(SEMASA) Koperasi Tabung Haji Berhad Melancarkan Portal Beli Belah, HAQQI

Spread the love

KUALA LUMPUR, Selasa, 10 Januari 2017: Koperasi Tabung Haji Berhad (KTHB) dengan kerjasarna Glass Go Media pada hari ini melanearkan Portal Beli Belah, Haqqi yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Noor Zari bin Hamat, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

“Haqqi” dibangunkan oleh KTHB dengan usahasama strategik dengan  Glass Go Media selaku rakan niaga dan  pakar teknologi  maklumat menggunakan platform www.haqqi.eom.my.  dan  Jakel  Warehouse  Malaysia  sebagai  pembekal  utama. Portal ini mula beroperasi pada 24 November 2016, manakala butik pertamanya di Seksyen 7, Shah Alam dilanearkan pada 15 Disember 2016 yang lalu.

Puan Hajah Helena Hashim, Pengerusi KTHB berkata, “Portal Haqqi  disasar untuk menjadi hab kelengkapan ibadah haji dan umrah mampu miJik terbesar   Malaysia. Justeru itu, bakal jemaah haji dan umrah lebih mudah untuk memperoJehibarangan keperluan melalui hab ini dengan harga berpatutan dan mampu milik. Selain portal, barangan tersebut turut boleh diperoleh melalui rangkaian butlk”.

Tambah beliau lagi, Dengan adanya portal Haqqi, pengguna kini boleh membuat pembelian keperluan ibadah dan fesyen pakaian dengan Jebihmudah dan di hujung jari melalui feJefonbimbit, tablet mahupun kompufer di mana-mana sahaja  dan pada bila-bila masa

Butik pertama di Shah Alam merupakan cawangan perintis bagi pembukaan lima lagi rangkaian  lain yang dijangka  beroperasi dalam tempoh suku  pertama 2017. Rangkaian butik tersebut bertempat di  Bangi, Kuala  Lumpur, Kota Bahru, Kuala Terengganu dan Johor Sharu.

Barangan kelengkapan yang ditawarkan merangkumi ihram, telekung dan pakaian asas serta kelengkapan peribadi untuk menunaikan haji dan umrah bagi lelaki dan wanita. Antara barangan lain yang turut ditawarkan adalah kitab suei, buku panduan, produk kesihatan penjagaan diri, pakaian muslimah serta  koleksi fesyen berjenama terkemuka.

Haqqi bukan sahaja memanfaatkan ahli KTHB dan pendeposit Tabung Haji (TH), malah ia memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati lebih penjimatan menerusi jaminan  harga terendah  dan  produk  berkualiti  buatan dalam  dan  luar negara.

Selain www.haqqi.com.my. ia boleh diakses menerusi aplikasi telefon pintar Tabung

Haji, “Thijari” dan laman sesawang KTHB, www.kthb.com.my.

Majlis pelancaran turut diserikan dengan peragaan oleh sembilan jenama  fesyen terkemuka seperti Owl By Nora Danish, Dara By Fathia Latiff, Ameera Zaini, EI by Elfira Loy, Izzuexclusive, Zareeth Zehra, Sirnasin dan Losravelda.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *