(SEMASA) B’Belle Instant Shawl oleh Bella Ammara

Spread the love

_MG_1301

Bella Ammara secara rasminya melancarkan koleksi eksklusif terbaru untuk keluaran hijab, B’Belle Instant Shawl di Butik Bella Ammara Shah Alam. Berteraskan matlamat untuk menguasai sekurang-kurangnya 20 peratus pasaran muslimah, pemilihan Instant Shawl sebagai produk keluaran terbaru adalah bagi melengkapkan koleksi sedia ada Bella Ammara yang sememangnya dikenali sebagai pengeluar pakaian fesyen muslimah No.1 di Malaysia. Bella Ammara telah mengeluarkan pelbagai koleksi seperti jubah, telekung dan pakain kasual. Kini dengan keluaran B’Belle Instant Shawl yang terbaru maka lengkaplah konsep ciri pemakaian muslimah yang diterapkan oleh Bella Ammara.
_MG_1290Khalif Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif Bella Ammara berkata, industry fesyen muslimah di Malaysia merupakan indsutri yang sangat berkembang pesat namun masih belum ada satu jenama yang kukuh di pasaran. Justeru itu, Bella Ammara ingin menjadfi jenama muslimah pertama yang menyediakan semua jenis pakaian muslimah yang berkualiti untuk masyarakat Malaysia.

Dengan menggunakan konsep Instant Shawl, Bella Ammara cuba untuk memberikan hasil yang terbaik kepada pelanggan. B’Belle Instant Shawl akan memudahkan penggunanya kerana konsepnya yang mudah digayakan dan menjanjikan imej yang menarik untuk pengguna.

Bagi menarik lagi perhatian pengguna, Bella Ammara akan melancarkan satu pertandingan “Wanita Eksklusif”, pemenang bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 dan berpeluang menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dibawah syarikat Bella Ammara Holding.

Menurut Khalif Samsudin lagi, “pertandingan ini sebagai tanda penghargaan untuk semua pelanggan dan penggemar produk Bella Ammara yang telah menyokong Bella Ammara sejak awal penubuhannya lagi dan ingin memberikan peluang kepada pembeli Bella Ammara di luar sana menceburi bidang perniagaan dengan bimbingan penuh dari saya..”meral

Beliau juga berkata, “B’Belle Instant Shawl ini juga bakal membantu merancakkan lagi perniagaan pengedar-pengedar yang berdaftar dengan Bella Ammara mereka ini juga dikenali sebagai “dropship” dan juga “personal shopper”. Kebanyakkan “dropship” ini menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan, dengan menggunakan nama Bella Ammara yang sememangnya mempunyai jumlah permintaan yang tinggi dalam pasaran akan membantu mereka menjana pendapatan yang lebih banyak.

Koleksi B’Belle Instant Shawl di datangkan dalam 31 variasi warna yang sememangya sesuai digayakan oleh wanita Malaysia pada setiap hari. Koleksi ini menggunakan fabric yang sangat selesa untuk dipakai iaitu Royal Quality Korean Chiffon yang sememangnya dibuat khas dari negara Korea Selatan._MG_1328-vert

Sebagai permulaan Bella Ammara mengeluarkan sebanyak 40,000 helai B’Belle Instant Shawl dan hampir sebahagian besarnya telah ditempah melalui atas talian oleh pengedar-pengedar dan pelanggan-pelanggan Bella Ammara yang sememangnya menantikan koleksi ini.

Koleksi ini direka khas untuk semua wanita di luar sana untuk tampil lebih eksklusif dan anggun. Harga koleksi ini sangat berpatutan dengan hanya RM59 (termasuk kotak eksklusif) dan boleh dimiliki di setiap cawangan Bella Ammara, rangkaian dropship, kiriman melalui personal shopper dan pembelian di atas talian melalui laman sesawang www.bellaammara.com.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *