(SEMASA) HYPPTV BERKOLABORASI BERSAMA KRU MEDIA UNTUK MENAWARKAN PLAYBOX HD BAGI PELANGGAN HYPPTV

Spread the love

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTV yang pernah memenangi anugerah, HyppTV dan KRU Media Sdn Bhd hari ini mengumumkan penawaran saluran terbaharu, Playbox HD secara PERCUMA dengan HyppTV Aneka Pack bermula pada bulan Februari 2017, justeru mempertingkatkan pengalaman tontonan bagi pelanggan-pelanggan HyppTV. Ini merupakan penambahan kepada penawaran saluran tersebut secara ala-carte.

Saluran ini menayangkan filem-filem blockbuster, filem luar negara serta program-program televisyen yang mendapat rating tertinggi dan menerusi kerjasama berterusan bersama beberapa studio dan syarikat penerbitan tempatan, Playbox HD akan memperkenalkan penerbitan asal untuk ditayangkan di saluran tersebut pada separuh tahun kedua 2017.

Mengulas mengenai penawaran terbaharu ini, Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media TM, berkata, “Kerjasama kami dengan KRU telah memperkayakan lagi himpunan kandungan hiburan bertaraf antarabangsa di HyppTV termasuklah filem-filem popular serta filem-filem blockbuster tempatan dan antarabangsa serta program-program TV. Playbox HD merupakan satu lagi saluran unik buat pelanggan HyppTV, di mana ia didatangkan dengan HyppTV Aneka Pack, yang menawarkan kandungan hiburan terbaik dari Malaysia, Indonesia, Korea dan Bollywood pada harga yang berpatutan. Saluran ini turut boleh ditonton menerusi aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere, untuk tontonan ketika berada di luar rumah, bertepatan dengan janji kami “Hidup Lebih Mudah”.”

Sementara itu, menurut Dato’ Norman Abdul Halim, Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KRU Media, “Strategi kami untuk menghimpunkan Playbox HD di dalam HyppTV Aneka Pack adalah untuk mendapatkan akses kepada jumlah pelanggan yang lebih ramai sambil menarik penglibatan daripada lebih ramai penerbit kandungan tempatan untuk turut serta dalam modal perniagaan baharu dan menarik ini. Kami selaku penerbit kandungan, kami tahu apa yang pelabur dan pengeluar kandungan mahukan. Kami berharap model perniagaan ini akan menggalakkan penerbit untuk menerbitkan kandungan-kandungan yang unik dan menarik serta mampu memberikan apa yang pelanggan kami mahukan. Nyata, semua ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa sokongan daripada HyppTV dan kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada HyppTV kerana menjadikannya satu kenyataan.”

Walaupun pembikin filem mampu mendapat lebih banyak peluang untuk mempamerkan dan mengkomersialkan hasil karya mereka pada platform digital, kunci utama kelestarian penerbit adalah keupayaan untuk menjana pendapatan yang mencukupi serta mengekalkan hak cipta dan pelesenan semula kandungan masing-masing menerusi pelbagai peluang justeru menjamin pulangan bagi jangka masa panjang. Playbox HD tidak menjamin keuntungan semata-mata namun, ianya menyediakan platform terbaik untuk studio-studio filem dan syarikat penerbitan mengkomersialkan harta intelek mereka berdasarkan model royalti penonton secara bulanan, sama seperti platform penstriman muzik seperti Spotify dan Apple Music.

Dato ‘ Norman turut mengumumkan strategi Playbox untuk meningkatkan jumlah pelanggan dengan pengenalan program untuk kanak-kanak seperti The Smurfs dan Hi 5, di samping menayangkan filem tempatan dan antarabangsa lain.

Playbox HD akan menambah 16 jam kandungan baharu secara berterusan setiap bulan sebagai tambahan kepada pelbagai format kandungan dan himpunan pelbagai genre pada senarai sedia adanya dengan akses tanpa had untuk pelanggan pada harga RM10 sebulan sebagai pilihan ala carte atau PERCUMA dengan HyppTV Aneka Pack pada harga RM30 sebulan.

Untuk menikmati Playbox HD, ikuti langkah langganan yang mudah seperti di bawah:

Langganan pada HyppTV Set-Top-Box Langganan pada aplikasi mudah alih, HyppTV Everywhere
Langganan secara ala-carte

 

§  Langkah 1: Tekan butang ‘VOD’ pada alat kawalan jauh HyppTV atau terus ke saluran 833

 

§  Step 2: Select ‘Playbox HD’ on the VOD channels selection

§  Langkah 2: Pilih ‘Playbox HD’ pada senarai saluran VOD

 

§  Langkah 3: Masukkan PIN pembelian  HyppTV dan teruslah menikmati Playbox HD!

 

Langganan bersama HyppTV Aneka Pack

 

§  Langkah 1: Tekan butang i pada alat kawalan jauh HyppTV atau terus ke saluran 833

 

§  Langkah 2: Pilih ‘Hyppbuzz’ di laman utama interaktif

 

§  Langkah 3: Pilih ‘Pakej HyppTV’ di laman utama ‘Hyppbuzz’ dan pilih ‘HyppTV Aneka Pack’

 

§  Langkah 4: Masukkan PIN pembelian dan teruslah menikmati Playbox HD!

 

Pada platform Android

 

§  Langkah 1: Pilih tab ‘VOD’ di laman utama

 

§  Langkah 2: Pilih ‘Playbox HD’ di laman utama Video On Demand

 

§  Langkah 3: Pilih pilihan pembayaran anda  dan teruslah menikmati Playbox HD!

 

 

Untuk platform iOS

 

§  Langkah 1: Layari http://hypptv.tm.com.my

 

§  Langkah 2: Pilih ‘VOD’  pada tab di laman utama

 

§  Langkah 3: Pilih ‘Playbox HD’ di laman utama Video On Demand

 

§  Langkah 4: Pilih pilihan pembayaran dan teruslah menikmati Playbox HD

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Playbox HD, layari www.playbox.my

Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv atau lawati laman media sosial kami di www.facebook.com/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hypptv (Twitter), www.instagram.com/hyppworld (Instagram) dan www.youtube.com/tmyoutube (Youtube).


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *