(SEMASA) BUFET RAMADAN MENARA KUALA LUMPUR 2021 ‘NOSTALGIA SANTAPAN KELUARGA’

Spread the love

Menyedari keistimewaan bulan Ramadan Al-Mubarak 1442 Hijrah yang bakal tiba tidak lama lagi, Menara Kuala Lumpur tahun ini kembali mengadakan Bufet Ramadan dengan konsep ‘Nostalgia Santapan Keluarga’ yang akan bermula pada 15 April hingga 10 Mei 2021, dari jam 6.00 petang hingga 9.30 malam di Dewan Bankuet Megaview, TH03, Menara Kuala Lumpur.

Konsep ‘Nostalgia Santapan Keluarga’ dipilih pada tahun ini membawa makna yang cukup mendalam buat kita semua rakyat Malaysia yang tidak dapat pulang ke kampung untuk bersama keluarga tercinta pada Ramadan tahun lepas dan juga tahun ini disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang melanda dunia kini. Oleh itu, kami ingin menjemput anda semua untuk mengubati rasa kerinduan kepada kampung halaman dengan menikmati juadah berbuka puasa di ketinggian 288 meter dari aras bumi dengan berlatar belakang panorama indah Kuala Lumpur pada waktu malam.

Para tetamu Bufet Ramadan Menara Kuala Lumpur dapat menikmati juadah yang menarik dengan pelbagai jenis sajian antarabangsa dan tempatan yang pastinya lazat dan menyelerakan. Sajian istimewa pada tahun ini adalah sajian khas dari Timur Tengah iaitu daging kambing Australia yang dipanggang bersama perapan ‘Arabic Spice’ dan disediakan bersama Nasi Pilaf serta salad timun tomato.

Tidak lupa juga masakan tempatan turun menurun dan pencuci mulut yang sentiasa menjadi pilihan pengunjung setiap tahun. Semua sajian istimewa ini disediakan khas oleh rakan kerjasama kami iaitu Restoran Berputar Atmosphere 360°.

Sambil menikmati juadah berbuka puasa yang enak, para tetamu juga akan dihiburkan oleh kumpulan muzik dari Menara Kuala Lumpur iaitu ‘The Sky Band’. Mereka akan membuat persembahan untuk memeriahkan suasana iftar setiap hari.

Bagi Bufet Ramadan tahun ini, kami menawarkan promosi ‘EARLY BIRD’ mulai hari ini sehingga 12 April 2021 dan dengan
harga seperti berikut:-

PAKEJ HARI BEKERJA – HARGA BIASA:
Dewasa (13 – 59 tahun) RM110
Kanak-Kanak (5 – 12 tahun) & Warga Emas (60 tahun ke atas) RM63

PAKEJ HARI BEKERJA – EARLY BIRD:
Dewasa (13 – 59 tahun) RM77
Kanak-Kanak (5 – 12 tahun) & Warga Emas (60 tahun ke atas) RM44

PAKEJ HARI MINGGU – HARGA BIASA:
Dewasa (13 – 59 tahun) RM145
Kanak-Kanak (5 – 12 tahun) & Warga Emas (60 tahun ke atas) RM83

PAKEJ HARI MINGGU – EARLY BIRD:
Dewasa (13 – 59 tahun) RM102
Kanak-Kanak (5 – 12 tahun) & Warga Emas (60 tahun ke atas) RM58

Kemasukkan adalah percuma untuk kanak-kanak berumur 4 tahun dan ke bawah (sehingga 5 orang sahaja) dan harga untuk kanak-kanak ke-6 dan seterusnya adalah RM50 seorang.

Menara Kuala Lumpur turut menawarkan harga promosi ke Sky Deck bagi setiap pembelian, iaitu dengan hanya RM20.00 untuk dewasa dan RM10.00 untuk kanak-kanak. Harga-harga yang kami tawarkan amatlah berbaloi dan tiada tandingannya.

Jangan ketinggalan untuk merebut tawaran istimewa dan rasai kelainan berbuka puasa di puncak Menara Kuala Lumpur pada tahun ini kerana kami amat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencegah penularan COVID-19. Sanitasi penuh juga telah dilakukan bagi memastikan kebersihan terjamin di seluruh kawasan premis, sementara pembersihan secara berkala turut dilakukan selama 45 minit setiap hari.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Menara Kuala Lumpur ditalian 03-2020 5499 / layari www.menarakl.com.my / facebook @officialmenarakl / Instagram @menarakl. Jumpa anda di Menara Kuala Lumpur pada bulan Ramadan ini!


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *