Siapa tidak mengenali karakter popular Jepun HELLO KITTY yang telah dicipta pada tahun 1974 oleh seorang yang bernama Yuko Shimizu dan watak animasi ini dihasilkan oleh syarikat Sanrio dari Jepun. HELLO KITTY digambarkan sebagai seekor kucing yang comel berwarna putih dan memakai reben merah jambu di kepala. HELLO KITTY telah mempunyai lebih 50,000 koleksi produk yang berjaya menembusi pasaran 60 buah negara seluruh dunia.
Sanrio Hello Kitty Town Puteri Harbour di Nusajaya, Johor, Malaysia adalah taman tema Hello Kitty yang pertama di luar Jepun yang dibuka sekitar tahun 2012 dengan tarikan dan aktiviti termasuklah pengalaman taman tema interaktif yang berteknologi tinggi.
Pada 31 Oktober 2015, Sanrio Hello Kitty Town telah memperkenalkan tarikan terbaru yang bertemakan ‘Hello Kitty in Oz’ namun masih mengekalkan tarikan terdahulu seperti Wishful Studio, Friendship Land, Tea Cups Ride dan Hello Kitty House.
“Hello Kitty in Oz diinspirasikan oleh kisah dongeng ‘The Wonderful Wizard of Oz’ (novel kanak-kanak) yang ditulis oleh L. Frank Baum,” yang menawarkan empat permainan interaktif menampilkan Hello Kitty dan wira-wiranya dari Oz seperti The Scarecrow , The Cowardly Lion dan The Tin Man bagi menyelamatkan dunia ajaib dalam ‘The Lost Chapter’. Empat permainan itu ialah ‘Kuromi’s Tent’, ‘Wood Factory’, ‘Corn House’ dan ‘Emerald City’.
Sanrio Hello Kitty Town juga menawarkan barangan edisi terhad ‘Oz World Alley’ yang hanya terdapat di taman tema itu sahaja.
Alamat :
Sanrio Hello Kitty Town
Persiaran Puteri Selatan,
Puteri Harbour,
79000 Nusajaya,
Johor, Malaysia.
Waktu Operasi : : 10pagi – 6ptg (setiap hari)
Facebook: fb.com/SanrioHelloKittyTown
Instagram: @sanrio_hellokittytown
Pembelian tiket di : www.playtime.com.my