(SEMASA) FIESTA TV3 SENTIASA BERSAMAMU PENGHARGAAN TV3 KEPADA PENONTON SETIA SEMPENA ULANG TAHUN KE-38

Spread the love

Petaling Jaya, 18 Jun 2022 – Fiesta TV3 Sentiasa Bersamamu telah menambat hampir 1000 pengunjung yang datang bersilih-ganti dari pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang hari ini. Acara ini diadakan khusus buat penonton setia TV3 yang sentiasa bersama kami sepanjang 38 tahun beroperasi. Hubungan istimewa ini kekal berterusan sehingga TV3 menjadi stesen televisyen Nombor Satu negara.

Bertempat di pekarangan Sri Pentas, Bandar Utama, pintu dibuka kepada orang ramai bermula pukul 9.00 pagi. Fiesta TV3 Sentiasa Bersamamu menampilkan Fiza Frizzy dan Cef Fikree sebagai hos acara. Pelbagai aktiviti menarik dan hadiah istimewa telah disediakan buat penonton bertuah yang turut serta dalam acara ini bersama-sama dengan selebriti popular Malaysia! Lebih istimewa, beg cenderahati TV3 juga diberikan kepada 150 peserta yang terawal.

Sesi pelancaran telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid, Pengerusi Kumpulan, Media Prima Berhad diiringi oleh Puan Nini Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima di pentas utama pada pukul 11.30 pagi.

Para pengunjung berpeluang untuk memenangi hadiah menarik menerusi cabaran menghias kek cawan kategori kanak-kanak, cabaran menghias kek antara selebriti popular dan peminat yang menampilkan Aniq Suhair, Noki dan Hannah Delisha. Selain itu, mereka juga dapat menyaksikan demonstrasi dekorasi kek oleh cef selebriti iaitu Dr. Ezani Monoto dan Nabila Asyiqin. Tidak ketinggalan, pertandingan menghias kek keluarga selebriti yang disertai oleh keluarga Sharifah Shahira, Iman Suhana dan Ezzaty Abdullah.

Di samping itu, orang awam yang berkunjung ke Sri Pentas berpeluang untuk beramah mesra dengan artis kesukaan ramai iaitu Anna Jobling (Lestary: Melur Untuk Firdaus), Hisyam Hamid (Samarinda: Kerana Aku Isteri Bidaan), Siti Nordiana, Liza Abdullah, Emma Maembong dan Zoey Rahman. Mereka juga dihiburkan dengan persembahan hebat dari penyanyi popular Malaysia seperti Nabila Razali, Hael Husaini, Naim Daniel, Sarah Suhairi, Suki Low, Naqiu, Syafeek Ikhwan, Zazo Maulana, Haris Fayahet, Wanie Ooi dan Aman Aziz.

Bersempena dengan filem terbaru Jurassic World Dominion yang kini ditayangkan di pawagam, pameran Jurassic Park World Dominion diadakan di Sri Pentas untuk para pengunjung berinteraksi. Jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan selebriti kesayangan anda, Hisyam Hamid yang sedang popular melalui drama bersiri ‘Kerana Aku Isteri Bidaan’ di slot Samarinda. Para pengunjung juga berpeluang untuk menyertai pertandingan foto Jurassic World Dominion. Hanya perlu sertakan tag #TV3SentiasaBersamamu #JurassicWorldDominion #IniEraJurassic ketika bergambar di lokasi tersebut untuk memenangi hadiah eksklusif filem Jurassic World Dominion. Slot Magnificent 8 di TV3 juga membawa penonton ke pengembaraan Jurassic dengan tayangan siri francais filem Jurassic Park pada setiap hari  Ahad, pukul 3.00 petang iaitu Jurassic Park (1997) pada 12 Jun, The Lost World: Jurassic Park pada 19 Jun dan Jurassic World pada 26 Jun.

Bagi memeriahkan lagi sambutan ini, pengunjung turut berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik sumbangan daripada SAMSUNG THE FREESTYLE PROJECTOR, WOW SHOP dan BAUCAR MEMBELI BELAH BERNILAI RM 200 di sesi cabutan bertuah Fiesta TV3 Sentiasa Bersamamu.

Jutaan terima kasih kepada rakan – rakan penaja yang telah memeriahkan Fiesta TV3 Sentiasa Bersamamu iaitu Samsung The Freestyle Projector, Wow Shop, Nestle Malaysia iaitu Nescafe Gold Cappuccino Ice Cream, Milo, Nescafe, Lively Tea, Harvest Gourmet dan MAGGI. Kita juga ada Wall’s Ice Cream, Chek Hup Coffee, CSR Brown Sugar, Beras Jasmine, Gentle Supreme Hand Sanitizer, Mamee Products, Ladies Choice Mayonnaise.

Gunakan #TV3SentiasaBersamamu untuk menghangatkan lagi perbualan tentang sambutan ulang tahun TV3 ke-38 di laman sosial media sepanjang bulan jun ini. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang ulang tahun TV3 ke-38, layari https://www.xtra.com.my/tv3anniversary

Ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *