SELANGOR, 29 Mei 2026 – Setiap generasi penunggang layak mendapat perlindungan yang lebih baik, dan kini ia bukan sekadar wawasan oleh pengeluar aksesori motosikal terkemuka dunia, GIVI. Lahir daripada semangat inovasi berterusan dalam era perlindungan baharu, GIVI tampil melancarkan tiga koleksi terbaharu – M33.1 ARIA NEO JET, M35.1 SCUDO II JET, dan 52.0 FULL FACE. Pelancaran produk tersebut telah berlangsung di Maeps, Serdang bersempena dengan Malaysia Bike Show 2026, hari ini.
Ketiga-tiga koleksi ini hadir sebagai sebahagian daripada pendekatan menyeluruh GIVI dalam perlindungan penunggang, yang digelar Sistem Perlindungan Kepala (Head Protection System / HPS) — menggabungkan keselamatan berteknologi tinggi, keselesaan jangka panjang, reka bentuk moden, dan fungsi praktikal dalam satu pakej yang lengkap.
Lebih daripada sekadar perlindungan kepala, ia adalah pernyataan gaya hidup penunggang urban — dari kota raya hingga pinggir bandar — kerana bagi GIVI, keselamatan dan keselesaan optimum adalah teras setiap inovasi yang dilahirkan.
EVOLUSI URBAN JET: M33.1 ARIA NEO & M35.1 SCUDO II
Merupakan evolusi berterusan daripada M33.0 ARIA dan M35.0 SCUDO, kedua-dua keluaran terbaharu M33.1 ARIA NEO dan M35.1 SCUDO II hadir dengan penambahbaikan menyeluruh yang merangkumi ergonomik, keselesaan, dan prestasi harian yang dipertingkatkan. Mengekalkan kod homologasi keselamatan ECE R22.06, setiap aspek reka bentuk kedua-dua model ini telah melalui proses penghalusan teknikal untuk memastikan pengalaman tunggangan yang lebih responsif dan selesa.
Penambahbaikan utama merangkumi:
- Visor Panjang (Long Visor) — liputan hadapan yang lebih luas untuk perlindungan optimum daripada angin dan habuk.
- Spoiler Belakang yang Dinaik Taraf — kestabilan yang lebih baik pada kelajuan tinggi.
- Sistem Pengudaraan yang Dipertingkatkan — pengaliran udara yang lancar dan konsisten walaupun dalam kesesakan lalu lintas.
- Lapisan Dalam yang Dipertingkatkan — direka untuk keselesaan optimum sepanjang tunggangan, sama ada jarak dekat mahupun jauh.
Perbezaan Antara Dua Model (JET) :
- i) M33.1 ARIA NEO
- Produk Buatan Malaysia — topi keledar ini direka dan dihasilkan sepenuhnya di Malaysia.
- Direka untuk penunggang harian yang mengutamakan keselamatan tanpa mengorbankan keselesaan — ringan di kepala, bebas di jalan..
- Sistem Single Visor yang mudah dan praktikal, memastikan penglihatan yang jelas untuk setiap ulang-alik harian.
- Tersedia dalam saiz S hingga XL
- Tiga pilihan warna: Solid Metallic Silver, Solid Dark Grey, dan Solid Black.
- ii) M35.1 SCUDO II
- Versatil dan adaptif untuk setiap mod perjalanan — dari ulang-alik harian hinggalah touring hujung minggu, ia adalah teman riding yang boleh dipercayai dalam setiap situasi.
- Sistem Double Visor membolehkan pelarasan penglihatan yang pantas mengikut keadaan cahaya dan persekitaran — keselesaan dan keselamatan dalam satu sentuhan.
- Tersedia dalam saiz S hingga 2XL dengan dua saiz cengkerang: saiz kecil (S/M/L), saiz besar (XL/2XL).
- Enam pilihan warna : Solid White, Nardo Grey, Graphic Utopia Titanium Yellow, Graphic Edge Blue Red, Graphic Uno White Black, dan Graphic Uno Yellow Black.
Kedua-dua model ini bukan sekadar topi keledar keselamatan — ia sebahagian daripada gaya hidup dan identiti anda sebagai penunggang.
PERLINDUNGAN PENUH : TOPI KELEDAR 52.0 FULL FACE
Direka untuk penunggang yang menuntut perlindungan sebenar — dibuktikan di setiap kilometer perjalanan, dari laluan bandar hinggalah pengembaraan jarak jauh yang memerlukan ketahanan dan kebolehpercayaan tertinggi.
Menggalas kod homologasi keselamatan ECE R22.06 (Full-face P) — pensijilan paling komprehensif dalam kategori topi keledar muka penuh (Full Face) — setiap aspek reka bentuk 52.0 telah melalui proses kejuruteraan yang teliti. Sistem Double Visor menggabungkan visor luar anti-calar untuk perlindungan optimum dan sun visor bersepadu di bahagian dalam yang boleh diturunkan seperti cermin mata hitam, ditambah keserasian Pinlock® untuk penglihatan yang tajam dalam sebarang keadaan cuaca — hujan lebat, kabus tebal, mahupun terik mentari ketika tunggangan.
Sistem pengudaraan tiga arah merangkumi – bahagian atas, bahagian belakang dan pengudaraan dagu. Ianya bagi memastikan pengaliran udara yang optimum dan termal yang seimbang sepanjang pengembaraan, tidak kira sejauh mana destinasi anda.
Bahagian dalaman direka dengan filosofi keselesaan jangka panjang — lapisan dalam dan pad pipi anti-alahan yang boleh ditanggalkan memastikan kebersihan dan kesegaran topi keledar sepanjang pengembaraan, manakala pelindung nafas (breathguard) dan deflector angin yang boleh ditanggalkan memberikan kestabilan dan perlindungan tambahan ketika menempuh perjalanan yang jauh dan cuaca yang tidak menentu.
Tampil dalam empat pilihan warna menarik iaitu : Solid White, Matt Titanium, Graphic Carbon Titanium Red, dan Graphic Ever Matt Titanium Black Grey Silver Fluo — Topi keledar 52.0 Full Face adalah manifestasi sebenar komitmen GIVI dalam melahirkan topi keledar yang bukan sekadar pelindung kepala, model 52.0 ini memang direka untuk penunggang yang tak nak kompromi soal keselamatan dan keselesaan tetapi rakan perjalanan yang boleh dipercayai ke mana sahaja pengembaraan membawa anda.
Bagi GIVI, melangkah ke masa hadapan bermakna memastikan setiap penunggang generasi kini dilindungi dengan standard tertinggi — kerana era baharu perlindungan bukan sekadar wawasan, ia adalah komitmen yang terus hidup dalam setiap topi keledar yang dilahirkan.
Ketiga-tiga koleksi topi keledar terbaharu ini akan berada di pasaran mulai Julai 2026 dan boleh didapatkan melalui platform atas talian rasmi (GIVI Point Malaysia – point.givi.com.my) seluruh cawangan GIVI Point, serta pengedar sah GIVI di seluruh negara.
Harga pelancaran bagi Koleksi Topi Keledar Baharu GIVI:
- 1 ARIA NEO — RM195.00
- 1 SCUDO II — RM370.00 (Warna Solid) dan RM420.00 (Grafik)
- 0 Full Face Helmet — RM350.00 (Warna Solid) dan RM400.00 (Grafik)

