(SEMASA) CABARAN SHELL FUELSAVE KEMBALI MENGUJAKAN ANDA!

Spread the love

Photo 1small

Shell Malaysia mengadakan Cabaran Shell FuelSave yang keenam dalam usahanya untuk menunjuk kepada rakyat Malaysia bahawa pilihan pemanduan yang lebih bijak mampu mempertingkatkan kecekapan minyak.

Acara ini membuktikan bahawa penjimatan minyak bukannya sesuatu yang sukar seperti yang dibayangkan. Ia sebenarnya dapat dicapai dengan mengamalkan Petua Shell FuelSave serta penggunaan Shell FuelSave – sejenis bahan api yang direka untuk tahan lebih lama bagi setiap tangki.

Cabaran Shell FuelSave sebenarnya adalah sebahagian daripada usaha berterusan Shell untuk mendidik rakyat Malaysia bahawa dengan beberapa perubahan ke atas tabiat memandu serta penggunaan minyak yang sesuai dapat mempertingkatkan kecekapan penggunaan minyak.

Kali ini, kempen anjuran Shell ini diberi nafas baru dengan adanya Shell FuelSave Journey, satu aktiviti di laman web yang menyeronokkan. Para peserta dapat mempertingkatkan pengetahuan mereka dari segi pilihan yang lebih bijak untuk mempertingkatkan kecekapan minyak, di samping berpeluang memenangi pelbagai hadiah dan ganjaran yang eksklusif.

“Kami beriltizam untuk menggalakkan pergantungan kepada mobiliti yang lebih bijak, dan membantu para pemandu di Malaysia dengan kepakaran kami menerusi Shell FuelSave 95 yang dilengkapi dengan Ramuan Kecekapan Aktif. Dengan ini, rakyat Malaysia dapat menikmati peningkatan dari segi kecekapan minyak serta penjimatan, di samping mengamalkan gaya hidup yang lebih mapan,” kata Tuan Haji Azman Ismail, Pengarah Urusan, Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd.

“Kami juga berasa teruja untuk memperkenalkan Shell FuelSave Journey bagi tahun ini kerana ia dapat menggalakkan mereka untuk membuat pilihan penjimatan minyak yang lebih bijak menerusi pelbagai aktiviti laman web yang interaktif dan menyeronokkan,” tambahnya.

Untuk menyertai cabaran kali ini, pemandu berusia antara 21 hingga 60 tahun, dengan pengalaman memandu sekurang-kurangnya dua tahun, hanya perlu mengunjungi pameran bergerak Shell FuelSave di empat bandar utama di seluruh negara untuk menjawab beberapa soalan dan melalui satu sesi temuduga. Selain itu, mereka juga boleh mendaftar dalam talian di www.shell.com.my/fschallenge.

about

Photo 3small

Para peserta berpeluang memenangi hadiah-hadiah tunai yang lumayan di cabaran Peringkat Wilayah dan Peringkat Akhir. Empat pemenang Peringkat Wilayah (Utara, Pantai Timur, Tengah dan Selatan) bakal membawa pulang hadiah tunai bernilai RM2,000 masing-masing. Mereka juga berpeluang menyertai Peringkat Akhir dan memenangi hadiah utama yang bernilai RM 20,000. Akhirnya, sembilan hadiah sagu hati yang masing-masing bernilai RM300 juga akan menjadi rebutan di cabaran Peringkat Wilayah.

Dalam acara ini, pameran bergerak Cabaran Shell FuelSave akan digerakkan di sekitar Semenanjung Malaysia, bermula dari Johor dan kemudian Kuantan, diikuti dengan Pulau Pinang dan akhirnya Kuala Lumpur.

Selain itu, kehadiran eksklusif Fahrin Ahmad, Duta Shell FuelSave di pameran-pameran bergerak terbabit pasti akan memberi kejutan kepada para peminatnya. Mereka berpeluang untuk beramah mesra dan mengambil gambar bersama artis pujaan mereka ini. Beliau juga akan berkongsi pengalamannya mengenai pemanduan bijak yang dapat membantu menjimat minyak kereta anda.

“Saya berasa teruja kerana diberi peluang untuk melibatkan diri dalam Cabaran Shell FuelSave bagi tahun keenam. Saya amat menyokong inisiatif Shell dalam memberi galakan kepada rakyat Malaysia untuk membuat pilihan pemanduan bijak yang dapat mempertingkatkan kecekapan minyak. Saya tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu dengan para pengunjung dan menunjukkan kepada mereka betapa senangnya untuk menjimat minyak – gabungan penggunaan minyak yang sesuai seperti Shell FuelSave 95 dengan Petua Shell FuelSave,” kata Fahrin Ahmad, Duta Shell FuelSave Shell Malaysia.

Menerusi cabaran ini, anda dapat mengetahui berapa jauhkah anda boleh memandu dengan Shell FuelSave 95. Daftarlah hari ini juga. Anda berpeluang menjadi Juara Shell FuelSave 2014!

Berikut merupakan jadual pameran bergerak Cabaran Shell FuelSave:

Tempat Tarikh
Aeon Bukit Indah, Johor Bahru 19 – 24 Ogos 2014
Berjaya Mega Mall, Kuantan 29 – 31 Ogos 2014
Gurney Plaza, Pulau Pinang 4 – 7 September 2014
Paradigm Mall, Kuala Lumpur 12-14 September 2014

 

Anda boleh berkongsi pandangan anda mengenai pilihan pemanduan yang bijak di #ShellFSC.

 

Untuk maklumat lanjut dan terma dan syarat mengenai Cabaran Shell FuelSave 2014 serta pameran bergerak yang terbabit, sila layari www.shell.com.my/fschallenge.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *