(SEMASA) Chef Selebriti Serba Bakat Tonjolkan Kebolehan di Foodie Fest the Curve

Spread the love

Photo1

PETALING JAYA, 21 Oktober, 2015 – the Curve baru-baru ini telah menganjurkan Foodie Fest buat julung-julung kalinya yang telah berjaya meraih sambutan menggalakkan dari pembeli-belah dan ahli keluarga pelbagai peringkat umur. Pengunjung disajikan tiga hari yang penuh dengan keenakan makanan ala gerai jalanan, demonstrasi memasak oleh selebriti chef Malaysia serta pelbagai persembahan lain yang menghiburkan.

Photo2

Pengunjung boleh memilih daripada 18 jenis gerai makanan yang ditawarkan di Centre Court yang menampilkan pelbagai pilihan makanan, minuman dan pencuci mulut. Aneka makanan dihidangkan terdiri daripada makanan tempatan, barat termasuk juga makanan yang berkonsepkan fusion khas bagi memenuhi citarasa segenap lapisan pengunjung.

Kemuncak hujung minggu tersebut adalah demonstrasi memasak oleh dua selebriti chef terkenal Malaysia, iaitu finalis MasterChef Malaysia 2011, Chef Nik Michael Imran dan personaliti chef TV yang juga terkenal di peringkat antatrabangsa, Chef Sherson Lian, yang turut menyertai pesta kemeriahan makanan ini dan telah menunjukkan bakat masing-masing dalam sesi demonstrasi memasak masing-masing.

Photo3

Chef Nik Michael Imran telah menunjukkan betapa mudahnya untuk menyediakan Caesar Salad, Kari Ayam Kapitan dan makanan berunsurkan fusion, Crème Brulee Pandan. Sementara itu, Chef Sherson  telah mengadakan demonstrasi memasak beberapa resepi kegemarannya seperti Kacang Pool dengan telur rebus, Roti Goreng, Pan Fried Miso Orange Cod dengan Asparagus Putih dan White Chocolate Blondie. Penonton yang bertuah turut berpeluang menikmati hidangan-hidangan lazat yang telah disediakan oleh chef-chef serba berbakat ini.

Chef Nik Michael Imran berkata, “Peluang untuk berkongsi resepi dan tips-tips masakan dengan para peminat semasa Foodie Fest di the Curve ini merupakan satu pengalaman berharga dan tidak dapat saya lupakan. Melihat keluarga dan rakan-rakan yang menikmati pelbagai juadah makanan yang disediakan oleh 18 gerai-gerai makanan di sini sesungguhnya amat menggembirakan. Saya berharap the Curve akan sentiasa mengadakan Foodie Fest pada masa hadapan ini untuk terus dinikmati oleh semua.”

Photo4

Chef Sherson Lian menambah, “Saya amat teruja kerana diberi peluang oleh the Curve untuk mengambil bahagian dalam Foodie Fest ini. Berkongsi tips bersama para pencinta makanan yang lain tentang bagaimana bahan-bahan masakan yang berbeza-beza boleh menjadi versatil selain menampilkan resepi berunsurkan fusion merupakan minat saya dan acara ini merupakan satu kesempatan yang baik untuk berbuat demikian.”

Pengurus Besar the Curve, Jazmi Kamaruddin, berkata, “Kami amat gembira melihat sambutan yang menggalakkan daripada para pengunjung dan pembeli-belah memandangkan ini merupakan Foodie Fest kami yang pertama diadakan. Sejak kami memulakan perniagaan 11 tahun yang lalu, makanan sentiasa menjadi sebahagian besar daripada the Curve. Oleh itu, kami merasakan Foodie Fest amat sinonim bagi menyatukan rakyat Malaysia dalam satu acara khasnya menerusi minat terhadap makanan. Dengan demonstrasi memasak oleh dua selebriti chef yang terkenal di Malaysia, ia benar-benar menjadikan acara ini sesuatu yang sangat istimewa.”

Photo5

Selain daripada hidangan pelbagai makanan cukup enak, personaliti sensasi YouTube Malaysia, Elizabeth Tan turut menghiburkan peminat dengan persembahan beberapa lagu secara langsung di atas pentas. Di samping itu, pemenang Raja Lawak Spontan Era, Qayyum Irwani, turut serta memeriahkan acara sebagai pengacara jemputan.

Anda mempunyai soalan tentang acara di the Curve? Sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan di 03-7710 6868 atau layari www.thecurve.com.my atau laman Facebook the Curve di www.facebook.com/theCurveShoppingMall.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *