(SEMASA) “Scarf Machine” pendekatan terbaru penjualan tudung Aidijuma

Spread the love

IMG_1180Kuala Lumpur- Sebut sahaja Tudung Bawal Aidijuma, kaum wanita yang berhijab terutamanya pasti teruja mengenai koleksi tudung bawal yang mula perkenalkan di pasaran pada 2011 oleh pemiliknya, Datin Norjuma Habib Mohamed.

IMG_1185Diletakkan di bawah syarikat Colors Addiction Sdn Bhd, ia dipromosikan dengan jenama “BawalScarf by Aidijuma”. Kelainan Tudung Bawal Aidijuma ini adalah ia menawarkan tudung bawal bercorak dengan label berlainan seperti Blue Label, Black Label, White Label, Red Label, Green Label dan Pink Label. Harganya yang murah menjadikannya tudung bawal yang mampu dimiliki oleh semua orang.IMG_1211

Baru-baru ini telah diadakan majlis pelancaran dan pengenalan kepada Scarf Machine Aidijuma di pusat beli-belah The Curve. Scarf Machine ini adalah lori yang berfungsi seperti kiosk bergerak yang menjual koleksi tudung bawal ke seluruh Malaysia dengan destinasi pertama bermula di Kedah.IMG_1230

Majlis bersejarah itu dihadiri oleh ratusan peminat Aidijuma dan wakil jualannya. Majlis bertambah seri dengan kehadiran penyanyi pujaan ramai, Dato’ Siti Nurhaliza yang turut menghiburkan semua yang hadir dengan 2 buah lagu.IMG_1149

Sebagai tanda penghargaan atas sokongan padu pada Tudung Bawal Aidijuma, pihak Aidijuma telah memberi tudung bawal PERCUMA kepada setiap yang hadir malah telah bermurah hati memberi tiket penerbangan ke Paris untuk 25 orang wakil Reseller Aidijuma yang berjaya dalam kempen jualan Aidijuma.IMG_1189

Apa pun, syabas kepada Colors Addicition yang bakal membuka Concept Store Aidijuma ke-20 di Putrajaya dan ke-21 di Lot 10.

kredit artikel : ira ismail/inspirasi media online


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *