(SEMASA) Pengalaman Krismas yang Menyeronokkan di eCurve bagi Kanak-kanak Angel Children’s Home

Spread the love

photo-4PETALING JAYA, 5 DISEMBER, 2016 – Dengan sambutan Hari Krismas yang bakal tiba, eCurve baru-baru ini mengambil peluang untuk berkongsi keceriaan perayaan bersama sekumpulan kanak-kanak dari Angel Children’s Home. Kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini telah berpeluang menikmati hari penuh istimewa apabila pusat beli-belah berkenaan meraikan kunjungan mereka seiring dengan kempen Hari Krismas yang bertemakan Misty Belle and her BFFs Come to Life.

photo-3Kegembiraan jelas tergambar di wajah kesemua 17 kanak-kanak bersama dua penjaga mereka sebaik melihat kotak-kotak anak patung bersaiz besar yang menghiasi Centre Atrium eCurve. Keterujaan dan gelak ketawa kedengaran apabila kanak-kanak berkenaan bergilir-gilir mempertontonkan gaya mimikan anak patung sesama kanak-kanak lain, daripada seorang fesyenista kepada penggemar makan dan sebagainya.

Keriangan diteruskan menerusi program utama pada hari berkenaan iaitu sebuah persembahan muzikal istimewa yang memaparkan Misty Belle dan rakan-rakannya. Ternyata penonton-penonton cilik tersebut terpesona dengan persembahan penuh imaginasi yang mengisahkan anak-anak patung comel itu menyambut musim perayaan ini, di samping paparan kostum-kostum penuh warna-warni dan gerak tari serta alunan muzik yang berjaya menarik penonton untuk turut menari bersama.

photo-1Azizul Hisham Ahmad, Pengurus Kompleks eCurve berkata, “Memandangkan kempen kami pada tahun ini mengetengahkan persaudaraan dalam meraikan sambutan bersama, kami amat berbesar hati berkongsi suasana keriangan sambil bermain dengan kanak-kanak kurang bernasib baik yang didatangkan khas pada hari ini agar mereka juga boleh merasai satu keraian yang tidak akan dilupakan. Kami turut seronok dapat melihat senyuman di wajah mereka dan amat gembira kerana dapat berkongsi kemeriahan musim perayaan ini bersama mereka. Kami berharap agar setiap kanak-kanak ini bergembira dengan program-program istimewa yang kami sediakan hari ini!”

Tawa riang diteruskan apabila setiap kanak-kanak menerima sebuah beg hadiah, sumbangan eCurve. Kunjungan itu diakhiri dengan sajian makan malam berupa ayam goreng ala Korea yang enak, ditaja bersama oleh Pelicana Chicken.

photo-2Para pengunjung ke eCurve berpeluang untuk merasai kepelbagaian aktiviti yang dianjurkan sempena sambutan Hari Krismas dari 25 November 2016 hingga 1 Januari 2017. Sepanjang kempen berlangsung, para pengunjung yang berbelanja minimum RM200 dalam maksimum dua resit dari mana-mana kedai di eCurve layak membawa pulang seekor mainan lembut Chistmas Cuddly Bear. Kesemua penebusan tertakluk pada terma dan syarat serta sementara stok masih ada.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kempen Hari Krismas eCurve? Hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan eCurve di 03-7725 0277 atau kunjungi www.ecurve.my atau laman Facebook www.facebook.com/eCurveMall.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *