(SEMASA) AkzoNobel lancar versi terbaru Dulux Visualizer 3.0

Spread the love

Dulux Buka Puasa 1Kuala Lumpur, 24 Jun 2016 – AkzoNobel,syarikat peneraju dalam industri cat, penyaduran dan pengeluar cat jenama Dulux hari ini melancarkan versi terbaru aplikasi Dulux Visualizer dalam satu majlis buka puasa di One World Hotel. Dibangunkan untuk iOS dan Android, Visualizer 3.0 merupakan aplikasi perintis yang menggunakan teknologi inovatif bagi membantu pelanggan melihat, berkongsi dan mengecat secara maya menggunakan warna pilihan mereka.

Dulux Buka Puasa 2Visualizer 3.0 didatangkan dengan ciri tambahan baharu iaitu fungsi rakaman video yang membolehkan pelanggan merakam dinding kediaman mereka dan bereksperimen dengan ratusan warna cat berbeza untuk membuat pilihan yang paling sesuai. Pelanggan boleh memilih warna yang diingini dengan menggunakan teknologi pintar Colour Picker dalam aplikasi untuk mencuba dan memadankan warna tersebut pada dinding dengan segera.

Melalui penggunaan teknologi canggih (penambahan realiti dan kesan visual dalam video), Visualizer 3.0 secara serta-merta akan memaparkan hasil akhir apabila sesebuah bilik atau ruang dicat menggunakan warna yang dipilih oleh pengguna.Aplikasi yang telah memenangi anugerah ini dilancarkan pada Mei 2014 dan sejak itu, ia telah dimuat turun lebih 10 juta kali. Versi terbaru Visualizer 3.0 akan ditawarkan di lebih 40 negara pada tahun ini, bermula dengan Belanda, Turki, Perancis, India, Indonesia, Argentina, dan Rusia.

Dulux Buka Puasa 3Selepas memilih warna yang diingini, pengguna boleh terus membeli cat atau mencari kedai cat berhampiran dengan menggunakan fungsi carian lokasi kedai dalam aplikasi tersebut. Selain itu, pelanggan yang mahukan kepastian mengenai pilihan warna cat mereka boleh mendapatkan pandangan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan dengan berkongsi warna yang telah dipilih di media sosial.

“AkzoNobel mempunyai sejarah yang cemerlang. Jenama kami, rakan kongsi, pelanggan, pembekal perkhidmatan dan rakan media kami adalah penyumbang penting kepada kejayaan syarikat ini,” menurut Indra Laban, Pengurus Besar AkzoNobel Decorative Paints Malaysia, Singapura dan Brunei.

Tambah Indra, “Di AkzoNobel, kami sentiasa menghasilkan barangan keperluan harian yang memberi keselesaan dan ilham kepada orang ramai. Warna mempunyai kuasa untuk mengubah kehidupan seseorang dan kami gembira kerana aplikasi Visualizer 3.0 baharu yang ditambah baik ini akan memberikan pengguna kebebasan untuk bereksperimen dan membuat pilihan warna cat yang lebih berani. Aplikasi Visualizer 3.0 juga memudahkan orang ramai untuk memilih warna cat sempena musim perayaan ini.”

“Kami sentiasa mencari jalan untuk memahami sikap pengguna Malaysia. Kami sentiasa memantau apa-apa trend, teknologi dan inovasi terbaru supaya kami sentiasa berada selangkah di hadapan,” jelas Indra. “Kami ingin menawarkan produk dan warna yang dimahukan pengguna. Visualizer direka bagi memberikan keyakinan kepada pengguna untuk mencuba warna baharu dengan lebih cepat serta menyaksikan sendiri hasil akhir yang akan diperolehi jika mereka membeli warna cat yang dipilih. Visualizer juga membolehkan pengguna berkongsi dengan keluarga dan rakan untuk mendapatkan pandangan mengenai warna cat yang dipilih.”

Untuk memuat turun aplikasi Visualizer 3.0, pengguna boleh melayari iOS App Store atau *Google Play Store dengan menggunakan carian Dulux Visualizer MY.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *