(SEMASA) Applikasi gaya hidup The Entertainer ‘Beli Satu Percuma Satu’ dilancarkan di Malaysia

Spread the love

6small

Berlatar belakang suasana mewah Lafite di Shangri-La, Kuala Lumpur, tetamu dan rakan media sama-sama meraikan pelancaran syarikat antarabangsa berpangkalan di Dubai, The Entertainer yang menyediakan tawaran diskaun dan promosi produk gaya hidup dalam bentuk aplikasi mudah alih serta buku baucer, bagi edisi Malaysia.

Di majlis itu, pengacara majlis, Liz Riemersma memulakan acara dengan tayangan video ‘Always Something to Smile About’ oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Donna Benton yang menjawab persoalan mengenai fungsi aplikasi telefon pintar itu.

“Semua orang sukakan penjimatan wang dan kami mahu memberikan peluang kepada orang Malaysia berjimat menikmati apa yang mereka gemari melalui tawaran ‘Beli Satu Percuma Satu’ ini.

“Mereka boleh menebus pakej The Entertainer melalui telefon mudah alih atau buku baucer hanya melalui satu atau dua transaksi. Kami bekerja keras bagi memastikan semua rakan kongsi The Entertainer menawarkan promosi berkualiti dan bernilai bagi setiap pelanggan,” katanya.

Insentif ‘Beli Satu Percuma Satu’ The Entertainer memasuki Malaysia dengan senarai promosi yang cukup panjang, melebihi 825 promosi dari restoran ekslusif, pusat rekreasi, pusat kesihatan dan lokasi hiburan.

Tawaran itu turut membabitkan lebih 380 promosi ekslusif oleh hotel terkemuka Malaysia antaranya Intercontinental Hotel Kuala Lumpur serta lokasi menenangkan seperti The Slimming Sanctuary dan Sothy’s.

Aplikasi ini sedia untuk di muat turun secara percuma di app store (dari iTunes, Blackberry juga Google Play serta Samsung) dengan lapan tawaran percubaan untuk lokasi di Kuala Lumpur.

Secara keseluruhannya, Entertainer Malaysia mempunyai tawaran penjimatan bernilai lebih RM370,000 dan pengguna boleh membeli sama ada melalui buku baucer atau promosi di telefon bimbit, bergantung kepada keselesaan masing-masing – di mana setiap satu mempunyai 825 insentif sama dengan harga RM235.

Tawaran harga pengenalan boleh dinikmati pengguna yang tawaran penuh bagi promosi di telefon bimbit di mana mereka akan menikmati pengurangan 40 peratus (RM145) untuk waktu terhad.

Selepas belian, tawaran itu tersedia untuk ditebus guna serta merta dan perlu dihabiskan dalam tempoh 14 bulan sehingga Disember 2014.

Pada majlis pelancaran, tetamu turut dihiburkan gelagat ‘penghibur’ tempatan, Henry Golding.“Saya ketagih dengan tawaran harga murah,” akui Golding.

“Perkataan ‘tawaran hebat’ sentiasa menarik perhatian saya tapi saya yakin The Entertainer mencapai tawaran produk santai, lebih spesifik adalah untuk pelanggan moden seperti saya yang sentiasa bergantung kepada telefon pintar sepanjang masa. The Entertainer akan sentiasa menggamit saya untuk kembali mendapatkan lebih banyak tawaran harga murah,” katanya.

Sementara menikmati hidangan tengahari, Pengurus Besar, Neil Presland; Pengarah Pemasaran, Liz Riemersma dan Pengarah Operasi Antarabangsa, Chris Shaw serta kakitangan The Entertainer berbual sambil berkongsi cerita bersama tetamu mengenai pengalaman mereka menembusi pasaran Singapura, Hong Kong dan rantau Asia lain.

Dengan baucer makan malam di Shangri La Hotel KL; menari sepanjang malam sehingga matahari kembali terbit di No Black Tie; peluang menikmati hidangan asli Bavarian di Brotzeit Bier Bar & Restaurant, bermain boling di Ampang Sperbowl atau peluang memilih apa juga minuman disukai di mana-mana cawangan Chatime, ternyata semuanya mudah (tap,tap,tap) jika anda tahu caranya.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *