(SEMASA) CFMOTO EDISI 800MT EXPLORE KINI DILANCARKAN DI MALAYSIA!

Spread the love

PULAU PINANG, 21 JULAI 2024 – CFMOTO 800MT Explore adalah versi 800MT yang dipertingkatkan dan kini boleh didapati di pasaran Malaysia dengan harga jualan RM57,800.00, tidak termasuk cukai jalan dan pendaftaran. Pengenalan model CMMOTO 800MT Explore dengan dua pilihan warna yang elegan, Gem Black dan Starry White, adalah suatu langkah yang memukau dari CFMOTO. Dengan ciri-ciri dan prestasi yang dijanjikan oleh model ini, ianya pasti akan menarik minat peminat kenderaan di Malaysia dan memperkukuhkan lagi reputasi CFMOTO sebagai pilihan utama dalam dunia automotif.
Jentera ini menggunakan enjin silinder berkembar selari 799cc dengan system DOHC yang menjadi paduan terknologi terkini. Gabungan tenaga dan kecekapan dalam satu jentera yang padu terhasil daripada kuasa maksimum iaitu 67kW pada 9,250rpm dan tork maksimum 75Nm pada 8,000rpm.

Model ini dilengkapi dengan pelbagai sistem elektronik dan ciri untuk meningkatkan prestasi, keselamatan dan pengalaman penunggangnya. Dengan unjuran skrin Multi Media Interface (MMI) 8-inci, ia dapat menyambungkan navigasi teknologi seperti main semula muzik dan pemberitahuan telefon pintar secara terus pada skrin motosikal ini. Ciri-ciri canggih ini menunjukkan bahawa CFMOTO menggabungkan teknologi moden dan kemudahan ke dalam model 800MT Explore, meningkatkan pengalaman menunggang keseluruhan dengan penglihatan yang lebih baik, paparan maklumat, ketersambungan dan kemas kini perisian.

CFMOTO 800MT Explore turut disempurnakan dengan sistem keselamatan seperti Traction Control System yang berfungsi untuk menghalang daripada berlakunya kegelinciran.

Ciri keselamatan pada jentera ini diperkukuhkan lagi dengan sistem, RDS Rear Radar & Enduro and Pro Riding Modes. Model ini merupakan keluaran pertama daripada CFMOTO yang mempunyai sistem RDS Rear Radar. Ciri RDS Rear Radar ini bertujuan untuk mengesan titik buta daripada bahagian belakang dan sekaligus dapat melancarkan penukaran lorong di jalan raya dengan selamat. Satu kelebihan yang amat menarik sekali bagi jentera CFMOTO.

CFMOTO 800MT Explore didatangkan dengan tiga bekas aluminun berwarna silver berserta kunci. Turut menyediakan ruang simpanan kiri 35L dan kanan sebanyak 28L, manakala bekas atas mempunyai ruang simpanan 36L. Bekas aluminium ini direka untuk tahan pelbagai cuaca, melindungi barang daripada hujan, habuk, dan faktor persekitaran yang lain dan paling penting, untuk perjalanan jarak jauh dalam pelbagai keadaan.

Dalam memastikan keseimbangan yang baik antara pengendalian, cengkaman dan kestabilan menunggang, jentera ini mengenakan penggunaan tayar hadapan bersaiz 110/80-19 dan tayar belakang dengan 150/70-17 menggunakan tayar berjenama Michelin yang sesuai dengan penampilannya yang lebih terkini.

Model CFMOTO 800MK Explore dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Teknologi ini meningkatkan kawalan dan kestabilan dengan memodulasi tekanan brek pada roda individu, mengelakkan tergelincir dan membenarkan penunggang mengekalkan kawalan. Dengan ABS pada CFMOTO 800MK Explore, penunggang boleh brek dengan lebih yakin, walaupun pada permukaan licin atau semasa berhenti mengejut. Teknologi ini mengurangkan risiko kemalangan yang disebabkan oleh tergelincir dan kehilangan kawalan akibat daya brek yang berlebihan.

Dengan setiap pembelian CFMOTO 800MT Explore, para pembeli boleh menikmati jaminan waranti perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh CFMOTO Malaysia.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *