(SEMASA) HYDEOUT MEMPERSEMBAHKAN UPIN & IPIN: “KAMPUNG IN THE CITY”

Spread the love

HYdeout telah berjaya mencipta nama sebagai tempat makan bertema mesra keluarga dan memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokan, pertama di Grand Hyatt Kuala Lumpur. Berikutan kejayaan tema ‘Dinotopia’ pada disember 2022, Pada 9 April 2022 sekali lagi pihak hotel memperkenalkan tema eksklusif dengan menampilkan Pemenang Anugerah paling disayangi Di Malaysia, dalam siri animasi iaitu – Upin & Ipin.

HYdeout telah berkembang dengan maju sejak menampilkan tema klasik yang serasi dengan golong muda, seperti “Spookyville” dan “Dinotopia”. Terima kasih kepada semua rakan-rakan kongsi yang kreatif, La Memoria, syarikat pengurusan acara dalam bersama-sama menghasilkan idea hiasan bertema yang luar biasa di HYdeout. “ Untuk membolehkan kami terus mengekalkan momentum, idea-idea yang menarik menjadi satu keperluan buat kami untuk terus mendukung objektif HYdeout yang ingin menonjolkan keseronokkan keluarga. Kami juga berharap dengan membawa tema “Kampung In the City” akan memberi kesan mahupun impak yang baik buat tetamu tempatan mahupun antarabangsa, sama seperti pengalaman kami rasai. Kami berbesar hati untuk berkerjasama dengan Les’Copaque Production, yang merupakan perintis syarikat Animasi terkemuka di Malaysia, dan juga pencipta Animasi nombor satu Malaysia iaitu Upin & Ipin, untuk merealisasikan visi yang kami percaya akan dengan tema yang ditetapkan akan menggamit zaman nostalgia keluarga ketika mengembara di suasana kampung. Kata, Olivier Lenoir, Pengurus Besar Grand Hyatt Kuala Lumpur.

Kejayaan luar biasa watak-watak eponim yang dipamerkan dalam siri pengembaran telah menjadi bualan hangat dikalangan rakyat Malaysia, ini membuktikan bahawa nama tempatan mampu melonjak naik. Pengarah Urusan dan Penerbit Les’Copaque Production, Haji Burhanuddin Md Radzi berkongsi, “Ini merupakan satu kebanggaan dan keistimewaan buat kami apabila dapat bekerjasama dengan Grand Hyatt Kuala Lumpur bagi tema baru HYdeout kerana kami dapat menghidupkan elemen-elemen Upin & Ipin di luar layar skrin. Kami berhasrat agar dapat memupuk masyarakat tentang budaya tempatan dan hiburan tradisional bermula dari pengembaraan Upin & Ipin. Pengembaraan ini menjadi laluan untuk kita menghargai asal usul dan menghidupkan kenangan zaman kanak-kanak di tengah arus pemodenan. Terima kasih kepada HYdeout, kami berharap pengalaman yang unik ini akan memupuk rasa keakraban yang sama dalam kalangan peminat Upin & Ipin malah memperoleh peminat yang baru.”

Tema baru “Kampung in The City” di HYdeout meraikan pelbagai keunikan dan tarikan Upin dan Ipin sebagai tema utama ruangan yang telah disediakan, serta pelbagai tawaran menarik disajikan, seperti makanan bufet yang lazat sehingga ke hiburan seperti permainan, messy play, permainan tradisional, aktiviti mewarna wau, sudut bacaan, gerai carnival, dinding 3D, tayangan filem dan pelbagai lagi. Kanak-kanak juga bakal dikejutkan dengan penampilan khas Upin & Ipin.

HYDEOUT MEMPERSEMBAHKAN UPIN & IPIN: KAMPUNG IN THE CITY.

Bulan Ramadhan

  • Tarikh : 9 – 30 April 2022
  • Sesi : 06.30 PM – 10.00 PM setiap hari
  • Harga : MYR 248 untuk dewasa | MYR 168 untuk kanak-kanak

Waktu Biasa

  • Tarikh : 6 Mei 2022 dan seterusnya
  • Sesi :11:00 AM – 02:00 PM | Sabtu & Ahad
  • 07:00 PM – 10:00 PM | Sabtu sahaja
  • Harga: MYR 248 untuk dewasa | MYR 168 untuk kanak-kanak

Untuk pertanyaan dan tempahan hubungi +60 3 2182 1234 / hydeout.kuagh@hyatt.com


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *