(SEMASA) Antabax Mengumumkan Pemenang Pertandingan Doodle ‘Cergas Bersama Antabax’

Spread the love

Petaling Jaya, Januari 10, 2017 – Jenama penjagaan diri[1] halal nombor 1, Antabax, telah menganjurkan pertandingan Doodle ‘Cergas Bersama Antabax’ dengan sokongan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Doodle, atau coretan, merupakan lakaran spontan yang boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk sama ada corak abstrak atau reka lukis sehinggalah lakaran imej objek, landskap, manusia mahupun wajah[2].

 

Kajian Sains Saraf, psikologi dan reka bentuk menunjukkan mencoret dapat membantu seseorang itu mengekalkan tumpuan, mudah memahami konsep-konsep baharu dan menyimpan maklumat di dalam otak[3].

 

Antabax merupakan peneraju dalam mempopularkan bentuk karya artistik ini, memandangkan pertandingan Doodle ini mendapat sokongan yang menggalakkan pada tahun 2014, iaitu kali pertama ia dianjurkan oleh Antabax.

 

Pertandingan Doodle ‘Cergas Bersama Antabax’ telah dijalankan melalui laman Facebook rasmi Antabax pada 30 Jun hingga 30 September 2016, dan telah terbukti popular di kalangan rakyat Malaysia kerana ia berjaya menarik lebih dari 1,200 penyertaan dari seluruh pelusuk negara. Penyertaan terdiri dari kategori sekolah-sekolah rendah dan menengah, institusi pengajian tinggi dan kategori terbuka, yang baru ditambah di pusingan ini.

 

Sebuah pameran bagi 80 karya doodle yang terpilih telah diadakan di Balai Seni Visual Negara, dan dihadiri oleh para finalis, keluarga mereka, rakan-rakan dan guru-guru yang datang dari seluruh negara untuk menunjukkan sokongan mereka.

 

Hadiah-hadiah yang bakal diterima oleh para pemenang ialah wang tunai berjumlah RM28,000 serta barangan eksklusif Antabax. Tempat pertama, kedua dan ketiga masing-masing bakal menerima wang tunai berjumlah RM3,000, RM1,500 dan RM800, manakala 17 pemenang hadiah saguhati dari setiap kategori akan menerima RM100 setiap seorang atas usaha mereka.

 

Menurut Pengurus Kumpulan Produk Penjagaan Diri dan Isi Rumah, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Angeline Sim, pertandingan doodle ini adalah satu usaha untuk menggabungkan amalan kebersihan yang baik dengan kemahiran kognitif dan kreatif.

“Ini merupakan satu platform untuk mewujudkan penglibatan mendalam dengan para pengguna dan menggalakkan golongan muda bagi mengamalkan kebersihan diri melalui sebuah platform yang mereka boleh nikmati di samping mengekalkan maklumat tentang kesihatan.

 

“Mengekalkan kebersihan diri yang baik amat penting untuk pelbagai sebab: kesihatan, sosial, psikologi dan sebagai cara hidup. Mengekalkan piawaian kebersihan yang baik dapat membantu penularan jangkitan, penyakit dan bau kurang menyenangkan. Seperti yang ditunjukkan oleh kajian, mencoret baik untuk memori dan memudahkan kefahaman konsep-konsep baharu, ia juga membantu memperkukuhkan hubungan penjagaan kebersihan yang baik dengan kesihatan,” tambah beliau.

Satu kajian dalam Kognitif Gunaan mendapati individu yang diarahkan untuk doodling sambil  mendengar senarai nama dibacakan kepada mereka berjaya mengingat 29 peratus lebih maklumat apabila mereka kemudiannya diminta menjawab kuiz mengejut[4].

 

Menduduki tempat pertama bagi kategori masing-masing pertandingan kali ini ialah Mohd Syamil Aizat Bin Mesman yang berusia 12 tahun, dari SK Limpoon 1(Kategori Sekolah Rendah), Ng Jie Xin, 17 tahun, dari SMK Tun Saban (Kategori Sekolah Menengah), Leong Ka Mun, 18 tahun, dari International Advertising, Communication and Technology College(Kategori IPT) dan Mohamad Shariffudin Bin Mohamadiah yang berusia 35 tahun dari Negeri Sembilan(Kategori Terbuka).

 

Para tetamu juga telah mengikuti sesi melukis secara langsung semasa majlis penyampaian hadiah pertandingan Doodle ‘Cergas Bersama Antabax’, lalu mempamerkan kebebasan bersuara melalui seni.

 

Timbalan Pengarah Bahagian Ko-Korikulum dan Seni, Kementerian Pelajaran Malaysia, Encik Mahamad Amran Bin Kamsi berkata seni coretan merupakan platform yang baik untuk melibatkan dan mendidik genarasi muda dengan membenarkan mereka menyerlahkan diri sendiri.

 

“Rakyat Malaysia amat kreatif dan banyak antara lukisan yang dipamerkan menunjukkan kemahiran tinggi, teknik dan yang paling penting sekali, imaginasi serta daya cipta. Kementerian Pendidikan sentiasa mencari cara baharu untuk mewujudkan hubungan dengan para pelajar, ibu bapa dan guru bagi menggalakkan pengajaran yang berkualiti tinggi,” kata beliau.

 

“Pertandingan Doodle ‘Cergas Bersama Antabax’ mempunyai gabungan pembelajaran dan nilai-nilai kebersihan yang baik. Sesungguhnya, pertandingan Doodle ini merupakan satu kaedah berkesan untuk mendidik golongan muda mengenai kerbersihan yang menyeluruh,” jelas beliau.

 

Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Norita Shamsudin juga menyokong pendapat berkenaan dan menyatakan bahawa pertandingan Doodle ‘Cergas Bersama Antabax’ merupakan satu cara yang inovatif untuk memperkukuhkan amalan kebersihan yang baik di kalangan pelajar dan dewasa.

 

“Ia merupakan satu aktiviti yang boleh dilakukan oleh sesiapa, di mana-mana dan pada bila-bila masa jua dengan menggunakan kertas dan pensil. Ini merupakan satu perkara penting bagi generasi muda kerana pendidikan mengenai kebersihan perlu dimulakan dari umur yang muda,” jelas beliau.

 

Sementara itu, pemenang kategori sekolah rendah, Mohd Syamil Aizat Bin Mesman, meluahkan rasa kegembiraan selepas berjaya memenangi hadiah wang tunai dan produk ekslusif Antabax.

 

“Saya amat gemar melukis dan saya kerap ber-‘doodle’ di dalam kelas kerana ia telah menjadi satu tabiat setiap kali saya perlu berfikir. Saya amat gembira kerana karya seni saya dipilih sebagai pemenang daripada ribuan penyertaan, ia telah  membuatkan saya lebih yakin dengan kemahiran lukisan saya. Terima kasih, Antabax, atas peluang ini,” jelas beliau.

 

Pemenang kategori Sekolah Menengah, Ng Jie Xin dari SMK Tun Saban pula memberitahu bahawa beliau telah menerima sokongan yang kuat daripada keluarganya untuk mengambil bahagian dalam pertandingan doodle ini.

“Ahli keluarga saya sangat menggalakkan dan menyokong saya untuk memasuki Pertandingan Doodle ‘Cergas Bersama Antabax’ ini, terutamanya nenek saya. Kesenian adalah minat saya, jadi saya telah mencipta sepuluh karya yang berbeza untuk dipilih oleh nenek saya dan apa yang memeranjatkan ialah pilihan nenek telah memenangi pertandingan kategori yang saya sertai! Terima kasih Antabax atas platform ini, dan memberi peluang kepada kami semua untuk menzahirkan daya cipta masing-masing,” kata beliau.

 

Para pemenang 20 teratas daripada kategori sekolah rendah dan menengah dan sekolah mereka masing-masing juga akan menerima Kit Penjagaan Antabax, sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka dan seterusnya menggalakkan amalan kebersihan yang baik di kalangan sekolah-sekolah.

 

Senarai pemenang-pemenang:-

 

Kategori Sekolah Rendah

Juara Mohd Syamil Aizat Bin Mesman Sekolah Kebangsaan Limpoon 1 RM3,000
Naib Juara Foong Yann Thong SJKC Serdang Baru (1) RM1,500
Tempat Ketiga Steven Ong Yat Hee SRJK (C) Pokok Assam RM800
Sagu hati 17 Finalis RM100 setiap satu

 

Kategori Sekolah Menengah

Juara Ng Jie Xin SMK Tun Saban RM3,000
Naib Juara Putera Nurafiq Haiqaal Bin Nordin Sekolah Seni Malaysia Johor RM1,500
Tempat Ketiga Hamidah Hussin SMK Kuala Penyu RM800
Sagu hati 17 Finalis RM100 setiap satu

 

Kategori IPT

Juara Leong Ka Mun International Advertising, Communication and Technology College RM3,000
Naib Juara Musthapa Kamil Universiti Malaysia RM1,500
Tempat Ketiga Arif Fakhrullah bin Aladib Politeknik Muadzam Shah RM800
Sagu hati 17 Finalis RM100 setiap satu

 

Kategori Terbuka

Juara Mohamad Shariffudin Bin Mohamadiah Negeri Sembilan RM3,000
Naib Juara Khairul Hisham Bin Salim Pahang RM1,500
Tempat Ketiga Nor Relawati binti Abdullah Negeri Sembilan RM800
Sagu hati 17 Finalis RM100 setiap satu

 

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan-pertandingan yang sedang dijalankan, sila layari laman Facebook rasmi Antabax di pautan http://fb.com/NewAntabax and laman Instagram @antabax.

[1]Nielsen MAT April ’16, Medicated Liquid segment

[2] http://online.wsj.com/articles/the-power-of-the-doodle-improve-your-focus-and-memory-1406675744

[3] 1406675744Need to remember something? Better draw it, study finds, https://www.sciencedaily.com/releases/2016/04/160421133821.htm

[4] Andrade, J. (2010), What does doodling do?. Appl. Cognit. Psychol., 24: 100–106. doi: 10.1002/acp.1561 [http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1002/acp.1561/abstract]


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *