KUALA LUMPUR, 4 Disember 2016 – 2016 bakal melabuhkan tirai namun bagi jenama fesyen Muslimah, Zacheela. keterujaannya baru’ bermula. Glamorous Devotion Fashion Show 16/17 adalah pentas penuh warna bagi memeriahkan lagi industri fesyen tanah air.
Bertempat di Parkroyal Kuala Lumpur, Zacheela menampilkan lima koleksi fesyen terkini dengan 30 seleksi busana Muslimah, Menggunakan fabrik berkualiti Rasetti Silk dan Korean Polyester dengan perincian mutiara dan manik premium, koleksi eksklusif ini menyediakan 100 helai bagi setiap rekaan dan boleh didapati di butik Zacheela sahaja.
Lima koleksi tersebut:
1. Baroque
Baroque diinspirasikan daripada sebuah jenama mewah antarabangsa. Ia salah satu paten yang begitu eksklusif dan menarik. Membawakan dua warna mewah. hitam dan nude agar pemakai tampak elegan.
2. Flora
Lukisan tangan dengon bermotifkan flora digunakan agar pemakainya tampak lebih manis dan ayu. Dua warna lembut iaitu ungu dan dusty green yang dilakar pada fabrik. menambahkan ciri kelembutan dalam koleksi ini.
3. Morroccan
Menampilkan motif negara Timur Tengah dalam rona lembut. ia memberi suntikan penuh gaya.
4. Abstrak
Merah jambu yang merupakan signatur butik Zaeheela dillham dalam koleksi ini bagi menyerlahkan lagi keanggunan pemakai.
5. Geometrik
Pilihan bual wanita yang inginkan gaya lantang. Biru tanda berani mencipta sensasi pada pemakai.
Koleksi patut dimiliki ini menyasarkan golongan belia bekerjaya yang mementingkan penampilan diri yang unik dan elegan. Menyediakan saiz XS hingga XXL, harga yang ditawarkan amat berpatutan iaitu bermula pada harga RM179 hingga RM299.
Istimewanya pada acara ini, Zacheela rnenampilkan aktres terkenal tanah air. Anzalna Nasir sebagai duta jenama eksklusif.
Menurut Pengarah Pemasaran & Operasi yang juga Pengasas Zacheela, Tengku Shaheela Tengku Abd Malek, koleksi yang ditampllkan banyak bermain dengan keberanian dalam membawa elemen inovotif dan trend terkini serta didatangkan dalam pelbagai warna. Ini memberi lebih banyak pilihan kepada penggemar fesyen Muslimah.
“Kami berusaha menghasilkan sesuatu yang unik agar peminat sentiasa tergoda untuk memiliki koleksi kami. Bagi memenuhi kehendak pengikut fesyen, kami memperkenalkan koleksi baru pada setiap dua minggu.” katanya.
Dalam pada itu, menurutnya acara perfunjukan fesyen Glamorous Devotion ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk memperkenalkan jenama Zacheela di mata peminat fesyen tanah air.
“Acara seperti ini diharapkan dapat mengukuhkan jenama kami dan mampu membina kepercayaan para penggemar fesyen. Walaupun kami sedar begitu banyak butik yang menawarkan fesyen Muslimah di pasaran. Zacheela menerimanya sebagai satu persaingan sihat dengan memberikan kepuasan kepada pelanggan melalui servis dan kualiti.”
MENGENAI ZACHEELA SDN BHD
Ditubuhkan pada penghujung 2013. Tengku Shaheela Tengku Abd Malek memulakan pemiagaan dalam talian dengan menumpukan kepada busana wanita. Perniagaan ini diusahakan kerana minatnya kepada dunia fesyen dan bisnes.
Dalam mengukuhkan lagi bisnes ini. suami kepada TengkuShaheela Tengku Abd Malek iailu Zarkiah Awang Latif yang juga Pengasas Bersama Zacheela sedia meninggalkan kerjayanya dalam bidang minyak dan gas setahun yang lalu.
Mengetengahkan konsep Muslimah Modem Wear, Zacheela dengan taglinc Beauty of Modesty sentiasa mahu menampilkan koleksi elegan namun melindungi aurat dengan sempurna. Leblh utama Zacheela amat menitikberatkan pernilihan fabrik berkualiti tinggi seiring dengan jahitan yang bermutu.
Setelah dua tahun beroperosl. Zacheela kini memiliki dua cawangan butik di KL dan Bangi, serta sebuah pejabat urusan di Bangi dengan kekuatan kakitangan seramai 16 orang.