(SEMASA) Forum MILO® NUTRI PLUZ™ memperkasakan kemahiran keibubapaan dalam memupuk juara luar biasa

Spread the love

Kuala Lumpur, 10 November 2019 – Dalam usaha memperkasakan ibu bapa untuk memupuk potensi luar biasa anak-anak mereka, MILO® telah menganjurkan forum ‘Raising Extraordinary Champions’, yang berkongsi kemahiran keibubapaan untuk mengatasi cabaran membesarkan kanak-kanak secara luar biasa. Acara yang berlangsung sempena pelancaran produk MILO® UHT terbaharu, MILO® NUTRI PLUZ™ ini menyatukan pakar-pakar, guru-guru, ibu bapa serta anak-anak mereka.

Forum ini telah memberikan tumpuan khas kepada kemahiran untuk menguruskan harapan ibu bapa. Pada zaman yang semakin kompetitif ini, kanak-kanak sering berhadapan dengan harapan ibu bapa yang begitu tinggi, baik di rumah mahupun di sekolah. Namun begitu, meletakkan harapan yang tidak realistik boleh meninggalkan kesan negatif terhadap perkembangan kanak-kanak.1 Justeru, keseimbangan dalam memupuk ciri-ciri luar biasa dalam kanak-kanak adalah penting, dan pakar bersetuju bahawa pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian adalah langkah pertama ke arah mencapai matlamat ini. Angeline Lim, Pengurus Pemasaran Pengguna – MILO® Ready-to-Drink, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan pakar dalam usaha meningkatkan pemahaman tentang keibubapaan yang luar biasa. ‘Luar biasa’ kini telah menggantikan ‘terbaik’ sebagai norma baharu. Perubahan ini pula membawa kepada tanggungjawab ibu bapa untuk mencapai keseimbangan dalam memberikan inspirasi yang luar biasa. Menerusi pelancaran MILO® NUTRI PLUZ™, kami ingin membantu ibu bapa menjadi inspirasi yang luar biasa kepada anak-anak mereka.” “Dengan meletakkan pemakanan seimbang sebagai asas membesarkan juara yang luar biasa, kami meneruskan inovasi dalam rangkaian produk MILO® UHT kami, selari dengan misi untuk membantu ibu bapa meningkatkan status pemakanan anak-anak mereka. Ramai ibu bapa tidak sedar bahawa satu daripada dua kanak-kanak di Malaysia mengalami kekurangan Kalsium dan Vitamin D2. Justeru, MILO® NUTRI PLUZ™ menyediakan satu penyelesaian mudah yang bukan sahaja dapat membantu untuk menangani jurang pemakanan tersebut malahan memberikan kanak-kanak tenaga untuk melangkah lebih jauh dalam mencapai potensi luar biasa mereka,” tambah beliau.

MILO® NUTRI PLUZ™ mengandungi khasiat semula jadi susu, malt dan koko, dengan vitamin dan mineral penting bagi membantu membebaskan tenaga daripada makanan secara efisien. Kalsium dalam satu hidangan MILO® NUTRI PLUZ™ adalah setara dengan kandungan kalsium dalam segelas susu3, atau dua kali ganda kalsium dalam MILO® UHT biasa. Kaya dengan Vitamin D, kandungannya adalah dua kali ganda berbanding MILO® UHT biasa. Kalsium penting untuk mengekalkan tulang dan gigi yang kuat, manakala Vitamin D menyokong penyerapan kalsium dan fosforus. Kedua-dua nutrien ini adalah penting untuk kesihatan tulang dan gigi. Ia juga merupakan sumber protein yang baik, penting untuk tumbesaran serta pembinaan tisu dalam badan seperti tulang, otot dan organ. Dengan rasa kurang manis dan lebih rasa susu, MILO® NUTRI PLUZ™ memenuhi pelbagai citarasa pengguna hari ini.

Forum MILO® NUTRI PLUZ™ menampilkan Elaine Yong, pakar psikologi perkembangan kanak-kanak yang menyarankan komunikasi terbuka sebagai amalan terbaik menguruskan harapan ibu bapa. “Ia melibatkan komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak, serta komunikasi sesama kedua-dua ibu bapa. Lebih-lebih lagi ibu bapa yang gaya keibubapaan mereka ketara berbeza, komunikasi terbuka harus diamalkan supaya dapat mencapai kesepakatan.” Dalam memupuk ciri-ciri luar biasa dalam anak-anak, beliau menegaskan kepentingan menyediakan peluang untuk mencuba perkara baharu. “Oleh sebab ciri-ciri ‘luar biasa’ itu berbeza-beza dalam kalangan ibu bapa, apa yang harus digalakkan dan diraikan bukanlah keputusan yang cemerlang tetapi usaha serta keberanian untuk mencuba perkara baharu.” Indra Balaratnam, perunding pemakanan pula berkongsi petua untuk manfaat ibu bapa dalam menyediakan pemakanan yang seimbang untuk anak-anak. “Asas membesarkan juara yang luar biasa terletak pada pemakanan yang seimbang. Antara amalan makan sihat adalah dengan memastikan keseimbangan, kepelbagaian, dan kesederhaan dalam pilihan makanan. Jadikan Pinggan Sihat Malaysia berdasarkan konsep suku-suku-separuh sebagai panduan.” Beliau turut menegaskan kekurangan nutrien dalam kalangan kanak-kanak sebagai perkara yang membimbangkan. “Ibu bapa juga harus menggalakkan anak-anak untuk kekal aktif menerusi aktiviti sukan luar kerana ia bukan sahaja dapat membantu dari segi kecergasan fizikal malahan meningkatkan keupayaan badan menghasilkan Vitamin D melalui pendedahan kepada cahaya matahari. Akhirnya, sediakan bekal makanan untuk anak-anak ke sekolah kerana ia dapat memberikan pilihan makanan yang lebih baik selain memupuk tabiat makan yang sihat di luar rumah.”

Sesuai dipadankan dengan bekal makanan yang sihat dan seimbang, MILO® NUTRI PLUZ™ didatangkan dalam pek hidangan tunggal 200ml dengan penyedut minuman kertas bengkok yang pertama di Malaysia. Berikan kebaikan yang luar biasa kepada juara anda dengan MILO® NUTRI PLUZ™ kini didapati di AEON, atau layari www.milo.com.my/nutripluz.
###


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *