diminta menghantar pasukan mereka untuk membina replika 3D berdasarkan lakaran berkenaan dalam tempoh tiga hari menggunakan bahan-bahan kitar semula seperti batang ais krim Paddle Pop, pembalut Paddle Pop, surat khabar, kadbod, dan botol plastik.

Bagi memberikan inspirasi kepada murid-murid dan misi untuk menyelamatkan alam sekitar, Paddle Pop telah menyediakan sebuah video animasi pendek berdasarkan kepada tema 2016, Atlantos – Membaik pulih Kota Harapan Atlantos. Di dalam video ini, watak fiksyen Shadow Master berazam untuk memusnahkan lautan serta daratan. Singa Paddle Pop bersama dengan rakan-rakannya memerlukan bantuan kanak-kanak untuk menewaskan Shadow Master dan membina “Kota Harapan Atlantos”, dengan menggabungkan kedua-dua elemen darat dan laut.

Bagi merangsang lagi daya kreativiti murid-murid berkenaan, mereka telah dibawa bersiar-siar dan bergembira di Aquaria KLCC. Aktiviti yang menyeronokkan ini merupakan sebahagian daripada agenda dalam acara kebangsaan selama tiga hari ini.

Pada pertandingan kebangsaan ini, 20 karya seni yang dihasilkan telah dihakimi oleh wakil dari Kementerian Pendidikan, Ketua Kategori Wall’s Ice Cream, Encik Shawn Tan, serta Pensyarah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi MARA, Profesor Madya Jalaini Abu Hassan.

Pemenang hadiah pertama menerima wang tunai RM6,000 bagi setiap pasukan, percutian keluarga selama 3 hari 2 malam di LEGOLAND® Malaysia Resort beserta dengan baucar perjalanan bernilai RM500, tiket masuk kombo dan penginapan di hotel dan sijil kecemerlangan untuk keempat-empat ahli pasukan. Pemenang kedua dan ketiga akan menerima wang tunai RM2,000 bagi setiap pasukan, dan 2 tiket masuk kombo LEGOLAND® Malaysia Resort untuk setiap ahli pasukan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.paddlepop.com.my.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *