Spread the love
FACES OF FAREEDA – AMYRA ROSLI
- Fareeda memperkenalkan Amyra Rosli sebagai ‘Faces of Fareeda’ terbaru bermula 19.10.2015
- Peranan Amyra Rosli sebagai ‘Faces of Fareeda’ adalah memperagakan koleksi-koleksi terbaru dari Fareeda.
- Pada sidang media yang dijalankan harini, Amyra Rosli menggayakan tudung koleksi terbaru daripada Fareeda iaitu ‘Fareeda Persia’ dihiasi dengan ‘Diamonds yang bermutu tinggi. Manakala, baju pula adalah daripada jenama Mawar™.
FAREEDA PERSIA
- Diilhamkan oleh Puan Faridah Zakaria, Pengasas Fareeda sendiri bersesuaian dengan keinginan wanita masa kini yang ingin tampil anggun dan bergaya tetapi pada masa kelihatan sopan.
- Rekaan unik berasaskan selendang beropol yang dijahit sekali dengan badan tudung dengan hanya sekali pusingan lilitan yang boleh di sesuaikan dengan saiz dan bentuk muka pemakai.
- Selendang beropol di hasilkan dengan mencantumkan kain berasingan kepada helaian selendang kemudian di jahit dengan cantuman zig zag luaran yang rumit untuk menghasilkan ropol-ropol yang hebat.
- Teknik rekaan ropol dengan jahitan zig zag serta cantuman selendang ropol tersebut terhadap badan tudung telah memberikan status keunikan tudung Fareeda Persia ini.
- Rekaan selendang beropol di tepi tudung adalah di ilhamkan dari gaya selendang yang di pakai oleh golongan bangsawan empayar Parsi dimana perkataan Persia ini menggambarkan kehebatan sebuah empayar yang luas dengan gaya wanita bangsawannya yang mewah dan gah.
- Tudung Fareeda Persia ini di datangkan dengan warna-warna polos pastel kain chiffon berkualiti tinggi samaada satu “tone” atau “dwi-tone”. Untuk “dwi-tone” pembahagian warna adalah badan dan selendang ropolnya berbeza warna tetapi tetap menggunakan warna-warna polos pastel.
- Istimewanya tudung Fareeda Persia ini ianya diberikan penataan tambahan aksesori dengan batu-batu kilauan “diamonds” tampalan import berkualiti. “Diamonds” tampalan ini di tampalkan di bahagian jahitan zig zag yang merangkumi separuh bahagian di sebelah kiri kepala tudung tersebut.
- Tudung Fareeda Persia dengan aksesori hebat “diamonds” tampalan ini umpama “Princess of Persia” dengan aksesori “Arabia Diamonds Crown”. Pasti membuatkan pemakai tudung Fareeda Persia ini sangat gah, hebat dan sudah tentu menggamit mata memandang seolah-olah Puteri Parsi yang di gilai.
- Setiap tudung yang dikeluarkan oleh Fareeda didaftarkan di Perbadanan Harta Interlek Malaysia (MyIPO) untuk melindungi hak rekacipta.
Shampoo by Mawar™
- Shampoo by Mawar™ adalah jawapan kepada masalah wanita bertudung dimana ianya amat bersesuaian dengan cuaca di Malaysia. Tiada lagi masalah keguguran rambut dengan penggunaan Shampoo by Mawar™ malah menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih sihat. Shampoo by Mawar™ yang diformulasikan dari Habbatus Sauda bersama wangian bunga Mawar adalah penyelesaian terbaik bagi masalah wanita bertudung. Yang paling penting, dengan penggunaan Shampoo by Mawar™ secara berterusan akan memberikan kesegaran sepanjang hari, dan menjadikan rambut hitam bersinar.
- Shampoo by Mawar™ akan mula diedarkan secara rasmi bermula 19.10.2015 dan para peminat boleh mendapatkannya di Butik Fareeda Exclusive, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi (03-89267164)
Spread the love