(SEMASA) Art of Speed Malaysia 2018 Dikuasakan oleh PETRONAS,

Spread the love

 

KUALA LUMPUR, 30 JULAI 2018 – Art of Speed, acara tempatan Ol-Skool & Kustom Kulture Malaysia kembali dengan acara tahunannya untuk semua peminat kereta dan motor, mempamerkan seni kustom tempatan yang terdiri daripada kereta dan motosikal yang diubahsuai serta restorasi, galeri seni, aktiviti interaktif dan hadiah cabutan bertuah yang sangat menarik!

Acara ini telah diadakan pada 28 – 29 Julai 2018 di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS). Art of Speed 2018 (AOS 2018) dibuka untuk lawatan dari jam 10:00 pagi hingga 7:00 petang. Acara ini merekodkan 45,000 pengunjung untuk dua hari.

Peminat kereta dan motorsikal telah berpeluang bertemu dengan tetamu antarabangsa dari:

  1. James Ken Blackmon dan Wilburlavard Thomas III daripada Trico; Amerika Syarikat
  2. Dean Ian Micetich dan Jimmy Dean Horn Jr. daripada Dice Magazine; Amerika Syarikat
  3. Mark Arcenal daripada Illest/Fatlace; Amerika Syarikat
  4. Jeff Holt daripada V-Twin Visionary Magazine; Amerika Syarikat
  5. Nau Shima dan Yuki Hitomi daripada Tokyo Indians MC; Jepun
  6. Ray Luke Matthew Bellerby daripada Fuel Tank Magazine; Australia
  7. Geoffrey Douglas Baldwin daripada Return of the Café Racers; Australia
  8. Makoto Watanabe daripada Chopper Journal Magazine; Jepun
  9. Yoshida Shinya daripada YENC Magazine, Jepun
  10. Kanda Manabu daripada Kalifornia Look Magazine, Jepun
  11. Dino Dalle Carbonare daripada Speedhunters.com; Jepun
  12. The Nash daripada Burnout Magazine; Jepun
  13. Shige Suganuma dan Hiro “Wildman” Ishii daripada MOONEYES
  14. Gen daripada Love Ear Art; Jepun
  15. Ken Sugihara daripada Fustyworks; Jepun
  16. G Tiki Art & Pinstriping; Jepun
  17. Makoto M&K Custom Signs; Jepun
  18. Cynar daripada Jepun
  19. Daisuke Sakon daripada Kustomstyle; Jepun

Sorotan khas untuk AOS 2018 termasuk:

  1. Art of Speed Invitational Bike Build Off 2018 yang dikuasakan oleh PETRONAS, telah menyaksikan 8 pembina khas daripada Malaysia & Singapore bersaing untuk hadiah wang tunai RM10,000 (pemilihan juri) & wang tunai RM5,000.00 (pilihan awam). Pembina khas yang bersaing ialah:
  • Rusty Factory daripada Ipoh, Perak
  • Soul Garage daripada Sungai Petani, Kedah
  • JZ Engineering & Services daripada Pasir Gudang, Johor
  • No Die Cycles daripada Ampang, Selangor
  • Beautiful Machines daripada Kuala Lumpur
  • Dstreet Customs daripada Singapura
  • Kenstomoto daripada Kuala Lumpur
  • Skateture Custom Works daripada Kuching. Sarawak

            Pertandingan Build Off ini menampilkan keputusan yang memukau dengan          menyaksikan juara bertahan dari tahun lepas apabila keputusan menyeluruh     pemilihan juri memihak kepada Muhammad Khalid Musa dari Rusty Factory dengan       hasil karya yang sangat terperinci iaitu motorsikal BMW R75/6 yang telah             diubahsuai. Anak muda berusia 31 tahun dari Ipoh juga membawa pulang hadiah wang tunai Pilihan Awam dengan undi yang paling banyak mengalahkan 7 pembina   khas yang lain.

  1. Hot Wheels menyambut Ulang Tahun ke-50 di Art of Speed 2018 dengan Dmitriy Shakhmatov, Pengurus Reka Bentuk Global Hot Wheels. Shakhmatov berkunjung ke Malaysia dari Amerika Syarikat bersempena Hot Wheels Southeast Asia Tour dan juga mengadakan sesi bertemu khas dengan peminat Hot Wheels. Beliau memperkenalkan reka bentuk “Car Culture 2019” dengan kerjasama Porsche RWB, serta meraikan RWB Porsche 911 yang bersaiz sebenar yang telah dibuat menjadi model Ulang Tahun ke-50 Hot Wheels. Pratonton model tersebut di acara ini adalah kali pertama ia didedahkan kepada orang ramai.
  1. HOUSE OF VANS Skateboard & pertandingan BMX dan bengkel seni menjadi bahagian yang menarik dengan banyak aktiviti untuk kanak-kanak, remaja dan untuk mereka yang sentiasa muda di hati.
  1. Hail Vintage 2018 menampilkan pameran denim vintaj dari tahun 1870 dan koleksi bernilai lebih RM1,000,000.00. Pameran ini juga menganjurkan pasar vintaj dan koleksi yang berharga.
  1. Art Of Speed X Dice Magazine Party, pesta rasmi hujung minggu. Malaysia menyertai London, Tokyo, Los Angeles & New York menjadi tuan rumah Dice Magazine Party. Persembahan langsung dari kugiran musik Gerhana Ska Cinta dan Black & Blues Band serta set DJ dari Disko Santan. DICE Magazine Party diadakan di Jenerator, KL City Walk pada 28 Julai 2018, malam Sabtu pada 10 malam hingga 1 pagi.
  1. my sebagai Vendor Motorsikal Rasmi yang mengadakan kerjasama khas dengan Pa’Din Musa yang membina khas sebuah motorsikal streetcub yang dilancarkan pada acara ini.
  1. Kustom & Koffee Talk bersama Engear di wawancara oleh Shamsul Yunos berlangsung di dalam Dewan A pada pukul 2 petang bersama-sama panel dari luar negara seperti Jimmy Dean dari Dice Magazine, Mark Arcenal dari Illest & Fatlace, Will dari Trico, Geoff dari The Return of Café Racers, Luke dari Fuel Tank dan Dmitry dari Hot Wheels. Forum ini  membicarakan topik-topik terkini di dalam industri permotoran dan kereta.
  1. Ducati telah melancarkan produk baru di atas pentas utama di dalam Dewan A pada pukul 3 petang.
  1. Kawasaki juga melancarkan produk baru di dalam kawasan pameran mereka pada 11 pagi di dalam Dewan A.

Muzik adalah salah satu elemen penting dalam acara Art of Speed dan tahun ini AOS memperkenalkan “Sound Circus” sebagai tema pentas utama yang menampilkan Fox Wanna Fly sebagai kugiran pembukaan pada hari Sabtu bagi melancarkan lagu rasmi acara berjudul “Inspirasi”. Pengunjung AOS 2018 jugadihiburkan oleh kugiran muzik seperti Plague Of Happiness yang menjadi persembahan utama pada hari Sabtu dan konsert “comeback” oleh Bittersweet yang telah menutup acara AOS 2018 pada hari Ahad dengan penuh gaya!

Akhir sekali, terdapat cabutan bertuah harian pada hari Sabtu dan Ahad dimana seorang pemenang; Shamsudin Yakob memenangi pakej berbayar untuk SEORANG (1) untuk melawat The 27th Annual Yokohama Hot Rod Custom Show 2018 dan Mohamad Nasrudin Abdullah telah memenangi SATU (1) unit C600R Streetcub oleh FNG Works. Hadiah-hadiah ini telah diberikan pada hari Sabtu & Ahad.

Meneruskan tradisi untuk menginspirasikan komuniti tempatan, penganjur sekali lagi membawa masuk kenderaan vintaj dan ubah suai yang mengkagumkan dari luar negara. Tahun ini, pengunjung akan dijamu dengan:

  1. NAU SHIMA & YUKI HITOMI daripada Tokyo Indians MC memaparkan 2 unit 1947 INDIAN CHIEF (JEPUN).
  2. SHIGE SUGANUMA pemilik MOONEYES memaparkan 1978 HARLEY-DAVIDSON SPORTSTER MQQN DIGGER SHOW BIKE (JEPUN) & 1954 MQQN BUG DRAG RACE CAR (JEPUN) dibina oleh MASASHI TAZAKI daripada ONE LOW JAPAN dan dipandu oleh YUTAKA KIJIMOTO yang menghadiri acara ini juga.

Sebuah lagi kenderaan khas yang  dibawa khas dari Amerika Syarikat untuk dipaparkan di dalam DEWAN A di kawasan House of Vans:

  1. BRYAN SCOTT THOMPSON daripada THOMPSON CYCLES memaparkan 1955 VANS TRIUMPH (Amerika Syarikat)

Menurut Asep Ahmad Iskandar, Pengasas Art of Speed Malaysia, “Edisi tahun ini pastinya pengelolaan yang paling terbaik dengan kepelbagaian dan kerumitan pemilihan kenderaan malah kami juga menambah baik bilangan aktiviti sepanjang dua hari untuk memenuhi permintaan semua golongan umur pengunjung.”

“Ini termasuk juga pertandingan Show & Shine di dalam dewan berhawa dingin seluas 150,000 kaki persegi yang akan dipenuhi dengan kenderaan kustom dan klasik didalam Dewan A, ditambah dengan NEAT Fest di Dewan C yang akan dikelolakan oleh NoEqual, galeri seni yang bernama Moto Circus yang disertai oleh artis tempatan dan antarabangsa, persembahan langsung dari Sound Circus dan juga aktiviti mesra keluarga seperti bengkel seni di House of Vans, acara Soap Box Show & Go!, acara bazaar jualan dan arena belia dengan taman papan luncur & taman BMX yang dihoskan oleh House of Vans.”

Aktiviti Art of Speed 2018 yang lain termasuk:

  • Pandu uji motorsikal dari Indian Motorcycles & Royal Enfield
  • Roda Rumble 2018 – Perhimpunan Dua Roda & Pesta Kawasan Parkir
  • Taman Makanan yang menampilkan Lori Makanan, Bazar Jualan dan Pasar Lambak Vintaj

Art of Speed 2018 juga  menganjurkan Perhimpunan Kelab Mega dan Roda Rumble yang keempat dari kumpulan Retro Mania yang menyuntik keseronokan baru kepada semua pemilik kenderaan klasik, retro dan olskool.

Pemenang Best of Show dalam pertandingan Show & Shine di dalam kategori kereta dan motosikal akan memenangi percutian dan hadir ke acara 27th Annual MOONEYES Yokohama Hot Rod and Custom Show pada Disember ini sebagai tetamu kehormat.

Senarai pemenang AOS2018 :

  1. BEST OF MEGA CAR & MOTORCYCLE CLUB GATHERING

Old VW Malaysia

  1. BEST MARKETPLACE

VANS

  1. BEST DISPLAY MOTORCYCLE

Mohd Hatta Yahya

  1. BEST DISPLAY CAR

Abd Wahab Bahari

 

AOS Invitational Bike Build Off

  1. Pilihan Juri

Rusty Factory – Muhammad Khalid Musa – 1975 BMW R75/6 (Malaysia)

  1. Pilihan Awam

Rusty Factory – Muhammad Khalid Musa – 1975 BMW R75/6 (Malaysia)

 

Best Of Show Automobile

Hiszawawi Samseh – 1966 Chevrolet C10 Long Bed (Malaysia)

Best Of Show Motorcycle

            Pa’Din Musa – 1959 Panhead Harley-Davidson (Malaysia)

 

 

 

Pilihan dari Jemputan

  1. Shige Suganuma – MOONEYES PICK

Mark Arcenal – FATLACE/ILLEST PICK

MAKOTO PICK

Pemenang : 405 Industries (Malaysia)

 

  1. Daisuke Sakon – KUSTOMSTYLE PICK

Pemenang: Jalil (Malaysia)

  1. Jeff Holt – VTWIN VISIONARY PICK

Pemenang : Asrul @ Joejot (Malaysia)

  1. Will & James Ken – TRICO PICK

Yuki Hitomi & Nau Shima – TOKYO INDIAN MC PICK

Pemenang : Pa’din Musa (Malaysia)

  1. Dean Micetich & Jimmy Dean – DICE MAGAZINE PICK

Pemenang: Nasir Skateture Custom Works (Malaysia)

  1. Makonabe – CHOPPER JOURNAL MAGAZINE PICK

Yoshida Shinya – YENC MAGAZINE PICK

Ken Sugihara – FUSTY WORKS PICK

Geoffrey – THE RETURN OF CAFÉ RACERS PICK

BRYAN THOMPSON – THOMPSON CYCLES PICK

Pemenang :  Muhammad Khalid Musa (Malaysia)

  1. Dino Dalle Carbonare – SPEEDHUNTERS.COM PICK

Pemenang :  Ken Gan (Malaysia)

  1. NoEqual PICK

Pemenang:  Steven Toh (Malaysia)

  1. THE NASH PICK

Pemenang :  Jap Loh (Singapore)

  1. G PICK

Luke – FUEL TANK PICK

Pemenang :  Lebai Game (Malaysia)

  1. GEN LOVE ART PICK

Pemenang :  Nodie Irwan (Malaysia)

  1. CHRISTIAN COUJIN PICK

Pemenang:  Velson Khoo Jun Hong (Malaysia)

 

Pemenang AOS2018 Show & Shine

Lowrider Category

  1. Best of 12”, 16” & 20” Wheel Lowrider

Henry Siema Setiawan (Indonesia)

  1. Best of 24”, 26” & Open Wheels Lowrider & Limousine

Mohd Fariz Md Minkom (Malaysia)

  1. Best Classic BMX

Afihahizal Ahamad (Malaysia)

 

KATEGORI PILIHAN

  1. BEST PAINT

Henry Siema Setiawan (Indonesia)

  1. BEST FABRICATION

Pak Din Gercust Kluang (Malaysia)

 

Kategori Kereta

  1. BEST OF GERMANS (CLASSIC)

Ismail Ibrahim (Malaysia)

  1. BEST OF ITALIANS (CLASSIC)

-tiada pemenang-

  1. BEST OF BRITISH (CLASSIC)

Middleton (Canada)

  1. BEST OF JAPANESE (CLASSIC)

Lebai Garage (Malaysia)

  1. BEST OF USA/MUSCLE

Awie 44 (Malaysia)

  1. BEST OF SWEDISH

-no winner-

  1. BEST OF MODERN CLASSIC

Ken Gan (Malaysia)

  1. BEST OF MODERN JDM

Jason Teoh Kok Liong (Malaysia)

  1. BEST OF MODERN EURO

Paulson Chan (Malaysia)

  1. BEST OF NATIONAL HEROES

Mohd Nizam Kamarozaman (Malaysia)

  1. BEST OF RADIKAL (CLASSIC & MODERN)

Saifudin Dani(Malaysia)

  1. BEST OF CLASSIC WAGON

Mohamad Talha (Malaysia)

  1. BEST OF VAN

Abdul Wahab Bahari (Malaysia)

  1. BEST OF VW BEETLE

Wan Azhar (Malaysia)

  1. BEST OF VW BUS

Ravinder Singh (Malaysia)

  1. BEST OF VW AIR-COOLED RESTOMOD

Amirul Hafiz (Malaysia)

  1. BEST OF RAT LOOK

Mohamad Meezam Azmi (Malaysia)

  1. BEST OF STANCE

Irfan (Malaysia)

  1. BEST OF RACE CAR

Alvin Yak (Malaysia)

  1. BEST PAINT

Mira Drag Car (Malaysia)

  1. BEST INTERIOR

Rajinder Singh (Malaysia)

  1. BEST ENGINE BAY

Alex Wong (Malaysia)

Kategori Motorsikal

  1. BEST OF OPEN CLASS

Abd Rasid Ismail (Malaysia)

  1. BEST OF CHOPPER

Pa’Din Musa (Malaysia)

  1. BEST OF BOBBER

Abd Rasid Ismail (Malaysia)

  1. BEST OF CAFÉ RACER

Mohd Aidzam (Malaysia)

  1. BEST OF MODIFIED HARLEY-DAVIDSON

Rel Harun (Malaysia)

  1. BEST OF CLUB STYLE

Asrol@Joeyot (Malaysia)

  1. BEST OF CUSTOM BAGGER

Rolling Ink – Iron Head MG (Malaysia)

  1. BEST OF JAP STYLE & TRACKER

Bunny Builds (Singapore)

  1. BEST OF RESTORED CLASSIC SCOOTER

Muhammad Naqib Mustaffa – 88 Machine (Malaysia)

  1. BEST OF STREETCUB

Wira Syawal (Malaysia)

  1. BEST OF RESTORED RETRO JAPANESE

Sundares A/L Nadarajen (Malaysia)

  1. BEST OF RESTORED CLASSIC CONTINENTAL & AMERICAN

Hatta Yahya (Malaysia)

  1. BEST OF MODIFIED CLASSIC CONTINENTAL & AMERICAN

Naim Fadhli – Beautiful Machines (Malaysia)

  1. BEST OF CUSTOM STREET BIKE

Muhammad Naqib Mustaffa – 88 Machine (Malaysia)

  1. BEST PAINT

Rogan Ng (Singapore)

  1. BEST ENGINEERING

Abd Rasid Ismail (Malaysia)

  1. BEST FABRICATION

-tiada pemenang-

Maklumat lebih lanjut mengenai acara ini boleh dilayari di www.artofspeedmy.com atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *