(SEMASA) Hidupkan Fantasi Kanak-Kanak Anda – SMURFS sedang menuju ke Movie Animation Park Studios (MAPS)

Spread the love

RSG via MAPS secures licensing rights to the first Smurfs live attractions in South East Asia

Jauh di dalam sebuah hutan, terletaknya satu perkampungan penuh ceria yang terdiri daripada rumah-rumah berbentuk cendawan berwarna terang. Perkampungan itu didiami komuniti karakter kerdil berwarna biru yang bersahabat bersama haiwan-haiwan di dalam hutan penuh magis tersebut.

Adakah ia menjentik memori anda?

Animasi kanak-kanak kegemaran ramai, Smurfs bakal dihidupkan MAPS di taman tema animasinya. Tidak dinafikan, karakter-karakternya yang popular seperti Papa Smurf dan Smurfette memiliki tarikan hebat di peringkat antarabangsa sehingga ia dijelmakan ke dalam bentuk filem, siri TV, DVD, buku, permainan termasuk aplikasi telefon. Malah para pengikutnya di media sosial Facebook juga mencecah lebih sejuta like.

The Smurfs Animation Attractions dijangka menjadi antara tarikan utama MAPS yang mesti dilawati apabila ia dibuka kepada umum pada awal 2016. Antara tumpuan utama bagi tarikan ini adalah animasi siaran langsung & pertunjukan CGI 3D Smurfs pertama di Asia Tenggara, sesi beramah mesra (meet & greet) bersama barisan karakternya, pengalaman bergambar yang unik serta cenderahati, makanan dan minuman bertemakan Smurfs. Kini, masyarakat Malaysia dapat merasai sendiri pengalaman berkunjung ke perkampungan Smurfs tanpa perlu terbang jauh ke luar negara.

Pemilik dan pemaju bersama MAPS, RSG dengan kerjasama Perak Corporation Bhd. merupakan pihak yang bertanggungjawab membawa masuk Smurfs ke Malaysia. RSG menerusi MAPS meraih hak pelesenan Malaysia ke atas hak cipta Smurfs daripada pemegang lesen sedunia, International Merchandising Promotion and Services s.a. (IMPS) yang berpangkalan di Belgium.

Selain Smurfs, MAPS turut disertai karakter-karakter menyeronokkan daripada francais Dreamworks Animation seperti Mr. Peabody & Sherman, Megamind, The Croods dan Casper the Friendly Ghost. Animasi tempatan popular, BoBoiBoy juga akan mendiami taman tema tersebut menerusi Home of BoBoiBoy. MAPS bakal menjadi taman tema pertama di Asia Tenggara memaparkan Stunt Legends – pertunjukan aksi kereta & basikal ‘siaran langsung’ di dalam arena dengan kapasiti 2,000 tempat duduk.

Sebagai sebahagian daripada pelan jangka panjang MAPS dalam menyediakan waktu gembira buat keluarga di Malaysia, syarikat tersebut juga bakal membangunkan Phase II taman tema itu. Ia akan merangkumi hotel, serviced apartment dan kedai-kedai peruncitan bertemakan gaya hidup serta konsep gastronomi yang sesuai untuk semua peringkat usia pengunjungnya.

About RSG

RSG ialah pemilik dan pemaju bersama Movie Animation Park Studios (MAPS). Ramelle Ramli merupakan pengasas MAPS dan pengerusi RSG. Beliau memimpin projek MAPS dari peringkat awal. Strategi peluasan RSG termasuklah pembangunan taman tema dan resort berintegrasikan hiburan kekeluargaan di Malaysia dan Asia.

Tentang MAPS

Movie Animation Park Studios (‘MAPS’) kini merupakan antara projek paling unik dan menarik dalam landskap percutian dan liburan Malaysia yang sedang dijalankan. Dibangun dan diuruskan oleh Animation Theme Park Sdn Bhd, kerjasama antara PCB Development Sdn Bhd (subsidiari dimiliki sepenuhnya Perak Corporation Berhad) dan RSG MAPS Sdn Bhd, MAPS Perak bakal menjadi ‘Taman Tema Animasi Pertama di Asia’ menjelang sasaran penyelesaiannya pada awal 2016. Terletak di lokasi strategik, Ipoh, Perak, ia akan meliputi 40 tarikan termasuk permainan (ride) dan pertunjukan dalam enam zon bertema di dalam kawasannya dengan keluasan 52 ekar. Sebagai taman tema bertaraf antarabangsa yang direka untuk menerima kunjungan keluarga dan individu dari semua peringkat usia, MAPS Perak menawarkan pelbagai tarikan utama termasuk:-

  • Pertunjukan aksi kereta & basikal ‘siaran langsung’ pertama di Asia Tenggara – STUNT LEGENDS di arena dengan kapasiti 2,000 tempat duduk
  • DreamWorks Animation Adventure zone yang menampilkan Peabody & Sherman, Megamind, The Croods dan Casper The Friendly Ghost yang pertama di dunia
  • Tarikan animasi ‘siaran langsung’ SMURFS yang pertama di Asia Tenggara
  • Home of BoBoiBoy menampilkan tarikan animasi BoBoiBoy pertama di dunia
  • Drop tower ‘Megamind Megadrop’ tertinggi di Malaysia
  • Pelbagai pertunjukan, makanan, minuman dan kedai-kedai jualan bertema.

Tentang IMPS

IMPS (International Merchandising Promotions & Services), bersama LAFIG Belgium merupakan pemegang lesen rasmi ke atas karakter berkulit biru ‘The Smurfs’. Sejak bertahun-tahun lamanya, IMPS telah bekerjasama dengan ejen-ejennya di seluruh dunia dalam menghasilkan cenderahati, promosi peruncitan dan penjenamaan bersama, aktiviti penerbitan, perjanjian penyiaran, pertunjukan siaran langsung di taman tema secara berlesen demi memastikan kejayaan berterusan Smurfs. IMPS dipimpin oleh Véronique Culliford, anak perempuan pencipta Smurfs iaitu Pierre Culliford atau sinonim dengan gelaran Peyo. Véronique telah menerajui IMPS sejak 1984 dan mengawal hak milikan ke atas karakter Smurfs dan pelesenan sedunia Smurfs bersama LAFIG Belgium.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *